Art t-shirt & kids craft shop

Art t-shirt & kids craft shop Kami membekalkan set mewarna t-shirt untuk aktiviti keluarga,sekolah ,tadika,art class atau sesiapa sahaja yg berminat belajar mewarna sendiri t-shirt.

Assalamualaikum..Mohon maaf semua.Buat sementara waktu ni kami hentikan sementara penjualan Art t-shirt.Ada sedikit masa...
28/10/2021

Assalamualaikum..
Mohon maaf semua.
Buat sementara waktu ni kami hentikan sementara penjualan Art t-shirt.
Ada sedikit masalah.
Bila dah ada semula nanti kami akan iklankan ya.
Terima kasih ❤️

My boy..
02/06/2020

My boy..

02/04/2020

Learn from home for FREE

~29 September 2019~Kelmarin ada majlis Doa Restu dan Solat Hajat kat sekolah kakak.Untuk memohon keberkatan daripada All...
30/09/2019

~29 September 2019~

Kelmarin ada majlis Doa Restu dan Solat Hajat kat sekolah kakak.

Untuk memohon keberkatan daripada Allah supaya memudahkan urusan peperiksaan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan checkpoint,PT3 & IGCSE..

Kakak akan menduduki peperiksaan Checkpoint pada 8 hingga 10 September ni..

Sebak rasanya bila anak-anak ni semua beratur bersalaman dengan semua ibubapa sambil memohon restu..

Semoga kakak,kawan-kawan dan semua anak-anak yang akan menduduki peperiksaan dipermudahkan urusan menjawab oleh Allah..
Good luck everyone..

-2 September 2019-The very hungry CaterpillarAdik paling s**a buku cerita ni..Waktu tu umur dia dalam lingkungan setahun...
02/09/2019

-2 September 2019-
The very hungry Caterpillar

Adik paling s**a buku cerita ni..
Waktu tu umur dia dalam lingkungan
setahun lebih..
Sampai berkecai dah buku tu sekarang ni..

Buku ni menarik bagi budak kecil..
Ada lubang-lubang kecil kat muka surat..
Ala-ala lubang ulat makan buah..

Bila dia dah besar sikit..
Dia mula tahu..
Ulat beluncas tak makan buah..gula-gula..kek
Macam dalam cerita..

Apa pun ceritanya...
Inilah antara buku yang entah berapa ratus kali..
Dia minta bacakan...
Waktu tu belum pandai baca sendiri..
Adik...anak kami yang paling cepat boleh membaca..
Di usia 3 tahun setengah sudah boleh tahu dia ada disleksia atau tak..

- 29 August 2019 -Hari ni Adik dan Adam ada kelas teakwondo..Sengaja hantar awal sikit..Sebab sebelum mula kelas budak- ...
29/08/2019

- 29 August 2019 -

Hari ni Adik dan Adam ada kelas teakwondo..
Sengaja hantar awal sikit..
Sebab sebelum mula kelas budak- budak akan di minta bersihkan dewan...sapu sampah..
Susun peralatan teakwondo...
Bagus untuk Adam yang umur 5 tahun dan belum kesekolah...
Boleh belajar bekerjasama dengan kawan-kawan..
Walaupun 'sir' tu India bukan muslim..
Anak-anak di ajar hormatkan azan..
Waktu azan berkumandang..semua aktiviti di hentikan..

Good luck kakak..
24/06/2019

Good luck kakak..

18/06/2019

Tiap kali nak balik kampung,
kami mesti melintas tiga atau empat batang sungai..
Tiap kali nampak sungai mesti kami akan bagitau anak- anak..
"cepat-cepat tengok sungai"...
Bimbang anak-anak dah tak kenal apa tu sungai..
sebenarnya tak ada apa yang menarik pun dengan sungai sekarang..
Selalu juga cerita dengan anak-anak..
"masa mama kecik dulu sungai tak macam sekarang..air selalu jernih..ada pasir..
lebih kurang macam pantai kat laut,cuma pasirnya lebih kasar dari pasir kat laut...
ada batu-batu cantik.."
Waktu melintas sungai masa balik raya hari tu adik bertanya..
" mama..saya tak pernah pun tengok sungai yang cantik..jernih..macam mama cerita..kecuali dalam tv ,betul ke ada lagi sungai yang cantik?..sungai yang saya nampak semua warna teh susu je.."
"Mama rasa ada lagi kot..tapi tak banyak dah..
nanti bila-bila ada masa free kita cuba cari.." jawab saya..
Agaknya apa warna air sungai yang cucu-cucu kita akan lihat..
Sedihkan..

14/06/2019

Baru-baru ni ada terjumpa movie "Gifted"..
Cerita lama..rasanya 2017 kot..

Ada satu scene tu pak cik Mary bawa Mary ke hospital..
Tunggu kat luar labour room sebenarnya..
Sebab Mary sedih..dia rasa tak ada siapa sayang dia..nak dia..
Mary ni budak umur 7 tahun..mak dia bunuh diri..tinggalkan dia kat pak cik dia..ayah dia tak peduli dia pun..

Mula- mula tak faham jugak kenapa tunggu kat luar labour room..siapa yang bersalin..
Rupa-rupanya pak cik dia nak tunjuk kat dia..setiap baby yang lahir semua di tunggu..semua orang happy bila baby selamat lahir..
Sweet sangat scene tu..
kita yang tengok ni pun terasa happy..
Pandai penulis cerita..

Kelmarin..
Tunggu Adam kat luar OT ..minor surgery ja..
Walaupun bukan labour room tapi ramai family yang tunggu baby lahir (ceaser)..
Bila nurse bawak keluar baby dan tunjuk kat family yang tunggu tu..

Adik tanya "mama..masa saya lahir..semua orang happy..semua orang tunggu macam ni ke?"..
Sama macam soalan Mary kat pak cik dia..
Adik tak tengok pun movie tu..

"Mestilah..semua orang tak sabar tunggu adik"..jawab saya..
"Betul ke"..adik nampak sangat gembira..

Kadang-kadang anak tak tau semua orang sayang dia..
Walaupun kita rasa kita dah tunjuk kita sayang dia..
Walaupun kita selalu cakap..
Bila dia tengok situasi macam ni..
Baru dia faham..

Kami tak kenal langsung pun siapa-siapa yang baru dapat baby kat situ..
Tapi terasa gembira dan sebak...
Bila nurse bawak keluar baby dan tunjuk kat waris sebelum hantar ke nursery baby..

Saya sendiri pun pernah tiga kali bersalin..tapi lain perasaannya bila "menonton"..

Sayang Adam dan Kakak tak ada..
Nanti bila-bila senang kita boleh melawat OT atau kat luar labour room lagi..
Banyak cerita tentang hidup boleh belajar di sini..

~Adik~16 Mei 2019Biasanya selepas sahur..solat..dia akan tidur sekejap sebelum bersiap ke sekolah..Tapi hari dia tak nak...
16/05/2019

~Adik~
16 Mei 2019

Biasanya selepas sahur..solat..
dia akan tidur sekejap sebelum bersiap
ke sekolah..

Tapi hari dia tak nak tidur,
nak buat ulangkaji bahasa Arab katanya..
Ada ujian bahasa Arab dan pendidikan Islam
hari ni..Ujian pertengahan tahun...

" Tak payah lah buat ulangkaji lagi Adik..rehat ja..bertenang..InsyaAllah ok ja"..kata saya..

"Tak boleh la mama..nak kena hafal nama makanan ni dalam bahasa Arab"..jelasnya..

"Ikut s**a Adik lah..patutnya hafal la awal- awal bukannya tunggu sampai nak ujian baru nak hafal.."..bebel saya..

Anak-anak ni pelbagai ragam..
Si kakak sentiasa bersedia awal..
Katanya "on time is late"..
Adik "agak last minute"...
Karektor berbeza seperti langit dan bumi...
Namun prestasi kakak dan adik
di sekolah sama saja..
Mama sayang dua-dua..
Yang bongsu lelaki belum tahu lagi..
Belum sekolah..
Semoga tak memeningkan kepala..

Address

No 65 B Kampung Batu Puteh
Karangan
09700

Telephone

+60135223163

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Art t-shirt & kids craft shop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Art t-shirt & kids craft shop:

Share