Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad

Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad KOPERASI MEMBINA KESEJAHTERAAN SEJAGAT

27-28 Oktober 2025 - Institut Koperasi Malaysia Cawangan Utara telah menganjurkan kursus Tatacara Pengauditan dan Peraka...
29/10/2025

27-28 Oktober 2025 - Institut Koperasi Malaysia Cawangan Utara telah menganjurkan kursus Tatacara Pengauditan dan Perakaunan Koperasi (WAJIB JAD) bertempat di Hotel Putra Regency, Kangar, Perlis.

Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) seramai 3 orang yang mewakili Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad terdiri daripada En. Ridzwan bin Haji Idrus, Haji Muhammad Effendy bin Mat Desa dan Haji Norani bin Mohamad telah menghadiri kursus ini.

Semoga dengan kursus ini pengurusan dan operasi Koperasi dapat berjalan dengan lancar dan amanah.

Lawatan Kerja dan Khidmat Nasihat Teknikal Projek Agromakanan 05 Februari 2025 -Kg Pokok Machang & Kg Semeliang, Kuala N...
07/02/2025

Lawatan Kerja dan Khidmat Nasihat Teknikal Projek Agromakanan
05 Februari 2025 -Kg Pokok Machang & Kg Semeliang, Kuala Nerang, Kedah

Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Lawatan Kerja dan Khidmat Nasihat Teknikal Projek Agromakanan di daerah Padang Terap. Koperasi juga turut serta dalam lawatan ini.

Lawatan pertama ke projek ternakan lembu pedaging milik En. Mohamad Zakir bin Mustapha bertempat di Kampung Pokok Machang. Beliau mendapat bantuan agromakanan secara bekelompok sebanyak RM100,000 untuk kali pertama pada tahun 2021 dan RM50,000 untuk bantuan tambahan agromakanan kali kedua pada tahun 2024.

Seterusnya projek kedua ternakan lembu dan bebiri milik En. Muhamad Hayatullah bin Ibrim @ Ibrahim yang juga pemilik TAF Tenang Agrofarm. Beliau mendapat bantuan agromakanan sebanyak RM100,000. Selain mempunyai ladang ternakan, beliau juga menjual daging secara runcit dengan harga serendah RM25 sekilo.

Tujuan lawatan kedua-dua projek ini untuk menambahkan sedikit sebanyak ilmu pengetahun pengendalian ternakan ruminan. Diharapkan kedua- dua projek ini berjaya dan terus maju.

Pihak Koperasi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada RISDA Negeri Pulau Pinang dan RISDA Padang Terap atas lawatan pada kali ini.

BUTTERWORTH, 31 Disember 2024 - Majlis Penyerahan Siap Kerja Bagi Kerja-Kerja Senggaraan Di Pangkalan Udara Butterworth,...
02/01/2025

BUTTERWORTH, 31 Disember 2024 - Majlis Penyerahan Siap Kerja Bagi Kerja-Kerja Senggaraan Di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang Tahun 2024 telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Waki' bin Mohamad, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan (Bahagian Fasiliti Bangunan Tentera, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia).

Sekalung terima kasih diucapkan kepada seluruh Pasukan Projek JKR Pulau Pinang dan semua pihak yang terlibat diatas penghargaan dan kepercayaan kepada Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad dalam melaksanakan dan menyiapkan projek Kerja-Kerja Membina Rumah Pam Air Termasuk Kerja-Kerja Berkaitan Di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Pangsapuri Sri Bayu, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang ini serta dapat diserahkan kepada pihak pelanggan dengan jayanya.

LAWATAN KUNJUNG HORMAT DARIPADA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA.YBRS. Tuan Mohd N**i Bin Mat Yusoff, Ketua Akauntan Pemban...
24/10/2024

LAWATAN KUNJUNG HORMAT DARIPADA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA.

YBRS. Tuan Mohd N**i Bin Mat Yusoff, Ketua Akauntan Pembangunan Usahawan Dan Kopeasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta pegawai-pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah membuat lawatan ke kandang lembu Koperasi seterusnya ke pejabat Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.

Lawatan berjalan dengan lancar dengan diiringi oleh YBhg. Dato' Ibrahim Bin Romli, Pengerusi Koperasi serta barisan anggota lembaga.

LAWATAN KUNJUNG HORMAT KE MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI (MBSP)Lawatan diketuai oleh YBhg. Dato' Ibrahim Bin Romli, pen...
15/10/2024

LAWATAN KUNJUNG HORMAT KE MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI (MBSP)

Lawatan diketuai oleh YBhg. Dato' Ibrahim Bin Romli, pengerusi Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad serta Tn. Hj. Mohd Nasir Bin Hj. Abdullah dan En. Mohd Shah Farin Bin Wahaiyan, anggota lembaga koperasi.

Koperasi mengucapkan sekalung perhargaan di atas kesudian YBhg. Datuk Bandar turut hadir pengarah khidmat pengurusan dan pengarah kejuruteraan melapangkan waktu bagi koperasi membentangkan beberapa perkara.

Alhamdulillah. Zakatmart merupakan salah satu penyewa rumah kedai milik Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berha...
15/08/2024

Alhamdulillah. Zakatmart merupakan salah satu penyewa rumah kedai milik Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad yang membekal barangan keperluan harian dengan harga yang mampu milik.

Dijemput anggota-anggota Koperasi serta masyarakat setempat support perniagaan bumiputera.

Pada 6 Julai 2024 yang lalu telah berlangsung dengan meriahnya sambutan Hari Koperasi Negara 2024 (HKN 2024) Peringkat N...
09/07/2024

Pada 6 Julai 2024 yang lalu telah berlangsung dengan meriahnya sambutan Hari Koperasi Negara 2024 (HKN 2024) Peringkat Negeri Pulau Pinang di Perkarangan Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad telah terlibat dalam program ini sebagai penerima Program Bantuan Sektor Peneraju Ekonomi Koperasi dan Tabung Modal Pusingan.

Majlis Perasmian HKN 2024 Negeri Pulau Pinang telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri (TKM) 1, Pulau Pinang.

Tahniah & syabas SKM Negeri Pulau Pinang & Koperator Pulau Pinang atas kejayaan menganjurkan program tersebut.

Pada 11 Mei 2024 (Sabtu) telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad ...
13/05/2024

Pada 11 Mei 2024 (Sabtu) telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad Kali Ke 29 bagi Tahun 2024 di Pusat Kecemerlangan As-Syafie (PAKSY).

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah RISDA Pulau Pinang, Puan Syahidah Binti Azizan diiringi Pengerusi Koperasi, Yang Berhormat Dato' Ibrahim Bin Romli. Turut hadir, Encik Shahrizan Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Pulau Pinang Dan Puan Hayati Binti Fee, Pembantu Ehwal Ekonomi Kanan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Pulau Pinang.

Penyerahan sumbangan Kain Ihram kepada anggota, En. Muhammad Effendy Bin Mat Desa yang bakal menunaikan haji oleh Tn. Hj...
24/01/2024

Penyerahan sumbangan Kain Ihram kepada anggota, En. Muhammad Effendy Bin Mat Desa yang bakal menunaikan haji oleh Tn. Hj. Zubair Bin Mohd Ghouse, Setiausaha KPGNPPB serta diiringi Bendahari KPGNPPB, Tn. Hj. Mohd Ali Bin Haji Abdullah.

Koperasi mendoakan semoga selamat dan dipermudahkan urusan menunaikan ibadah haji. Insha Allah.

Pada 18 Januari 2024 telah berlangsung Majlis Perasmian Koperasi Eksklusif Emas Anuar Berhad (KEMASA) di Bertam Resort, ...
19/01/2024

Pada 18 Januari 2024 telah berlangsung Majlis Perasmian Koperasi Eksklusif Emas Anuar Berhad (KEMASA) di Bertam Resort, Pulau Pinang.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Abdul Razak, Tuan Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan diiringi pengasas KEMASA, Ybhg. Tuan Haji Mohd Khurulanuar Bin Mhamad Noor, EXCO Agroteknologi & Keterjaminan Makanan Dan Pembangunan Koperasi, Tuan Fahmi Bin Zainol serta YBrs. Tuan Rusli Bin Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Bhd juga dijemput sebagai salah satu Koperasi bagi sama-sama menjayakan majlis perasmian tersebut serta rakan koperasi dari semenanjung Malaysia.

Address

No. 87, Tingkat 1, Persiaran Pokok Sena, Pusat Perniagaan Pokok Sena, Pulau Pinang
Kepala Batas
13220

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad:

Share