Mahadi J Murat Workshop

Mahadi J Murat Workshop SpeakerTrainerCoach,Personal/OrganizationalSuccessStrategy
LEADERSHIP+NLP+PROFCOMM+FILM+PERFORMINGART

09/06/2024

NAK CAKAP SIKIT FASAL FILEM MELAYU TAK JALAN DI INDONESIA.

Cerita filem Melayu tak boleh pi di Indonesia ni sebenarnya cerita lama.

Sejak zaman awal filem Melayu di Kuala Lumpur (1970an) macam2 filem coba masuk ke sana, tapi tak jalan. Sebaliknya filem Indonesia yang ditayangkan di Malaysia mendapat sambutan sangat baik, sampai sekarang.

Kita nampaknya tak belajar apa-apa tentang semua ini.

Sesetengah orang mungkin menuding jari ke arah Finas. Tapi, saya tak berapa nak salahkan Finas, sebab Finas hanyalah badan regulatori. Bukan agensi berbentuk operasi seperti Prasarana, Tabung Haji atau Petronas.

Pihak yang berkepentingan ialah gulungan penerbit. Persatuan atau kumpulan berkaitan penerbit dan barangkali pengedar filem patut di hadapan dalam perkara ini. Sebabnya, saya rasa itulah peranan dan tugas hakiki dia orang sebenarnya.

Kumpulan ini sewajarnya menjadi pencetus atau peneraju utama kepada “agenda” ini demi kepentingan ahli-ahli. Ahli mereka mempunyai pengalaman, memilikki maklumat, dan sumber data yang boleh menjadi sumber rujukan.

Indonesia adalah pasaran penting bagi filem Melayu sebenarnya.

Di sana ada 280 juta penduduk berbahasa Melayu/berbahasa Indonesia yang boleh menjadi kelompok pendokong utama kepada keterampilan filem-filem kita.

Tak payahlah kita terlalu bercakap hendak mengantarabangsakan filem kita, hendak membawa filem kita ke “persada dunia”, kalau dalam masyarakat serumpun pun kita tak pandai, tak berupaya melangkah.

Selain Indonesia, negara-negara Asean lain juga sama pentingnya. Malah lebih penting lagi. Penduduk Asean jumlahnya lebih kurang 700 juta orang mengikut banci 2023. Kalau market ini boleh digunakan atau disasarkan dengan baik tentulah filem Melayu akan berkembang dengan sangat baik.

Kita nanti bukan lagi akan bercakap tentang nilai pasaran yang puluhan juta, tetapi mungkin ratusan, malah tak mustahil juga bilion ringgit. Dengan pasaran yang besar tentunya institusi kewangan tertarik untuk melabur atau menyediakan dana. Ia adalah pusingan yang sangat viable untuk sustainable atau kelestarian industri dan pengembangan pengaruh budaya sinema kita.

Mengikut jadual Malaysia akan menjadi pengerusi ASEAN pada tahun hadapan. Saya rasa Malaysia boleh menggerakkan inisiatif agenda ini dengan berkesan. Melalui ASEAN-COCI (Committee on Culture and Information) yang sedia ada “apresiasi dan populariti” terhadap filem sesama negara ASEAN boleh dijadikan agenda utama.

Banyak tahun dahulu saya pernah menghadiri Pekan Filem di Jogjakarta, Indonesia yang dianjurkan oleh ASEAN-COCI. Pengamal filem dari negar-negara ASEAN berbincang dan bercakap mengenai filem negara masing-masing.

Saya ingat lagi dalam satu program di luar acara saya telah dijemput bercakap tentang filem Asia di kampus Universitas Gadjah Mada pada sebelah malam. Sesinya amat interaktif dan berfaedah sekali

Baru-baru ini tak silap saya Menteri KKMM ada menyebutkan tentang perlunya Malaysia meluaskan pasaran filem kita di negara-negara ASEAN. Ini petanda yang baik.

Saya berhadap bila Malaysia menjadi pengerusi ASEAN tahun hadapan nanti isu dan agenda ini boleh benar-benar dijayakan.

Langkah pro-aktif wajarlah difikirkan oleh orang dan pihak yang berkenaan mulai dari sekarang agar kita tidak mensesiakan peluang..

05/09/2021
21/01/2020
TENTANG VOKAL DAN PENGUCAPAN BERKESANOn Vocal and Effective Speaking_______________________________________________Semin...
01/01/2020

TENTANG VOKAL DAN PENGUCAPAN BERKESAN
On Vocal and Effective Speaking
_______________________________________________

Seminar-bengkel ini dijalankan secara hands-on (The seminar-workshop is a hands-on’s workshop)

1. MEMBINA KUASA VOKAL (DEVELOPING VOCAL POWER)

• Pengenalan dan segala perkara penting berkaitan vokal (Introduction, and all important matters related to vocal)

• Suara seorang pemimpin (Voice of a Leader)

• Teknik membina kuasa vokal (The technique of developing vocal power)

• Menggunakan kuasa vokal berkesan dalam percakapan / pengucapan / syarahan / pidato (Using effective vocal power in conversation/talks/lecture/public speaking)

2. OBJEKTIF (OBJECTIVE)

• Untuk melatih peserta dalam membangunkan suara dan kuasa vokal (To train participants in developing strong voice and vocal power)

• Latihan komunikasi berkesan dalam pertuturan, syarahan, pembentangan, pengucapan awam, mesyuarat dan perundingan (Skill training in effective communication in conversation, presentation, public speaking, meeting and negotiation)

• Untuk membina keyakinan diri dalam berkomunikasi (To develop self-confidence in communication)

3. KANDUNGAN (CONTENT)

• Pengenalan kepada suara, vokal dan seni komunikasi verbal dan visual berkesan (Introduction to voice, vocal and the art of effective verbal and visual communication)

• Membina suara dan kuasa vokal (Developing voice and vocal power)

• Persediaan (preparation)

• Pengucapan sebagai seni persembahan - stail pengucapan untuk pelbagai tujuan
(Speaking as performing arts – speaking style for various purpose)

• Struktur dan kandungan (Structure and Content)

• Pembahasaan dan kepetahan (Language and fluency)

• Memukau perhatian (Holding attention)

• Menguasai rasa gementar (Mastering nervous tension)

• Membina tabiat baik, menghindar tabiat buruk dalam berkomunikasi (Developing good habit, avoiding bad habits in communication)

• Alat bantuan pandang dengar (Visual Aid)

• Latihan bercakap dihadapan kamera, komen dan penilaian (Speaking exercise infront of cameras)

4. KAEDAH PENGAJARAN (TEACHING METHOD)

• Syarahan secara interaktif (Interactive lecture)

• Tunjuk buat dan latihan (Demonstration and exercise)

• Teknik pemodelan (Modelling technique)

• Pengucapan / pembentangan / pidato pendek 10 – 15 minit dihadapan majlis secara individu dan dirakam oleh kamera (Short speech / speaking / presentation / oratory demonstration for 10 – 15 minutes in front of an audience and recorded on camera)

• Penilaian dan rumusan (Evaluation and summary)

5. TEKNIK PENGUCAPAN/PEMBENTANGAN/PIDATO AWAM (CONVERSATION & PUBLIC SPEAKING TECHNIQUE)

• Asas pertuturan/pengucapan/pidato (The foundation of conversation / talks / public speaking)

• Struktur kandungan pengucapan/pidato berkesan (Understanding speech/talks content structure)

• Persediaan seorang pembicara berjaya (Preparation of a successful speaker)

• Teknik penyampaian/pengucapan/syarahan/pidato berkesan (Effective presentation / talk / lecture / speaking technique)

• Mengatasi gementar pentas, (Stage fright- Mastering nervous tension)

6. STRATEGI KOMUNIKASI MENANG (SUCCESS COMMUNICATION STRATEGY)

• Asas komunikasi untuk ‘menang’ (fundamental of winning communication)

• Strategi komunikasi menang (strategy for winning communication)

7. HASIL PEMBELAJARAN (LEARNING OUTCOME)

• Melahirkan seorang yang mahir, lancar dan bijaksana dalam berbicara / berpidato. (Producing a skilled, fluent and intelligent communicator and public speaker)

• Melahirkan pembicara/pemidato yang punya suara mendalam dan menawan (Producing speakers with deep and strong vocal variables with voices that appeals to the masses)

• Melahirkan seorang yang tinggi keyakinan dan kawalan diri dalam berkomunikasi
(Producing a speaker with strong self-confidence and self-control in communication)

8. SIAPA PATUT HADIR (WHO SHOULD ATTEND)

• Pemimpin pelbagai peringkat, dalam pelagai lapangan(leaders at various level in all leadership field)

• Guru-pensyarah, sekolah / IPT (Teachers, lecturers in school and higher educational institution)

• Ibu bapa, “pendidik”(parents, “trainer”)

• Jurujual (Salesperson)

• Individu yang bercita-cita menjadi pemimpin berpengaruh dan berjaya(individual who wanted to become influential and successful leader)

__________________________________

The workshop can be organised for one day with talk and demonstration format. Bengkel ini boleh diadakan dalam satu hari dalam format syarahan dan tunjuk buat sahaja

The workshop can also be conducted at locations around the country by way of invitation. Bengkel ini juga boleh dianjurkan di lokasi di seluruh negara berdasarkan penganjuran.

It can also be conducted through “coaching” format to individual and small group privately. Ia juga boleh dijalankan secara “coaching” kepada individu atau sekumpulan kecil peserta secara private

22/10/2019

Address

Kepong

Opening Hours

09:00 - 17:00

Telephone

+601110777045

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mahadi J Murat Workshop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mahadi J Murat Workshop:

Share