AsPed Dance Troupe

AsPed Dance Troupe Kelab Kebudayaan based in Kota Belud

24/03/2024

Salam hormat dan selamat pagi semua.
Pihak kami ingin memohon maaf berkenaan post sebelum ini di mana kami telah mendapat teguran dari pihak atas utk ‘takedown’ post tersebut akibat kesilapan teknikal.

Oleh yang demikian kami dengan rendah hati memohon jasa baik anda semua agar tidak lagi ‘share’ posting tersebut sementara pihak kami memperbetulkan kesilapan berkenaan ya.
❤️

Post akan up semula setelah kesilapan dibetulkan.

Sekian terima kasih semua.

(ASPed D.T.)

Setiap orang sudah tentu masing-masing ada talenta yang diberi Tuhan.. Dan bagi kami ialah bertalenta dalam seni tari da...
23/03/2024

Setiap orang sudah tentu masing-masing ada talenta yang diberi Tuhan.. Dan bagi kami ialah bertalenta dalam seni tari dan persembahan.. Kami sebagai pelajar, rasa sangat kerdil dan tidak mampu berbuat apa-apa.. Sampai suatu hari, kami mempunyai jurulatih yang sanggup mengajar kami dengan hati yg terbuka luas.

Pada mulanya, kami hanya menyertai pertandingan yang dikira kecil-kecil sahaja, semata-mata untuk mencari pengalaman dalam bidang yang kami ceburi ini.. Sampai lah ke satu tahap di mana kami mahu terus berkarya.

Dengan sokongan yang padu daripada warga sekolah , guru-guru Unit Media_Foto SMK Pekan II Kota Belud, dan ibu bapa kami, kami telah menyertai Dance World Cup Malaysian Qualifier 2024 dengan nama AsPed Dance Troupe SMK Pekan II Kota Belud. Kami bertungkus-lumus berlatih dari jam 8 pagi hingga jam 3 petang setiap hari pada musim cuti sekolah. Selain latihan, kami juga mengorbankan duit masing-masing untuk membuat busana kami supaya nampak cantik walaupun bajet kami sangatlah terhad.. Masing-masing sedih juga bila nampak semua kawan-kawan berkerja keras.

Berbekalkan usaha dan kerja keras tersebut, kami bertanding dengan penuh harapan agar dapat menaikkan nama sekolah kami..SYUKUR walaupun baru pertama kali menyertai pertandingan ini, kami telah berjaya mencapai goals yang kami inginkan iaitu LAYAK untuk mewakili negara ke Dance World Cup peringkat ANTARABANGSA.

Junior Small Group Category National Folkfore - : markah 88.50% (4th PLACE)
Junior Duet/Trio National Folkfore - : markah 93.5% (5th PLACE)
Junior Duet/Trio Contemporary - : markah 74% (BRONZE 🥉MEDAL)

Sebenarnya markah-markah tersebut sudah melayakkan kami untuk mewakili MALAYSIA ke Czech Republic pada 27 June hingga 06 July 2024 nanti, tetapi disebabkan kos yang tinggi, tiba-tiba kami berbelahbagi dan mendua hati untuk pergi ke sana. Di mana mahu cari dana untuk pergi ke sana? Berbaloikah kalau kami bertanding di sana dengan level kami yang masih dikira sebagai group pemula? Mampu kah kami bertanding di pentas yang bagi kami sangat-sangat besar?

*"Before you QUIT, Remember why you STARTED"*

Itulah yang jurulatih kami bagitau dengan kami.. Kenapa kami sertai pertandingan? Untuk sia-siakan semua usaha kami yang hingga mengorbankan masa cuti sekolah untuk berlatih?

”Kalau setakat mahu cari pengalaman bagus tidak payah ikut”

”Saya tidak disappointed pasal results di JKKN baru-baru because cukup ok sudah tu.. tapi apa yang buat saya kecewa ialah sikap and mentally kamu.. belum bertanding sudah mengalai..”

"Ibu bapa kamu semua ready sudah untuk membantu kamu ke sana tapi begini mental kamu?”

Selepas mendengar kata-kata itu dari jurulatih kami, api kecil dalam hati kami yang sudah hampir malap oleh dilema itu mula membara semula.. Semangat kami terus meningkat apabila kami fikirkan semula ‘the reason’ kenapa kami mulakan semua ni.. selepas perbincangan di antara penari, guru, jurulatih dan ibu bapa, kami semua seia sekata untuk mengumpul dana agar kami dapat mewakili negara ke peringkat ANTARABANGSA yang sudah tentu diimpikan oleh kami.

Dengan itu, kami dengan hati yg tulus mememohon bantuan kepada mereka yang sudi membantu dalam merealisasikan impian kami untuk mewakili negara di persada dunia..

Sehubungan itu juga kami akan menerima jemputan persembahan tarian di mana-mana majlis sebagai inisiatif tambahan bagi mengumpul wang/dana perbelanjaan untuk kami ke Czech Republic tersebut.

Sekali lagi kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah membaca dan menyumbangkan keperluan kepada kami. Seandainya impian kami tidak tercapai pada tahun ini, maka kami akan berusaha lagi pada tahun hadapan. Kami berharap agar ketulusan dan keikhlasan anda yang membantu kami diberkati Tuhan dan sentiasa dicurahi berkat olehNya. Thank you❤️‍🩹

Hello! ASPeD Dance Troupe kini menerima jemputan persembahan tarian untuk majlis-majlis. Pelbagai pakej yang menarik bol...
17/03/2024

Hello! ASPeD Dance Troupe kini menerima jemputan persembahan tarian untuk majlis-majlis. Pelbagai pakej yang menarik boleh dipilih.

Sekiranya berminat, boleh berhubung dengan guru pengiring ADT:
Cikgu Andrea (+60 11-1520 4119)
Cikgu Kamisah (+60 19-942 5360)

Address

Kota Belud
89157

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AsPed Dance Troupe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share