15/09/2021
SAMBIL MENUNGGU PENYAMUN2 SIAP PAKAIAN, P RAMLEE PEKENA KOPI DI KAKI LIMA STUDIO
Ketika shooting filem ALI BABA BUJANG LAPOK, babak yang paling rumit adalah apabila ia melibatkan ramai pelakon dalam sesebuah scene. Pengarah P Ramlee dan rakan2 krew produksi dan teknikal terpaksa ' break' atau berehat sementara menunggu para penyamun yang berjumlah 40 orang sedang bersiap untuk di make-up dan dikenakan kostum bagi babak dalam gua yang diadakan di Studio A. Babak itu adalah ketika penyamun2 berpakaian serba fesyen dan ragam kerana mendapat pelepasan dari Chief Penyamun untuk bebas keluar berpoya di Kota Baghdad. Tambah p**a, Bahagian Art Department juga sedang mengemas dan menyusun set dan props dalam gua bagi kesesuaian pergerakan kamera.
Gambar menunjukkan P Ramlee sedang menghirup kopi di kaki lima di sebelah dinding Studio A, dan melihat dari wajahnya, ia seolah2 menggambarkan seribu macam idea sedang berkocak dalam otak genius nya. Memang sifat semulajadi P Ramlee selalu merendah diri, bercampur gaul dengan orang2 bawahan.
Di sebelah kiri gambar adalah Seniman Ali Fiji yang berlakon sebagai salah seorang penyamun yang sudah ready dengan pakaian dan makeup.
Di hadapan mengadap P Ramlee adalah Penolong Pengarah S Sudarmadji yang sedang mencadangkan sesuatu kepada bossnya.
Di belakang mereka p**a adalah krew teknikal yang sudah siap kerja mereka, dan hanya menunggu kesediaan para penyamun untuk memulakan shooting.
fonzz
14.9.2021