RushingHour

Directions Contact the business

RushingHour . Lost time is never found again. – Benjamin Franklin.

📢 KERJA KOSONG! 📢🧹 PEKERJA PEMBERSIHAN DOMESTIK 🧹Rushing Hour kini membuka peluang pekerjaan kepada individu yang rajin,...
20/08/2026

📢 KERJA KOSONG! 📢
🧹 PEKERJA PEMBERSIHAN DOMESTIK 🧹

Rushing Hour kini membuka peluang pekerjaan kepada individu yang rajin, berdisiplin dan bertanggungjawab untuk menyertai pasukan kami! 💪✨

👩 PEREMPUAN: 20 tahun dan ke atas
👨 LELAKI: 25 tahun dan ke atas
(Melakukan kerja pembersihan seperti memotong rumput)

✅ KRITERIA YANG DICARI

• Berdisiplin dan bertanggungjawab
• Menepati waktu
• Mampu bekerja dalam tim/kump**an/pasukan
• Boleh mengikut arahan dengan baik
• Bersedia melakukan tugas pembersihan dengan bersungguh-sungguh

🧽 PENGALAMAN

Mempunyai pengalaman dalam bidang pembersihan sekurang-kurangnya 1 tahun adalah satu kelebihan.

Namun, tiada pengalaman juga boleh cuba memohon! Yang penting, rajin belajar dan mempunyai sikap kerja yang baik. 😊

📩 SILA HANTAR RESUME KE:
📱 011-28577789
(RUSHING HOUR)

📌 Individu yang berjaya akan dipanggil untuk sesi temuduga.

🌟 Jom sertai pasukan Rushing Hour!
Jika anda seorang yang rajin, menepati masa dan boleh bekerja dalam pasukan — kami mengalu-alukan permohonan anda!

11/08/2026

✨ SERVIS PENULISAN & SUNTINGAN ✨

📩 Tulis Surat – Surat rasmi
– Surat permohonan
– Surat peribadi
– Surat jemputan & penghargaan
– Dan pelbagai jenis surat

📖 Sunting & Kemaskan Novel – Semak tatabahasa
– Susun ayat dan perenggan
– Perkemas dialog
– Baiki jalan cerita
– Jadikan gaya penulisan lebih menarik

🎤 Teks Pengacaraan – Majlis rasmi
– Perkahwinan
– Seminar & program
– Majlis makan malam
– Pelbagai acara dan program

📝 Penulisan Kreatif – Cerpen
– Puisi
– Kata-kata inspirasi
– Teks renungan
– Skrip
– Caption media sosial
– Artikel & kandungan promosi

📢 Copywriting & Marketing – Ayat promosi produk/perkhidmatan
– Caption Facebook & Instagram
– Iklan
– Teks soft sell
– Kandungan media sosial

⚡ PERKHIDMATAN ELECTRICAL PROFESIONAL ⚡Menghadapi masalah elektrik di rumah atau premis? Kami sedia membantu dengan serv...
08/07/2026

⚡ PERKHIDMATAN ELECTRICAL PROFESIONAL ⚡

Menghadapi masalah elektrik di rumah atau premis? Kami sedia membantu dengan servis yang cepat, selamat dan berkualiti.

✅ Pendawaian baru & pendawaian semula
✅ Pemasangan lampu, kipas & soket elektrik
✅ Pemasangan DB Box (Distribution Board)
✅ Mengesan dan membaiki kerosakan elektrik
✅ Pemasangan water heater & peralatan elektrik
✅ Servis penyelenggaraan rumah, pejabat & kedai

💡 Kerja kemas, harga berpatutan dan mengutamakan keselamatan.

📞 Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan sebut harga PERCUMA dan temujanji.

"Penyelesaian Elektrik Anda, Kerja Berkualiti, Kepuasan Terjamin!"

08/07/2026
20/05/2026

CASTIEL ZAYNE: ABANG LECTURER BERHATI KACA
Penulis: Izzy Isabelle Jones

BLURB

"Dia kacak, tinggi, dan cerdik. Tapi, sayang... dia kuat sentap!"

Josephine Briggs, seorang wartawan penyiasat yang berani, sanggup melakukan apa sahaja demi membongkar sindiket Paper Mill yang mencemarkan integriti universiti. Misinya jelas: menyamar sebagai pelajar, cari bukti, dan dedahkan kebenaran kepada dunia.

Namun, rancangannya terganggu apabila dia bertemu dengan Dr. Castiel Zayne Vaughn. Pensyarah muda kacukan British-Cina itu memang rupa parasnya persis model antarabangsa, tetapi hakikatnya dia seorang lelaki yang 'berhati kaca'. Terlebih puji sikit, dia tersipu; terkasar bahasa sikit, air mata terus bergenang. Alahai~

"Ih, mamat ni... apa hal lagi dia tiba-tiba sentimental ni? Gila apa!" -Josephine

“Kenapa, orang lelaki tak boleh sentimental ke? Orang lelaki tak dibenarkan beremosi atau ada empati ke? Orang lelaki tak boleh sensitif?” -Castiel

Demi mendapatkan maklumat sulit, Josephine terpaksa kelentong pensyarah crybaby itu. Namun, siapa sangka Castiel bukan sepolos yang diperlihatkan.

“Sila keluar, Miss Briggs. Dan saya harap, kita takkan berjumpa lagi.” -Castiel

"Lelaki ni tak boleh dipercayai rupanya. Ibarat serigala yang bersembunyi dalam bulu biri-biri!" -Josephine

Daripada sekadar urusan penyiasatan, keadaan mula menjadi huru-hara apabila mereka terpaksa berkongsi bumbung dan bekerjasama dalam misi yang berbahaya.

Adakah Josephine akan berjaya melengkapkan laporannya, atau adakah hatinya sendiri yang akan tewas kerana jatuh cinta dengan abang lecturer yang kuat menangis ini?

“Berhati tisu betullah awak ni, mudah menangis.” -Josephine

“Hati tisu tu mudah koyak. Saya ni berhati kaca—mudah terluka." -Castiel

"“Pfff... apa bezanya? Macam-macamlah awak ni.” -Josephine

"Eh, besar tau bezanya." -Castiel

Trope 'Reverse Grumpy x Sunshine' di mana wanitanya lebih tegas manakala lelakinya lebih sensitif.
Romcom yang lengkap dengan tawa, debaran, and with a hint of sweetness!

🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰

TEASER 1:

Josephine melopong sekejap apabila melihat Castiel berhenti seketika, mengambil sehelai sapu tangan dari poket kemejanya, dan mengelap hujung matanya yang mula kemerahan.

Satu dewan kuliah mula berbisik. Ada yang tersenyum sinis, ada yang sudah biasa dengan drama ‘sensitif’ Dr. Castiel Zayne.

Lelaki ni biar betul? Josephine mencatat sesuatu dalam buku nota kecilnya:

Subjek Target: Dr. Castiel Zayne. Tahap Emosi: 110%. Mudah dipujuk atau dimanip**asi? Mungkin.

Bagi Josephine, air mata itu adalah peluang. Dalam dunia kewartawanan yang keras, orang yang mengikut kata hati seperti Castiel adalah "lubuk" maklumat yang paling berharga. Josephine perlukan fail sulit tentang syarikat pembekal tesis, dan dia yakin, lelaki yang menangis kerana integriti pelajar ini bermungkinan tahu di mana fail itu disimpan.

Josephine Briggs—seorang journalist muda yang menyelinap masuk ke dewan kuliah Universiti Harmoni untuk menyiasat khabar angin tentang sindiket Paper Mill, iaitu penulisan tesis berbayar. Dan Dr. Castiel Zayne nampak seperti seorang yang amat mudah didekati.

Kuliah tamat. Pelajar mula berpusu-pusu keluar, tetapi Josephine tetap di kerusinya, pura-pura sibuk menulis. Dia menunggu sehingga dewan kosong, meninggalkan hanya dia dan Castiel yang sedang mengemas beg komputer ribanya dengan gerakan yang sangat berhati-hati, seolah-olah laptop itu diperbuat daripada kaca saja.

"Are you okay?"

Satu suara lembut menyapa Josephine, menyebabkannya tersentak sedikit. Rupa-rupanya Castiel sudah berdiri di tangga dewan, memandangnya dengan pandangan yang penuh kelembutan.

Mak... tinggi gila. Ni manusia ke hantu galah ni? Josephine meraba tengkuknya yang lenguh kerana terpaksa mendongak tinggi.

"Saya nampak awak termenung lama tadi. Awak... awak ada masalah dengan subjek ni ke? Atau masalah peribadi?" tanya Castiel, matanya galak memerhati wajah Josephine, mencari tanda-tanda kesedihan yang mungkin boleh dia bantu.

Josephine tersenyum dalam hati. Pancing dah mengena? Aku tak perlu pancing pun dia dah sendiri datang dekat, hehehe...

"Saya... saya cuma rasa terharu dengan kata-kata Dr. tadi," balas Josephine dengan nada suara yang dibuat-buat sayu.

Josephine segera menundukkan kepala, membiarkan rambutnya menutup sebahagian wajah. Dia teringat tip dari kelab teater zaman sekolah dulu: Kalau nak nampak sedih, jangan kedip mata—biar mata kering dan berair. Itulah rahsia pelakon bila lakonkan babak menangis. Kononnyalah!

"Saya... saya tak tahu nak buat apa, Dr.," suara Josephine bergetar. Sambil itu dia cuba menyembunyikan senyumannya—sedikit bangga akan bakat berlakonnya itu.

Castiel menarik nafas pendek yang kedengaran seperti satu sedu kecil. Dia segera menyeluk poket jaket corduroy coklatnya dan mengeluarkan sekeping bar coklat Cadbury bersaiz kecil.

"Ambil ni," kata Castiel dengan nada yang prihatin, hampir separuh berbisik. "Gula boleh bantu naikkan tahap serotonin. Awak jangan fikir sangat pasal tesis tu. Hidup ni bukan sekadar gred di atas kertas, Miss Briggs."

Josephine memandang bar coklat itu, kemudian memandang wajah Castiel. Mata lelaki itu sudah mula berkaca semula. Serta-merta bibir Josephine terherot.

Ih, mamat ni... apa hal lagi dia tiba-tiba sentimental ni? Gila apa!

20/05/2026

E-BOOK: KEKASIHKU SEEKOR LIPAS
Penulis: Izzy Isabelle Jones

BLURB:

[Dalam cerita filem, CEO lain mempunyai kuasa
berubah menjadi serigala atau Superman... Tapi,
dia? Jadi lipas!]

Seorang gadis gelandangan miskin, Jesnita Joan,
sedang bertarung nyawa demi makan malamnya.
Hampir saja dia membunuh seekor lipas jahanam
yang hendak merebut sebungkus nasi lemak hampir basi yang telah dibuang oleh penjaja tepi jalan.
Tetapi sungguh tidak disangka apabila lipas tersebut
tiba-tiba saja berubah menjadi seorang lelaki
tampan yang tidak berbaju seurat benang pun.
Dan dia kata dia adalah CEO sebuah syarikat besar?
Hah! Apa, seorang CEO punyai kuasa ajaib yang
membolehkannya bertukar menjadi lipas yang
mengokah sampah tepi longkang? Siapa yang
percaya tu?!

William Von Baer, seorang CEO tersohor di bandar
besar Sri Anggerik, mempunyai rahsia besar di
sebalik wajah tampannya itu—dia boleh menjelma
sebagai seekor lipas.

Ya, mungkin dalam cerita lain, watak utama
lelakinya punya kuasa ajaib yang lebih sedap mata
memandang, dan sedap mulut menyebut... namun
bukan cerita ini. Kuasa watak utama lelakinya
sangat memalukan dan William tidak ingin
sesiapapun mengetahui tentangnya.

Apa jadi bila rahsia William diketahui seorang gadis
gelandangan?

20/05/2026

Guys jangan lupa dapatkan ebook MARS (DUDA TEELAJAK LARIS) daripada penulis Izzy Isabelle Jones sekarang.

Harga Combo🪭
Harga Combo🪭

**✨ TEAM B HS**
Harga Kombo : RM25
Komisen DS : RM5
Tempoh promosi : 20 Mei – 7 Jun

• *Don't Cry* — Azilah Wahab
• *Mars Duda Terlajak Laris* — Izzy Isabelle Jones
• *Bila Rider Tersuka dengan Doktor* — Ayashi
• *Mr Tengku vs Miss Tengku* — Aimie Izzati
• *Engku Ali Imran: Duda Possessive* — Nur Isma

📌 Jualan adalah dalam bentuk kombo

Tajuk: Kasih Yang SempurnaPenulis : Rachel The-WriterSinopsis:Samantha dan Faustina—dua sahabat yang dipertemukan sejak ...
28/04/2026

Tajuk: Kasih Yang Sempurna
Penulis : Rachel The-Writer

Sinopsis:
Samantha dan Faustina—dua sahabat yang dipertemukan sejak usia muda—membesar bersama, berkongsi impian, rahsia, dan harapan tentang masa depan yang indah. Mereka percaya bahawa hidup akan sentiasa berpihak kepada mereka. Namun, takdir mempunyai caranya sendiri untuk menguji kekuatan hati dan erti sebenar kasih dalam kehidupan mereka.

Samantha, yang memilih untuk berkahwin awal dengan cinta hatinya, Brandon, pada mulanya Merasakan dirinya wanita paling bertuah. Rumah tangga mereka dibina atas dasar cinta yang tulus, penuh dengan janji manis dan impian untuk hidup bersama hingga ke akhir hayat. Di awal tahun perkahwinan mereka dihiasi dengan kebahagiaan yang sederhana namun bermakna. Namun, kebahagiaan itu tidak kekal lama. Segalanya berubah apabila Brandon mula mengenali seorang wanita lain. Sedikit demi sedikit, sikapnya berubah—dari seorang suami yang penyayang menjadi dingin, jauh, dan akhirnya kasar.

Samantha yang dahulu dipuja kini dipinggirkan. Kata-kata cinta bertukar menjadi herdikan, dan sentuhan penuh kasih bertukar menjadi pukulan yang menyakitkan. Dia terperangkap dalam perkahwinan yang penuh penderitaan—bukan sahaja luka pada tubuh, tetapi juga luka yang dalam pada jiwa. Dalam diam, Samantha menanggung semuanya. Dia memilih untuk bertahan, berharap lelaki yang dicintainya akan kembali seperti dahulu.

Namun, setiap hari yang berlalu hanya menambahkan luka dan menghakis sedikit demi sedikit harga dirinya sebagai seorang wanita.
Dalam masa yang sama, Faustina p**a menjalani kehidupan yang kelihatan sempurna di mata orang lain.

Dia seorang wanita berkerjaya, berdikari, dan dihormati dalam bidangnya. Namun, di sebalik kejayaan itu, dia menyimpan kekosongan yang sukar diungkapkan.

Perkahwinannya diuji apabila dia masih belum dikurniakan anak walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. Tekanan daripada keluarga, pandangan masyarakat, dan bisikan halus yang mempertikaikan kesempurnaannya sebagai seorang wanita mula meresap ke dalam hatinya.

Faustina sering tersenyum di luar, tetapi di dalam hatinya, dia bergelut dengan rasa tidak cukup—tidak cukup sebagai isteri, tidak cukup sebagai wanita.

Dia mula mempersoalkan dirinya sendiri, seolah-olah nilai dirinya diukur hanya melalui kemampuan untuk menjadi seorang ibu walaupun suaminya masih setia di sisi, luka dalaman itu tetap membesar, menjadikan dirinya semakin rapuh.

Dalam dunia yang semakin menekan, Samantha dan Faustina kembali kepada satu-satunya tempat yang tidak pernah berubah—persahabatan mereka. Mereka menjadi tempat untuk saling bersandar, berkongsi air mata, dan mencari kekuatan yang hampir hilang.

Dalam setiap perbualan dan pelukan, mereka belajar bahawa mereka tidak keseorangan.

Mereka belajar bahawa luka tidak perlu disembunyikan, dan kelemahan bukanlah sesuatu yang memalukan.

Perjalanan mereka bukan mudah.

Samantha akhirnya berhadapan dengan pilihan paling sukar dalam hidupnya—untuk terus bertahan dalam perkahwinan yang memusnahkan dirinya, atau melangkah pergi demi menyelamatkan sisa harga diri yang masih ada.

Faustina p**a perlu belajar menerima bahawa nilai dirinya tidak ditentukan oleh pandangan orang lain atau status keibuannya, tetapi oleh kekuatan hatinya sendiri.

"Kasih Yang Sempurna” menyelami perjalanan dua wanita yang diuji dari sudut yang berbeza, namun berkongsi kesakitan yang sama—kehilangan makna diri dalam dunia yang penuh tuntutan.

Ini adalah kisah tentang keberanian untuk bangkit, tentang persahabatan yang menjadi penyelamat, dan tentang memahami bahawa kasih yang sempurna bukanlah tentang hidup tanpa kekurangan, tetapi tentang menerima diri seadanya, memaafkan masa lalu, dan terus melangkah dengan penuh harapan.

Dalam setiap luka, ada kekuatan yang tersembunyi. Dan dalam setiap kehilangan, ada ruang untuk menemukan kembali erti kasih yang sebenar.

" Ini adalah kisah nyata yang diterjemahkan dalam bahasa manusia. Andai ini adalah kisah hidupku, maka jadikan ia kisah yang sempurna. "
-Faustina

❤‍🩹❤‍🩹❤‍🩹❤‍🩹❤‍🩹❤‍🩹❤‍🩹

TEASER 1

GUGURKAN saja bayi yang ada dalam kandungan dear tu. Dear tahu jugakan saya belum bersedia? Kerja yang ada sekarang pun tidak tetap. Lagipun masih banyak impian saya belum tercapai. We’re still young, dear. Jadi tak perlulah sangat fikir mengenai hal anak dulu. Chill. Relax. Kita enjoy our lives selagi bujang. Ini tak pasal-pasal anak p**a jadi beban kita di kemudian hari. Lecehlah dear.” Brandon sudah membayangkan dirinya sedang sibuk mengurus anak kecil di rumah. Tiada kebebasan. Rimas mendengar si kecil menangis. Belum lagi memikirkan soal kewangan. Oh, tidak! Serba tak kena jadinya.
Samantha terkedu melihat reaksi Brandon. Sungguh dia tidak menyangka Brandon tergamak mengeluarkan kata-kata sedemikian. Memang benar mereka sudah terlanjur. Namun, Samantha tidak berniat untuk menambah dosa yang sedia ada walaupun dia cukup sedar bahawa mereka masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab sebagai ibubapa.
‘Berani p**a berbicara mengenai soal masa depan sedangkan darah daging kau yang tidak berdosa ini menjadi taruhan. Apalah nilai sebuah impian jika diri kita dikotori dengan darah orang lain? Berhenti berbicara lagaknya hidup kau lebih penting daripada nyawa orang yang tidak berdosa,’ Samantha berbicara dalam hati. Mengutuk perbuatan Brandon tetapi tidak p**a disuarakan segala bisikan nurani.
“Esok kita pergi klinik.” Dengan tegas Brandon bersuara.
Samantha p**a diam tanpa sebarang kata walhal dialah yang mengutuk perbuatan Brandon tadi.
Argh! Ternyata, dua kali lima sama saja kamu.
Sungguhpun Samantha memberontak, tetapi entah mengapa dia sekadar mengikuti segala kemahuan Brandon bagai kerbau dicucuk hidung. Mungkin inilah juga yang dikatakan cinta itu buta? Terlalu buta untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk asalkan si cinta hati setia menemani di sisi? Buta mata, butalah hati.
Namun, Samantha terasa hati dengan tindakan Brandon yang mengambil keputusan terburu-buru tanpa berbincang terlebih dahulu. Ditambah p**a dengan keadaan Samantha yang sedang berbadan dua, hatinya cepat terasa umpama mudah terbelingut bagai pisau belik.

Address

Keningau
89000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RushingHour posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to RushingHour:

Shortcuts

Share