Kambing Golek & Akikah - catering

Kambing Golek & Akikah - catering kami menyediakan khidmat katering utk kenduri atau rumah terbuka atau mesyuarat pejabat atau akikah

29/05/2026

Makanan feveret kami sekeluarga .. kalau beli ikan kayu/tongkol, mesti mak buat rendang pedas ikan kayu ni...

Resepi mak saya
Rendang pedas ikan kayu

Ikan kayu seekor (anggaran 600gm)
4 ulas bawang kecil - hiris nipis
2 btg serai besar (hiris dan tumbuk)
8 biji cili kering + 5 biji cilipadi merah - kisar
Sehelai daun kunyit saiz besar - hiris mayang
3 keping asam keping
250ml santan
1sk gula
1/2 sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa..

Cara-cara
Masukkan semua bahan di atas dalam kuali dan masak atas api sederhana... Ikan tak perlu di goreng/rebus.. masukkan je mentah2... Sama macam kita masak rendang biasa, cuma yang ni lebih cepat dan mudah😘😘
Kami tak letak serbuk perasa, sebab kami mmg tak makan apa2 serbuk perasa😂

Kredit : Laila Safiah

"KAMBING GOLEK ISTIMEWA UNTUK MAJLIS ANDA"Bayangkan aroma kambing golek yang menyelerakan memenuhi ruang udara… Dagingny...
25/05/2025

"KAMBING GOLEK ISTIMEWA UNTUK MAJLIS ANDA"

Bayangkan aroma kambing golek yang menyelerakan memenuhi ruang udara… Dagingnya lembut, berjus, dan dipanggang sempurna dengan resepi turun-temurun yang telah memikat hati ramai pelanggan.

Setiap potongan kambing disediakan dengan penuh kasih sayang – bukan sekadar makanan, tetapi lambang penghargaan dan rasa syukur yang ingin dikongsi bersama tetamu anda.

Sesuai untuk semua jenis majlis:

Majlis Kesyukuran

Sambutan Harijadi

Majlis Pertunangan

Rewang & Kenduri

Majlis Korporat dan Keluarga

Menu Lengkap Yang Menyentuh Selera:

Kambing Golek Premium

Sos Barbeque Black Pepper Homemade

Coleslaw segar dan rangup

Mashed Potatoes berkrim

Roti Bawang Putih yang harum

Sup Cendawan pekat dan panas

Kenapa pelanggan s**a tempah dengan kami?
Kerana resepi rahsia kami telah terbukti menambat hati—tak kira muda atau tua, semuanya memuji kelembutan kambing, kelazatan sos, dan kualiti hidangan yang kami sediakan.

Kami jaga kebersihan dan persembahan—setiap hidangan disusun kemas, bersih dan menarik di mata tetamu. Bukan sekadar menjamu selera, tetapi mencipta kenangan indah bersama orang tersayang.

---

Tempah Sekarang – Rasai Sendiri Keistimewaannya!
Hidangan ikhlas dari hati untuk majlis penuh makna.

Hubungi kami di:
[012-6540598 / WhatsApp pun boleh]

16/12/2024
04/12/2024

BUKAN KARI BIASA
ISTIMEWA PUNYA…

RESEPI ISTIMEWA KARI IDASHAHIDA
Daging@ ayam

Sangat sesuai dan sangat disarankan untuk buat kari daging ini sekiranya nak celat makan sedap puas hati

Boleh dibuat makan dengan pelbagai jenis nasi

Buat kari daging nak bagi rasa sedap masukkan sedikit lemak
Lemak daging@ lemak harimau menangis atau daging harimau menangis makan sedap berganda ganda

sangat istimewa rasanya sebab resepi saya lain dari yg lain.jangan bimbang pasti sedap.
Rempah kari daging dicampur bersama rempah nasi BERIANI cuba bayangkan rasanya…sedap sangat
Mesti makan bertambah tambah dan kalau masak jamu kawan kawan makan mesti akan dipuji.
Saya guna serbuk rempah kari daging allagapas DAN REMPAH BERIANI ADABI
Resepinya:

Santan 2 kotak kecil 200ml x2( kalau nak guna hanya sekotak saja pun boleh dan tetap sedap no.1).caranya santan 1 kotak:
Masukkan 1/2 kotak Santan selepas rempah dah masak masukkan 1 cawan air dan 1/2 lagi dimasukkan sebelum nak masukkan kerisik).

bwg merah 10
bwg putih 7
halia 2 inci
(dihiris halus)

kulit kayu manis 2
bunga lawang 3
Bunga cengkeh
biji pelaga 3
lada hitam 10 biji

Lengkuas 1 inci diketuk
Serai 3 batang diketuk

daging 1 -1 1/2kg di potong kecil ( resepi ni untuk ayam 1 ekor kalau guna daging jangan lebih dari 1 1/2 kg daging)

Dapatkan banyak lagi resepi mudah dan simple dekat sini >>https://t.me/AnekaResepiMudah

rempah daging 300g ( serbuk allagapas daging)
Rempah nasi beriani 2 sudu besar
Serbuk cili allagapas 1 sudu besar jika nak pedas
Rempah ni dibancuh kental dengan sedikit air.
kerisik 5 sudu besar
air 1 1/2 cawan
ubi kentang 4 biji di potong 4
minyak 2 cawan atau lebih untuk rempah masak betul.
(rempah bila betul betul masak..akan jadi warna merah dan terdapat minyak diatasnya).

panaskan minyak dalam periok. tumis bwg dah bawang layu masukkan serai lengkuas dan halia tadi tu...dah wangi masukkan rempah 4 sekawan. kacau. masukkan rempah kari. kacau. jangan tinggal!!mudah hangus.

bila rempah dah masak....masukkan daging - api sederhana.
kacau selama 20 minit sampai air daging dah keluar semuanya dan keringkan sedikit kuahnya. Pekatkan
Masukkan air 1 1/2 cawan . Dikacau kacau. Masukkan 1/2 kotak santan tadi.masukkan ubi kentang , gula, garam dan kiub ayam/ajinomoto. Ketika ini api sederhana. ( cuba rasa sikit kuah nya - kena bagi kuah dah rasa sedap ketika ini sebab kuah ketika inilah yang amat penting untuk membuatkan daging dan kuah rasa sedap).

terus dikacau...biar mendidih 2 -3 kali selama 20 minit atau sampai daging lembut pastu baru masukkan santan yg 1/2 tadi ,kacau kacau. biar mendidih 2 kali baru dimasukkan 1 kotak santan yang lagi satu tu...biarkan mendidih sekali...bila daging dan ubi lentang dah lembut n sedap baru dimasukkan kerisik. Dikacau kacau sekejap.
Sekarang dah jadi pekah kuahnya.
Rasailah apa yg kurang..sila tambah.

pastikan ubi dan daging telah empuk baru masukkan KERISIK. biarkan 5 minit . pastu baru ditutup api dapur. rasailah dulu apa yg kurang ditambah.SELEPAS MASUKKAN KERISIK KUAH KARI AKAN JADI PEKAT LIKAT DAN AMAT SESUAI DICICAH LEMANG DAN KETUPAT.
Kalau dah masuk kerisik agak dalam 5 minit sila tutup api.
( baru sedap dan pekat likat)

Peringatan penting:
* klu nk kuah banyak tambahlah air 1 cawan lg iaitu sebelum dimasukkan kerisik”

* lepas tu biar mendidih lama sikit supaya ia pekat semula.

* jika last sekali tu ubi kentang dah masak lembut tapi daging belum empuk lagi..sila keluarkan ubi kentang dahulu nanti bila daging dah empuk baru masukkan semula ubi kentang kedLam periuk kari tu....

Masak apa apa pun perlu ada tekniknya supaya rasa sedap dan menyelerakan.

Dah siap.....

** Minyak kena banyak supaya rempahnya masak sempurna baru gulai akan jadi sedap. Nanti bila dah masak boleh buang minyak tu sedikit.minyak tu boleh buat goreng ikan..lagi sedap ikan goreng anda.**




23/11/2024

black papper

23/11/2024

Address

Teluk Pulai
Klang
42150

Telephone

+60 12-654 0598

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kambing Golek & Akikah - catering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share