Persatuan Peniaga Kecil & Bazaar Bandaraya Diraja Klang

Persatuan Peniaga Kecil & Bazaar Bandaraya Diraja Klang Pertubuhan yang menjaga kebajikan seluruh peniaga-peniaga kecil dan bazaar yang berada di Klang

๐Ÿ“ข PENGUMUMAN RASMI BARISAN KEPIMPINAN PPBDK BAGI SESI 2025/2026Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera kepada semua a...
11/08/2026

๐Ÿ“ข PENGUMUMAN RASMI BARISAN KEPIMPINAN PPBDK BAGI SESI 2025/2026

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera kepada semua ahli PPBDK.

Dimaklumkan bahawa susulan daripada perletakan jawatan YDP yang lalu, Mesyuarat Jawatankuasa telah bersetuju membentuk barisan kepimpinan baharu bagi meneruskan kesinambungan pentadbiran dan perjuangan Persatuan.

Barisan Jawatankuasa PPBDK Sesi 2025/2026
adalah seperti berikut:

Yang Dipertua (YDP)
โ—ฝ๏ธ En. Muhamad Firdaus

Timbalan Yang Dipertua
โ—ฝ๏ธ En. Shah Rizal

Naib Timbalan 1
โ—ฝ๏ธ En. Tarmizi

Naib Timbalan 2
โ—ฝ๏ธ En. Mohd Hanaffi

Setiausaha
โ—ฝ๏ธ Cik Nur Aini

Timbalan Setiausaha 1
โ—ฝ๏ธ Puan Nor Farhana

Timbalan Setiausaha 2
โ—ฝ๏ธ Puan Nor Hafiza

Bendahari
โ—ฝ๏ธ En. Zulkifli

Timbalan Bendahari
โ—ฝ๏ธ En. Abdul Hamid

Barisan Ahli Jawatankuasa (AJK)
โ—ฝ๏ธ En. Mohd Yusof
โ—ฝ๏ธ Puan Nora
โ—ฝ๏ธ En. Muhammad Sofi
โ—ฝ๏ธ En. Muhammad Haikal
โ—ฝ๏ธ En. Aulia Rahman
โ—ฝ๏ธ En. Yusmardinal
โ—ฝ๏ธ Puan Afida
โ—ฝ๏ธ En. Abdul Malik
โ—ฝ๏ธ En. Mohd Azman
โ—ฝ๏ธ En. Mohd Qahirudin

Semoga dengan amanah yang diberikan ini, barisan kepimpinan baharu dapat menggalas tanggungjawab dengan penuh komitmen, integriti dan semangat berpasukan demi memperkukuhkan PPBDK.

Kami juga berharap agar seluruh ahli PPBDK terus memberikan sokongan, kerjasama dan kepercayaan kepada barisan kepimpinan baharu dalam usaha memperjuangkan kebajikan serta menjaga kepentingan peniaga-peniaga tempatan.

"1 SUARA, 1 TUJUAN, 1 MATLAMAT."

Sekian, terima kasih.

Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil & Bazaar Bandaraya Diraja Klang (PPBDK)

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh wargaPersatuan Peniaga-Peniaga Kecil & Bazaar Ba...
27/05/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga
Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil & Bazaar Bandaraya Diraja Klang (PPBDK)

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa serta mengeratkan lagi silaturahim sesama keluarga, sahabat dan komuniti peniaga.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan rezeki yang dicari dipermudahkan serta diberkati selalu.

Berhati-hati di jalan raya dan semoga semua urusan dipermudahkan.

๐Ÿ•Œ Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada,
Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil & Bazaar Bandaraya Diraja Klang (PPBDK)

10/04/2026

๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ง๐ฒ๐š ๐’๐ž๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ˆ๐ง๐ฌ๐š๐ง ๐๐š๐ข๐ค ๐๐ข ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ

Kg Sg Pinang, 10 April 2026 (JUMAAT)

Pagi ini, diberi kesempatan menguruskan pengebumian Almarhum Suhatril bin Barawi (cik paad).

Seorang insan yang dikenali dengan sifatnya yang ringan tulang, sentiasa membantu tanpa mengira masa dan keadaan. Senyumnya, jasanya dan keikhlasannya dalam bermasyarakat menjadi saksi bahawa beliau pergi meninggalkan legasi kebaikan yang sukar dicari ganti.

Pemergiannya pada hari Jumaat yang mulia ini pastinya satu kehilangan besar buat persatuan PPBDK,para peniaga,kejiranan,komuniti minang dan ramai lagi, yang begitu dekat dengan dirinya.

Sesungguhnya, orang baik tidak pernah benar-benar pergiโ€ฆ mereka hidup dalam doa dan ingatan kita.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Moga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Almarhum, menerima segala amal kebaikannya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya bersama para solihin.

Al-Fatihah..๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿฅน

16/03/2026
done program BUBUR LAMBUK BANDAR DIRAJA KLANGโ€ผ๏ธ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐ŸฅฐDimulakan dengan persiapan bahan, Memasak  dan kemudian mengagihkan bu...
14/03/2026

done program BUBUR LAMBUK BANDAR DIRAJA KLANGโ€ผ๏ธ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿฅฐ

Dimulakan dengan persiapan bahan, Memasak dan kemudian mengagihkan bubuk lambuk kepada masyarakat sekitar,pengunjung bazar,jemaah Masjid serta para Peniaga.

program ini Dianjurkan bersama Masjid Bandar DIRAJA Klang Utara,persatuan Peniaga Peniaga kecil & Bazar Banda DIRAJA Klang,Persatuan Arkid Jln Melayu Klang & persatuan Pasar Jawa .

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

ู…ูŽู† ููŽุทู‘ูŽุฑูŽ ุตูŽุงุฆูู…ู‹ุง ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูุซู„ู ุฃูŽุฌู’ุฑูู‡ูุŒ ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽุง ูŠูŽู†ู’ู‚ูุตู ู…ูู† ุฃูŽุฌู’ุฑู ุงู„ุตู‘ูŽุงุฆูู…ู ุดูŽูŠุฆู‹ุง

Maksudnya: โ€œSiapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.โ€

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

SALAM RAMADAN DARI KAMI & SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI๐Ÿ™‹๐Ÿป๐ŸŽ‰๐ŸŒ™โœจ๐Ÿ™๐Ÿป

Alhamdulillah selesai sudah ,MAJLIS BERBUKA PUASA "SANTAPAN KASIH RAMADHAN 2026" & SAMBUTAN NUZUL QUR'AN BERSAMA ANAK YA...
07/03/2026

Alhamdulillah selesai sudah ,
MAJLIS BERBUKA PUASA "SANTAPAN KASIH RAMADHAN 2026" & SAMBUTAN NUZUL QUR'AN BERSAMA ANAK YATIM DAN HASNAF.๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿฅฐ

ANJURAN BERSAMA PERSATUAN PENIAGA-PENIAGA KECIL & BAZAAR BANDARAYA DIRAJA KLANG & Masjid Bandar Diraja Klang Official

Masa : 6.00 Petang
Tarikh : 6/3/2026
Tempat : Masjid Bandar Diraja Klang Utara

Syukur Alhamdulillah,semalam telah berlansung Satu program di mana Kita meraikan golongan HASNAF & anak-anak yatim dari Rumah penjagaan HAJJAH KAMARIAH Taman Medan.

Program dimulakan Dengan Perasmian Pintu gerbang oleh YBRS.Tuan Zary Affendi selaku Timbalan Dato Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang,turut serta ahli Majlis dan ketua ketua jabatan MBDK.
program diteruskan dengan lawatan ke tapak bazar Aidilfitri JLN Taiping Klang bagi melihat sendiri suasana & keadaan di bazar.

Turut berlangsung penyampaian duit Raya dan sumbangan dari persatuan & NGO yang terlibat serta Majlis Berbuka Puasa dan ditetuskan Dengan solat Magrib.

Kemuncak program pada Malam,kami membawa Anak-anak yatim turun ke bazaar aidilfitri JLN Taiping Klang bagi MERASAKAN
sendiri suasana dan kemeriahan bazaar aidilfitri.
Para peniaga juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan duit Raya serta menyumbang barangan keperluan pada golongan yang memerlukan.

Kami dari persatuan PPBDK ingin mengucapkan juataan terima Kasih pada Semua pihak yang terlibat dalam penganjuran
program kali ini ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿฅฐ

Address

Klang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Peniaga Kecil & Bazaar Bandaraya Diraja Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share