Arked Mara Jalan Melayu Klang

Arked Mara Jalan Melayu Klang Parking
(1)

Arked Mara Jalan Melayu Klang merupakan sebuah pusat perniagaan yang menempatkan pelbagai jenis perniagaan di bawah satu bumbung terletak di Pusat Bandar Klang.

Alhamdulillah, pada 3 Mei 2026 (Ahad), rombongan Persatuan Peniaga Arked Jalan Melayu Klang telah selamat menghadiri Kar...
03/05/2026

Alhamdulillah, pada 3 Mei 2026 (Ahad), rombongan Persatuan Peniaga Arked Jalan Melayu Klang telah selamat menghadiri Karnival 60 Tahun MARA, Menjunjung Amanah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Program yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini berlangsung dengan meriah, penuh manfaat serta mengeratkan semangat kebersamaan dalam kalangan peserta. Terima kasih kepada semua yang terlibat!

Alhamdulillah, lawatan pesara Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar pada 16 April 2026 telah berlangsung dengan j...
18/04/2026

Alhamdulillah, lawatan pesara Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar pada 16 April 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Arked MARA jalan melayu.

Disambut mesra oleh para peniaga. Sesi penerangan berkenaan pakaian tradisional Melayu, perkongsian informasi budaya, makanan dan permainan tradisi.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Alhamdulillah, Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2026 Berlangsung Dengan MeriahSyukur ke hadrat Ilahi kerana Jamuan Har...
18/04/2026

Alhamdulillah, Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2026 Berlangsung Dengan Meriah

Syukur ke hadrat Ilahi kerana Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2026 yang telah diadakan pada 17 April 2026 (Jumaat) berlangsung dengan penuh kemeriahan, suasana harmoni dan semangat kekeluargaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir serta yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga ukhuwah yang terjalin terus kekal erat dan diberkati

26/02/2026

Jalan taiping sedang bersiap siaga. Khemah dan barangan sedang dipunggah masuk. Tempat yang bakal menjadi tumpuan sepanjang ramadhan.

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA.PROGRAM MEGA RAYA @ ARKED MARA KLANGPELBAGAI JUALAN JUADAH & BARANGAN KELENGKAPAN AI...
23/02/2026

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA.
PROGRAM MEGA RAYA @ ARKED MARA KLANG
PELBAGAI JUALAN JUADAH & BARANGAN KELENGKAPAN AIDILFITRI

Promosi & Tawaran Menarik di
Arked Mara Jalan Melayu Klang :

- Juadah Berbuka/ moreh/ sahur & kuih Raya
- Pakaian baju melayu/Kurta/ jubah/ b kurung/ kebaya/ Tudung/ Songkok/ kasut/ Keronsang aksesori dll
- Perkhidmatan Barber/ Salon/ Urutan/ Bekam/ Inai/ Kacamata/ Gadget HP Computer/ Tailor/ Alteration/ Jahitan Langsir & Percetakan

Berbelanja Hanya min RM50
layak meyertai cabutan bertuah
Dengan hadiah menarik
- GOLD BAR
- TABLET
- ALATAN LETRIK
- HAMPER MENARIK
- Dan lain-lain

Waktu operasi : 10am - 12am
Lokasi : Arked MARA Jalan Melayu Klang
Pertanyaan : 011-5859 6420




Pada 14 Februari 2026, Arked MARA Klang dengan penuh rasa syukur dan menjunjung kasih merafakkan setinggi-tinggi penghar...
14/02/2026

Pada 14 Februari 2026, Arked MARA Klang dengan penuh rasa syukur dan menjunjung kasih merafakkan setinggi-tinggi penghargaan atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, mencemar duli berkenan berangkat ke Bandaraya Diraja Klang.

Lawatan tersebut berlangsung bersempena program anjuran Badan Warisan Malaysia yang menghimpunkan ahli-ahlinya dalam satu sesi lawatan warisan sekitar Bandaraya Diraja Klang. Arked MARA Klang amat berbesar hati kerana kawasan perniagaan Arked MARA turut menjadi antara lokasi yang diziarahi dalam rangka lawatan tersebut.

Lawatan ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan Baginda terhadap pemeliharaan warisan dan pembangunan bandar bersejarah, malah menyerlahkan peranan Arked MARA sebagai sebahagian daripada landskap ekonomi dan sosial Klang yang terus hidup. Arked MARA menjadi simbol daya tahan, aspirasi dan kelangsungan ekonomi komuniti setempat.

Persatuan Peniaga Arked MARA Klang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini, dan berdoa agar Arked MARA Klang terus maju sebagai pusat rujukan warisan dan perniagaan yang berdaya saing, selari dengan usaha memelihara warisan dan identiti Bandaraya Diraja Klang.

Gambar sekitar rombongan Persatuan Peniaga Arked MARA Klang ke MARA HQ sempena Selangor Showcase.Semoga lawatan ini memb...
04/12/2025

Gambar sekitar rombongan Persatuan Peniaga Arked MARA Klang ke MARA HQ sempena Selangor Showcase.
Semoga lawatan ini membuka lebih banyak peluang, jaringan baharu dan manfaat untuk semua peniaga. Terima kasih atas layanan dan jemputan, kami pulang dengan inspirasi dan motivasi baharu.

Persatuan Arked Jalan Melayu klang bersama PUAM, UTC shah alam anggerik mall dalam program lawatan ke beberapa UTC dan A...
25/11/2025

Persatuan Arked Jalan Melayu klang bersama PUAM, UTC shah alam anggerik mall dalam program lawatan ke beberapa UTC dan Arked MARA arah timur.

Gambar di sekitar Program Fiesta Warisan Seni Budaya & Pelancongan klang 2025 anjuran MBDK. Team Warisan Arked jalan mel...
25/11/2025

Gambar di sekitar Program Fiesta Warisan Seni Budaya & Pelancongan klang 2025 anjuran MBDK. Team Warisan Arked jalan melayu klang menyertai perarakan dan membuka beberapa booth bersama cenderahati warisan, pakaian tradisional, busana kreatif, alatan keris, tokomix hub, 2705 events management dll.

Address

Jalan Melayu
Klang
41400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arked Mara Jalan Melayu Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Arked Mara Jalan Melayu Klang:

Share