Micha Yahaya AL-Hikmah

Micha Yahaya AL-Hikmah Dakwah dan perkongsian ilmu faraidh,Pengurusan Dan Perancangan Harta Islam Berlandaskan Syarak.

Ramai anggap Takaful sekadar perlindungan.Sakit, buat claim.Meninggal, dapat pampasan.Tapi hakikatnya, Takaful juga adal...
05/02/2026

Ramai anggap Takaful sekadar perlindungan.

Sakit, buat claim.
Meninggal, dapat pampasan.

Tapi hakikatnya, Takaful juga adalah alat pengagihan harta.

Bila berlaku kematian, pampasan Takaful terus cair kepada penerima
• tak beku, tak perlu tunggu faraid
• boleh ditetapkan melalui hibah

Yang ramai tak sedar, mengurus pusaka perlukan duit.
Ada kos peguam, pentadbiran, dokumen, mahkamah, masa dan tenaga.

Banyak harta jadi beku bukan sebab waris tak sepakat, tapi sebab tak ada modal untuk uruskan.

Di saat keluarga masih berduka, duit Takaful yang cair awal boleh digunakan untuk:
- urus kos pusaka
- bayar hutang si mati
- tampung keperluan sementara

Sebab itu Takaful bukan sekadar perlindungan.
Ia memudahkan urusan dan mengelakkan beban kepada waris.

Soalan mudah:
Kalau esok jadi apa-apa pada kita,
waris ada duit ke untuk mula urus pusaka?

Menyampaikan dengan Hikmah,Membimbing dengan kasih,Dakwah Bukan Sekadar Kata-kata,Tetapi sentuhan hati yang lembut Dan b...
05/02/2026

Menyampaikan dengan Hikmah,
Membimbing dengan kasih,
Dakwah Bukan Sekadar Kata-kata,
Tetapi sentuhan hati yang lembut Dan beradab.
Mengajak dengan kasih,
Membimbing dengan ilmu,
Menyantuni dengan akhlak.
Serulah ke jalan tuhanmu dengan Hikmah Dan nasihat yang baik
_Surah An-Nahl:125.

Rukun Pusaka1. Harta Harta pusaka ialah segala harta yang ditinggalkan oleh si mati dan merupakan milik mutlaknya semasa...
31/01/2026

Rukun Pusaka

1. Harta

Harta pusaka ialah segala harta yang ditinggalkan oleh si mati dan merupakan milik mutlaknya semasa hidup, sama ada harta tersebut mempunyai nilai atau boleh dimanfaatkan.

Harta pusaka terbahagi kepada dua (2) kategori:

i) Harta Tak Alih

Iaitu harta yang tidak boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain, seperti:
Rumah
Apartment
Gudang
Kilang
Tanah (tanah ladang, tanah sawah dan seumpamanya)

ii) Harta Alih

Iaitu harta yang boleh dialihkan atau dipindahkan, seperti:
Kenderaan
Wang tunai dan simpanan
Saham dan pelaburan
Syarikat atau perniagaan
Barangan peribadi (pakaian, kasut, emas perhiasan)
Perabot rumah
Pinggan mangkuk
Peralatan elektrik dan gajet
Haiwan ternakan
Dan lain-lain harta seumpamanya.

Syarat penting:

Semua harta tersebut hendaklah diperoleh oleh si mati semasa hidupnya melalui cara yang halal.

2. Kematian Pemilik Harta

Pemilik harta tersebut telah meninggal dunia, sama ada:
Mati secara hakiki (kematian sebenar), atau
Mati secara hukmi (ditetapkan mati melalui keputusan mahkamah)

3. Kewujudan Waris

Mesti terdapat waris yang masih hidup pada saat kematian si mati untuk membolehkan pembahagian harta pusaka dilaksanakan.

Assalamualaikum wbt.PENCARIAN DAIE FARAIDH ‼️ 🌟Adakah anda berminat untuk mendalami ilmu faraidh dan mempunyai keinginan...
27/01/2026

Assalamualaikum wbt.

PENCARIAN DAIE FARAIDH ‼️ 🌟

Adakah anda berminat untuk mendalami ilmu faraidh dan mempunyai keinginan untuk membantu umat Islam menyelesaikan harta pusaka secara syarie?

📚 Jika YA, anda amat dialu-alukan untuk memohon, terutamanya jika anda terdiri daripada:
✅ Guru
✅ Asatizah
✅ Lepasan pengajian Islam
✅ Individu berpengalaman dalam faraidh & pusaka
✅ Ejen Takaful
✅ Ejen Hartanah
✅ Penceramah
✅ Facilitator
✅ Usahawan / Bisnes

🎓 Apa yang akan anda PELAJARI?
✍️ Pembelajaran Teori & Praktikal
📘 5 Modul Asas Faraidh & Pengurusan Pusaka
📝 Format & skrip disediakan (mudah & tersusun)
📌 Peranan Anda Sebagai Daie Faraidh:
🔹 Menyampaikan ilmu faraidh kepada masyarakat
🔹 Memberi pencerahan isu pusaka Islam
🔹 Terlibat dalam program dakwah & pendidikan

🌱 MANFAAT Menyertai Kami:
✨ Platform dakwah yang tersusun & berfokus
✨ Pahala berterusan melalui ilmu yang disampaikan

📢 Sertai TAKLIMAT Terbuka
🗓 Tarikh: 7 Februari 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pagi
📍 Tempat: Masjid Setia Alam
🛑 Tarikh tutup pendaftaran:01 Feb 2026

📞 Sebarang pertanyaan / info lanjut
http://www.wasap.my/60126087694

Business Account

Address

Shah Alam
Klang
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Micha Yahaya AL-Hikmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share