18/09/2026
Bila muafakat gagal dicapai...penghujungnya semua dapat kerugian di akhir usia. Nilai susut, bahagian sikit, dan yang paling menyedihkan pengakhiran silaturrahim yang berantakan...
Sebab itu penting membuat perancangan harta ketika hidup. Tanpa kita sedar, harta kita boleh menjadi punca perbalahan waris setelah tiada.
Kepada yg mahu membuat perancangan harta dan hibah harta, boleh PM sebab bulan ni ada promosi Hari Malaysia.
https://www.wasap.my/60192466044/PromoHibahHarta
Pertikaian sebuah keluarga mengenai banglo bernilai jutaan ringgit akhirnya sampai ke penghujung apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan hartanah itu dijual selepas tiga beradik gagal mencapai penyelesaian lebih 15 tahun.
Kes itu membabitkan Abdul Aziz Al-Akbar Mohamed Noor, 70, serta dua adik perempuannya, Jelinar, 65, dan Shamsinar, 59, yang masing-masing mempunyai kepentingan satu pertiga dalam banglo di Jalan Raja Muda Abdul Aziz.
Konflik berpanjangan itu menyebabkan Abdul Aziz tidak dapat menikmati manfaat daripada bahagiannya, sedangkan Jelinar terus menetap di rumah berkenaan selama kira-kira 25 tahun. Mahkamah melihat keadaan itu tidak wajar dibiarkan berterusan tanpa jalan penyelesaian yang praktikal.
Sebelum tindakan mahkamah diambil, Abdul Aziz pernah menawarkan bahagiannya kepada dua adiknya pada harga RM4.356 juta, berdasarkan nilai keseluruhan hartanah sekitar RM13.07 juta, namun usaha tersebut tidak membawa kepada penyelesaian.
Mahkamah kemudian memerintahkan banglo itu dijual dalam tempoh 12 bulan pada harga tidak kurang 90 peratus daripada nilai pasaran semasa, dengan hasil bersih dibahagikan sama rata. Jelinar p**a perlu mengosongkan rumah tersebut dalam tempoh 60 hari.
Sumber: Harian Metro
Gambar: Hiasan / AI