Sani United Berhad

Sani United Berhad Operated by Sani United Berhad. Business entity focusing on capital, investment and asset management.

Registration Number : SANI UNITED BERHAD (200301024311 / 626731-M)

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡.Bagi pihak Pengurusan dan Kakitangan Sani United Berhad, kami mengucapkan Salam Maulidur Rasu...
24/08/2026

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡.

Bagi pihak Pengurusan dan Kakitangan Sani United Berhad, kami mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Semoga sambutan ini menjadi ruang untuk kita menghayati sirah dan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W, memperbanyakkan selawat dan meneladani sifat Baginda dalam kehidupan seharian. Semoga amalan, ibadah dan ketakwaan kita selari dengan peribadi junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Ikhlas daripada,
π’π€ππˆ π”ππˆπ“π„πƒ 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃

ππ„π‘ππˆππ‚π€ππ†π€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ π”π”πŒ 𝐃𝐀𝐍 π’π€ππˆ π”ππˆπ“π„πƒ 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃.Klang, 21 Ogos - Pengurusan Sani United Berhad berbesar ...
21/08/2026

ππ„π‘ππˆππ‚π€ππ†π€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ π”π”πŒ 𝐃𝐀𝐍 π’π€ππˆ π”ππˆπ“π„πƒ 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃.

Klang, 21 Ogos - Pengurusan Sani United Berhad berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia (UUM). Kunjungan ini diketuai oleh Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Profesor Madya Dr. Mohamad Khadafi Rofie dan disertai oleh Profesor Madya Dr. Solahuddin Abdul Hamid, Dr. Maizatul Azura Yahya serta Puan Syahrina Abdullah.

Perbincangan ini berkait rapat dengan input dan output yang dapat diberikan oleh UUM sebagai pusat ilmu untuk menyumbang kepada kebolehpasaran graduan dalam pelbagai industri. Selain itu, perbincangan ini juga menyentuh bagaimana Sani United Berhad selaku syarikat bumiputera boleh memainkan peranan dalam merancakkan peningkatan kebolehpasaran graduan terutamanya UUM.

Pertemuan yang diketuai oleh Ida Nureeni Haji Ismail, Pengarah Kumpulan Operasi dan Kewangan, Sani United Berhad ini juga diserikan dengan kehadiran kakitangan Sani United Berhad yang juga merupakan alumni UUM.

20/08/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐇𝐄𝐀𝐃 πŽπ… πƒπ„ππ€π‘π“πŒπ„ππ“ π’π€ππˆ π”ππˆπ“π„πƒ 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 πŠπ€π‹πˆ πŸ‘/πŸπŸŽπŸπŸ”.

Klang, 20 Ogos - Pengurusan Sani United Berhad telah mengadakan Mesyuarat 'Head of Department' Kali 3/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Sani United Berhad, Klang.

Mesyuarat ini memperincikan perkembangan operasi semasa syarikat, isu-isu semasa pentadbiran dan operasi, persediaan syarikat dalam memperkembangkan cabang serta struktur perniagaan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ida Nureeni Haji Ismail, Pengarah Kumpulan Operasi dan Perniagaan serta dihadiri oleh semua ketua jabatan Sani United Berhad.

Peluang Latihan Kerjaya di Sani United Berhad kini tersedia.Adakah anda seorang pelajar Diploma atau Ijazah yang sedang ...
06/08/2026

Peluang Latihan Kerjaya di Sani United Berhad kini tersedia.

Adakah anda seorang pelajar Diploma atau Ijazah yang sedang mencari tempat latihan industri?

Inilah peluang anda untuk memperoleh pengalaman sebenar dalam dunia korporat bersama Sani United Berhad, sebuah kumpulan syarikat pengurusan pengangkutan dan pelaburan yang sedang berkembang di Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk menimba pengalaman di bawah pengurusan yang profesional, kakitangan terlatih dan berpengalaman serta suasana kerja korporat yang kondusif.

Jawatan Ditawarkan:
Pelatih Latihan Industri (Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia).

Lokasi: Sani United Berhad, Cawangan Gong Badak, Terengganu.

Hantar permohonan anda sekarang!
Sertakan Resume/CV, Surat Penempatan Latihan Industri dan Transkrip Akademik terkini.

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π–π€ππ†π€π ππˆπ‹. πŸ’/πŸπŸŽπŸπŸ”.Klang, 18 Julai - Walaupun hari minggu, pengurusan Sani United Berhad tetap m...
18/07/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π–π€ππ†π€π ππˆπ‹. πŸ’/πŸπŸŽπŸπŸ”.

Klang, 18 Julai - Walaupun hari minggu, pengurusan Sani United Berhad tetap meneruskan komitmen dalam memastikan segala penyusunan operasi syarikat kekal berterusan menerusi Mesyuarat Bahagian Operasi dan Kewangan Bil. 4/2026.

Pelbagai isu yang menyentuh perjalanan, kelancaran dan pemantapan operasi syarikat ditekankan dalam input mesyuarat dalam memastikan operasi harian berjalan dengan lancar dan cemerlang.

**

Klang, 18 July – Despite the weekend, the management of Sani United Berhad remained committed to ensuring the company's operations continue to run efficiently by convening the Operations and Finance Department Meeting Bil. 4/2026.

The meeting focused on a wide range of key operational, financial and management matters aimed at strengthening operational excellence, enhancing service efficiency and ensuring the smooth ex*****on of the company's day to day operations.

Terima kasih Scania Malaysia atas penghargaan. ❀️
08/07/2026

Terima kasih Scania Malaysia atas penghargaan. ❀️

SYAHMI DARI SANI UNITED MEMENANGI β€˜DRIVERS SURVEY COMPETITION’ 2026 BAGI BULAN MEI DI KUALA TERENGGANU

β€œWoksyop Scania mempunyai kakitangan yang mahir dan sentiasa memberikan hasil kerja yang berkualiti. Setakat ini, respons daripada juruteknik sangat pantas, selain memberikan layanan yang baik serta amat memuaskan.,” kata Syahmi, pemandu dari Sani United Berhad.

Jom join survey kami untuk manfaat semua pemandu! Apabila anda menghantar kenderaan Scania anda ke woksyop Scania Malaysia yang terdekat, sila rujuk Penasihat Khidmat Pelanggan Scania kami untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan dalam β€˜survey’ ini.

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π€π‹ π‡πˆπ‰π‘π€π‡ πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡.Sempena kedatangan tahun baharu Islam, marilah kita bersama-sama memperbaharui azam, memperkukuh...
16/06/2026

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π€π‹ π‡πˆπ‰π‘π€π‡ πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡.

Sempena kedatangan tahun baharu Islam, marilah kita bersama-sama memperbaharui azam, memperkukuh integriti dan melangkah ke hadapan dengan semangat yang lebih tinggi.

Semoga tahun baru 1448H membawa keberkatan, kejayaan dan kesejahteraan buat seluruh warga kerja, pelanggan, rakan strategik serta semua umat Islam di seluruh Malaysia.

Hijrah Membina Masa Depan, Berkat Memacu Kecemerlangan.

Salam tulus ikhlas daripada,
Pengurusan & Kakitangan,
π’πšπ§π’ π”π§π’π­πžπ 𝐁𝐞𝐫𝐑𝐚𝐝.

π–π„π‹π‚πŽπŒπ„ 𝐎𝐍 ππŽπ€π‘πƒ 𝐍𝐄𝐖 π€π‚π‚πŽπ”ππ“ π„π—π„π‚π”π“πˆπ•π„.Please join us in welcoming NUR SYAHIDAH AZHAR as one of the new Account Executiv...
09/06/2026

π–π„π‹π‚πŽπŒπ„ 𝐎𝐍 ππŽπ€π‘πƒ 𝐍𝐄𝐖 π€π‚π‚πŽπ”ππ“ π„π—π„π‚π”π“πˆπ•π„.

Please join us in welcoming NUR SYAHIDAH AZHAR as one of the new Account Executive of Sani United Berhad.

With a strong background in accounting, financial report, assessing risk and verifying regulatory compliance, we are confident that her experience and dedication will contribute positively towards the continued growth and excellence of the Group.

Welcome aboard and we wish you great success in your journey with us.

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ” π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ„ππ”π“π„π‘π€π€π π‘π€π’πŒπˆ.Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Dul...
01/06/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ” π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ„ππ”π“π„π‘π€π€π π‘π€π’πŒπˆ.

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026.

Allah Lanjutkan Usia Tuanku.

Sembah Takzim daripada,
Pengurusan & Kakitangan
π’π€ππˆ π”ππˆπ“π„πƒ 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃.

Address

Wisma Dato' Sani, No. 12 & 14, Jalan 3/KU5, Persiaran Klang Sentral 2, Klang Sentral, Bukit Raja, Meru, Klang
Klang
41050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sani United Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share