14/08/2026
ππππππ
πππππ ππππππππ ππππππππππππ πππππππ πππππππ ππ πππππ (ππππ-πππππ π
πππ)
Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya,
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) akan mengadakan satu taklimat Penyenaraian Makanan Sediaan di Rumah (Home-based Food), dengan kerjasama Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 27 Ogos 2026 (Khamis)
Lokasi : Ruang Legar, Wisma Tun Fuad Stephens Karamunsing, Kota Kinabalu
Masa : 8.30 pagi - 2.00 petang
Peserta perlu membawa dokumen seperti dinyatakan dalam poster pada taklimat tersebut untuk tujuan pendaftaran Home-based.
Pendaftaran taklimat boleh dibuat melalui imbasan kod QR atau pautan:
https://forms.gle/JCVP724mWCEZfgtz6
βPenyertaan adalah percuma.
βPenginapan dan pengangkutan tidak disediakan oleh pihak DIDR.
Tarikh tutup pendaftaran: 21 Ogos 2026, 5.00 petang.
Sekian, terima kasih.