Bekam Ruqyah Al Ehsan

Bekam Ruqyah Al Ehsan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bekam Ruqyah Al Ehsan, Business service, Kepong.

22/01/2024
Semoga badan sihat dan dapat melakukan ibadat dengan sempurna..
25/01/2017

Semoga badan sihat dan dapat melakukan ibadat dengan sempurna..

Salam dan selamat pagi..Agak lama tidak membuka FB dan update status
09/01/2017

Salam dan selamat pagi..
Agak lama tidak membuka FB dan update status

Seawal  jam 8.30 pagi,pakcik Dahari dari Kedah bersama anaknya dari Puchong mendapatkan rawatan bekam yang katanya menga...
14/08/2016

Seawal jam 8.30 pagi,pakcik Dahari dari Kedah bersama anaknya dari Puchong mendapatkan rawatan bekam yang katanya mengalami kesakitan pada pinggang dan kaki.
Setelah rawatan ruqyah dan bekam,kesakitan tersebut kurang dgn ikhtiar berbekam..

MILIK ALLAH

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI..
14/08/2016

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI..

14/08/2016

FAKTA MENGENAI RAWATAN BEKAM

-Proses berbekam
Bekam darah dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum atau pisau pembedahan cara sayatan.
Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam.
Proses mengeluarkan darah toksik adalah antara lima hingga sepuluh minit.
Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih.
Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.
Waktu rawatan untuk bekam
yang paling sesuai dilakukan ketika pertengahan bulan islam 17,19 dan 21 hijrah kerana ketika ini, darah toksik sedang berhimpun.
Bagaimanapun, bekam boleh dilakukan padabila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.
Mereka yang hendak mendapatkan rawatan bekam dinasihatkan tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum mendapatkan rawatan bekam.

-Peralatan Berbekam.
Alat-alat bekam cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala
Orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk.
Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.
Pengamal bekam moden menggunakan penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik dan memakai sarung tangan.

LARANGAN BAGI RAWATAN BEKAM

Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan.
Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis,perempuan mengandung 3 bulan pertama,berpuasa,perempuan datang haid,masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih.
Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

HUKUM MENGGUNAKAN TANGKAL, AZIMAT DAN JAMPI SERAPAH...Amalan tangkal, azimat dan jampi serapah bukan sahaja terdapat dal...
12/08/2016

HUKUM MENGGUNAKAN TANGKAL, AZIMAT DAN JAMPI SERAPAH...

Amalan tangkal, azimat dan jampi serapah bukan sahaja terdapat dalam masyarakat melayu, malahan terdapat juga dalam masyarakat Arab. Amalan dalam masyarakat kita ialah percaya dengan menggantungkan sesuatu seperti gambar atau azimat boleh menyebabkan bertambah rezeki. Kepercayaan ini merosakkan aqidah.

Menggantung gambar dan rajah telah menjadi amalan yang diadaptasi dari agama Hindu. Dalam agama Kristian p**a, menggantung salib atau gambar Nabi Isa A.S. dalam ilusi mereka yang sesat.

Azimat atau tangkal digunakan untuk menyempurnakan apa yang dikehendaki. Pada zaman jahiliyah, orang Arab menggunakan tangkal untuk tujuan menghindari daripada sihir atau niat jahat orang lain.

Antara bentuk tangkal cara baru Umat Islam di Malaysia hari ini ialah meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu koka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan.

DALIL DAN HUKUM..

Banyak terdapat hadis RasulullahSAW yang telah memberi amaran dan melarang Umat Islam berpegang dengan amalan ini dalam rawatan dan perubatan samada tangkal dan azimat yang digantung pada kanak-kanak yang dijadikan sebagai pendinding atau menghindari daripada jin dan sebagainya, begitu juga dengan jampi serapah sebagaimana sabda RasulullahSAW :



ان الـرقــي والــتمـائـم والـتـولــة شــرك

” Sesungguhnya jampi,azimat dan pengasih adalah syirik “

(riwayat Ahmad, Abu Daud, Baihaqi & Hakim)

Rasulullah s.a.w pernah terlihat seorang lelaki yang mengenakan kalung dari besi kuning ditangannya. Lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”. Lelaki itu menjawab: “Penangkal Wahinah” (Sejenis penyakit lengan). Baginda lantas bersabda: “Tanggalkanlah! Sesungguhnya ia takkan menambahkan apa-apa kepada kamu melainkan kelemahan. Sesungguhnya sekiranya kamu mati dan kamu masih memakainya nescaya kamu tidak akan selamat selama-lamanya”.

(riwayat Imam Ahmad dengan sanad hasan – Musnad Imam Ahmad 4\4451)

Ulama bersepakat mengharuskan jampi apabila melengkapi tiga syarat berikut :

1. Hendaklah dengan menyebutkan kalamullah atau nama atau sifat-sifatNYA.

2. Hendaklah menggunakan bahasa Arab dan difahami.

3. Hendaklah berpegang dan percaya bahawa kesan jampi adalah kuasa dan taqdir Allah SWT bukanlah disebabkan zat jampi tersebut.

Contohnya doa-doa yang ma’thur , antaranya :

1. Ketika Othman bin Abi Ash r.a. mengadu sakit badan kepada Rasulullah SAW, baginda SAW bersabda yang bermaksud : ” Letakkan tanganmu di tempat yang sakit dan berdoa : ” بسم اللّه “ tiga kali dan berdoa :

أعــوذ بــعـزة اللّه وقـدرتـه مـن شـر مـا أجـد وأحــاذر

(Sohih Muslim 14\189, Abu Daud 3891 dan Tarmizi)

2. Ketika Jibril A.S. menemui Rasulullah SAW,dia bertanya kepada baginda SAW : ” Wahai Muhammad..adakah engkau mengadu sakit ?”. Baginda menjawab : “Ya”. Jibril A.S. pun berdoa :

بـاسـم اللّه أرقـيـك مـن كـل د اء يـؤذيك مـن شـر كـل نفـس أو عـين حـاسـد اللّه يشـفـيـك باسـم اللّه أرقـيك

(Sohih Muslim 14\170 & Ibnu Majah 3523)

AZIMAT DI KALANGAN PARA SAHABAT DAN TABI’EN R.A

Pengamalan azimat ini pernah berlaku di kalangan para sahabat semasa peristiwa Bai’ah sepuluh orang sahabat. Rasulullah SAW hanya menerima bai’ah sembilan orang sahaja, atas alasan baki seorang sahabat itu memakai azimat. Selepas azimat itu ditanggalkan, Rasulullah SAW pun membai’ahkan sahabat berkenaan dan bersabda :

” مـن عـلــق تميمـة فـقـد أشــرك “

“Sesiapa yang menggantung azimat maka dia telah syirik.”

Iaitu menggantung azimat dan hatinya p**a bergantung pada azimat tersebut.
(riwayat Ahmad, Al Hakim & Abu Yu’la)

Di kalangan para sahabat dan tabi’en mengingkari penggunaan azimat sehinggakan apabila Huzaifah melihat seorang lelaki menggantung benang sebagai azimat, beliau membacakan firman Allah SWT yang bermaksud ;

” Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah SWT, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah SWT (dengan sembahan-sembahan lain) ” (Yusuf 106).

Said bin Jabir r.a pernah berkata:“Sesiapa yang menanggalkan azimat daripada leher manusia, seolah-olah dia telah berlaku adil terhadap seorang hamba” iaitu seolah-olah dia telah memerdekakan seorang hamba.

Ibrahim Al Nakhaie r.a (tabi’en) berkata: ” Mereka benci kepada azimat secara keseluruhannya, samada azimat daripada ayat Quran dan selainnya.” Iaitu apabila menggantung ayat daripada Al Quran dan seumpamanya ada yang memberi keringanan dan melarangnya, tetapi pandangan yang rajih mengatakan bahawa semua jenis azimat adalah tidak harus digunakan.

ULASAN DARIPADA DR.YUSOF AL QARDHOWI

Semua jenis azimat tidak harus digunakan berdasarkan :

PERTAMA – Hadis-hadis yang dinyatakan di atas adalah larangan secara umum, tidak membezakan jenis-jenis azimat. Ini jelas apabila Nabi SAW mengingkari seorang lelaki yang memakai azimat, baginda tidak bertanya kepadanya adakah azimat itu ayat Al Quran atau bukan, tetapi Nabi SAW mengingkari atas sebab itu adalah azimat.

KEDUA – Saddu lil zaria’h سـد للذريـعـة . Orang yang menggantung azimat daripada ayat Al Quran menggantung selainnya dan orang yang melihatnya p**a tidak tahu adakah azimat itu ayat Al Quran atau bukan.

KETIGA – Perkara ini menjadikan Al Quran sebagai pameran untuk perkhidmatan dan murahan. Orang yang memakai azimat tersebut pasti akan masuk ke tempat-tempat yang najis, memakainya ketika membuang air besar, berhadas besar atau haid.

Oleh yang demikian, sohihlah bahawa semua jenis azimat adalah dilarang menggunakanya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

” Sesiapa yang menggantung azimat, Allah SWT tidak akan menyempurnakan baginya (sesuatu pun kerana azimat itu) dan sesiapa yang menggantung kulit kerang (dijadikan azimat), Allah SWT tidak akan meninggalkan baginya (sesuatu pun kerana azimat itu).”

(riwayat Ahmad,Abu Yu’la dan Al Hakim).



KESIMPULAN

Jelaslah bahawa azimat atau tangkal dilarang menggunakannya dan boleh membawa kepada kesyirikan. Jampi p**a diharuskan apabila melengkapi ketiga-tiga syarat yang telah disebutkan. Sabda RasulullahSAW yang bermaksud :

” Berubatlah kamu, sesungguhnya AllahSWT tidak akan mendatangkan penyakit melainkan akan mendatangkan ubatnya “.

( Riwayat Ahmad,Ashabu As Sunan,Ibn Hibban,Al Hakim).

Wallahua’lam.

Rujukan ;

1. Fatawa Mua’sorah – Dr.Yusof Al Qardhowi.

2. Fatawa Wa Ahkam lil Marahti Al muslimah – Al Fadhilah Syekh Atiyyah Saqar

3. Wasiah 50 Min Wasoya Al Rasul lil Nisa’ – Majdi Assayyid Ibrahim.

4. Inilah Pegangan Kami -Tn Hj. Ismail bin Hj.Ahmad.

PENGGUNAAN KEMENYAN

Hukum penggunaan kemenyan itu bergantung pada tujuan si pengguna. Sekiranya kemenyan itu dibakar sebagai satu unsur dalam acara perbomohan atau perubatan tradisional bertujuan untuk memanggil, berdamping, meminta izin atau bantuan daripada makhluk ‘ghaib’ maka hukumnya adalah haram dan bercanggah dengan aqidah Islamiah. Begitu juga sekiranya ia dibakar dengan maksud menghalau hantu syaitan. Apatah lagi jika perasapan kemenyan itu dilakukan untuk upacara pemujaan sesuatu benda seperti keris, lembing dan sebagainya. Perkara ini jelas haram dan boleh membawa kepada syirik. Pelakunya wajib segera bertaubat.

Sekiranya kemenyan dibakar sekadar untuk mengharumkan ruang sesuatu tempat maka ia adalah harus.

WallahuA’lam..

Sumber: Jabatan M***i Negeri Melaka

12/08/2016

GEJALA-GEJALA SAKIT

*SAKIT DI BAHAGIAN BAHU*:
●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

*KEBAS TANGAN*:
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar

*KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN*:
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

*KEBAS KAKI*:
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

*SAKIT TAPAK KAKI* :
●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

*SAKIT TUMIT KAKI*:
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

*RASA PANAS DI TAPAK KAKI* :
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

*GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI*:
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

*TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA*:
• Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

*PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA*:
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

*PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA*:
● Bahagian atas - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● Bahagian bawah (tengkuk) - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

*SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA* :
●Menandakan penyakit migrain.

*BISUL TERJADI DI KEPALA*:
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

*RASA PENING YANG MEMUSING*:
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

*MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH*:
• Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

*MUNTAH DARAH*:
● Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

● Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

*LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK* :
●Tanda sakit jantung.

*KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT*:
• Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

~KENCING~

*KERAP KENCING*:
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

*AIR KENCING BERKAPUR*: ●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

*AIR KENCING BERMINYAK* :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

*AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT* :
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

*AIR KENCING BERDARAH* :
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

~BUANG AIR BESAR~

*CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR*:
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

*SEMBELIT*:
Membersihkan toksin dari usus kecil.

*NAJIS BERDARAH*
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

*NAJIS BERWARNA HITAM*:
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

*BADAN* :
• Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

~Sakit menyucuk~:
● Proses menyeimbangkan urat saraf.

~Sakit sengal~:
● Menandakan luka di dalam badan.

~Sakit menyentap~:
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

~Sakit menegang~ :
● Proses melancarkan pengaliran darah.

*BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH*:
• Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

*BADAN TERASA PANAS* .
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

*BADAN TERASA RINGAN* :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

*RASA TAKUT MENGEJUT*:
• Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

*CEPAT NAIK DARAH/MARAH* :
• Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

*RASA BIMBANG DAN TAKUT* :
• Sistem paru-paru yang lemah.

*RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB*:
• Sistem jantung yang lemah.
• Sistem saraf otak yang lemah.
• Masalah pengaliran darah.

MARI KITA CHECK KONDISI DIRI KITA. PENCEGAHAN AWAL LEBIH BAIK & BERKESAN.

11/08/2016
Air wudhu' sebagai ikhtiar penyembuhan...
11/08/2016

Air wudhu' sebagai ikhtiar penyembuhan...

Pelanggan tetap,saudara sufian yg selalu melakukan rawatan bekam..Mencegah lebih baik dari mengubati,istilah utk kekal l...
11/08/2016

Pelanggan tetap,saudara sufian yg selalu melakukan rawatan bekam..
Mencegah lebih baik dari mengubati,istilah utk kekal lebih sihat krn seharian bekerja diluar menguruskan projek2 pembinaan bangunan..

Address

Kepong
52100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam Ruqyah Al Ehsan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share