AZM Group

Call Directions Website

AZM Group Dari impian ke empayar;
Setiap langkah kami lebih
bermakna bersama anda πŸ’œπŸ’œ

5 OKTOBER 2026 | Hotel H-EliteAlhamdulillah, AZM Global Solution Sdn. Bhd. berkesempatan menyertai Mesyuarat Agung Tahun...
07/10/2026

5 OKTOBER 2026 | Hotel H-Elite

Alhamdulillah, AZM Global Solution Sdn. Bhd. berkesempatan menyertai Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-2 Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM) Kelantan.

Sebagai salah satu penaja Mahligai Emas, AZM Global Solution berbesar hati dapat bersama-sama menyokong penganjuran program yang menghimpunkan para kontraktor dan pemain industri pembinaan di Kelantan.

Penglibatan ini mencerminkan komitmen AZM Group dalam membina jaringan kerjasama strategik, memperkukuh hubungan bersama rakan industri serta menyokong perkembangan sektor pembinaan dan perumahan di negeri Kelantan.

Semoga hubungan dan kerjasama yang terjalin terus berkembang serta memberi manfaat kepada semua pihak.
__________________

Dari Impian ke Empayar, Insya-Allah πŸ’œπŸ’œ

Ingin mengenali AZM Group dengan lebih dekat?

Layari www.azmgroup.com.my untuk maklumat syarikat, projek, perkhidmatan dan aktiviti komuniti kami.

AZM GROUP BERSAMA LARIAN AMAL TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT HOSPITAL PAKAR USM3 Oktober 2026 | Kompleks Sukan 2, USM Kampus K...
05/10/2026

AZM GROUP BERSAMA LARIAN AMAL TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT HOSPITAL PAKAR USM

3 Oktober 2026 | Kompleks Sukan 2, USM Kampus Kesihatan

AZM Group berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada Larian Amal Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Pakar USM, sebuah program yang dianjurkan bagi mengumpul dana untuk membantu Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Pakar USM, di samping menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.

Program ini turut menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh semangat kesukanan, kesukarelawanan dan kebersamaan, selaras dengan usaha memupuk budaya hidup sihat serta mengeratkan silaturahim dalam komuniti.

Sebagai sebuah organisasi yang sentiasa memberi perhatian terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR), AZM Group amat berbesar hati dapat turut menyumbang dalam menjayakan program yang memberi manfaat kepada masyarakat ini.

__________________

Dari Impian ke Empayar, Insya-Allah πŸ’œπŸ’œ

Ingin mengenali AZM Group dengan lebih dekat?
Layari www.azmgroup.com.my untuk maklumat syarikat, projek, perkhidmatan dan aktiviti komuniti kami.

Kami membuka peluang kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam pengurusan hotel untuk bersama kami sebag...
03/10/2026

Kami membuka peluang kepada individu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam pengurusan hotel untuk bersama kami sebagai Pengurus Hotel!

Hubungi nombor 019-374 2239 untuk maklumat lanjut dan permohonan.
__________________

Dari Impian ke Empayar, Insya-Allah πŸ’œπŸ’œ

Ingin mengenali AZM Group dengan lebih dekat?

Layari www.azmgroup.com.my untuk maklumat syarikat, projek, perkhidmatan dan aktiviti komuniti kami.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ”π“π„π‘π€π€π 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‹π€ππ“π€π πŸπŸŽπŸπŸ”Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan junjungan kasih ke bawah Duli Yan...
29/09/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ”π“π„π‘π€π€π 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‹π€ππ“π€π πŸπŸŽπŸπŸ”

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan junjungan kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-57.

Dengan penuh takzim, dipanjatkan doa semoga Allah SWT mengurniakan rahmat, kesihatan yang berpanjangan, serta keberkatan dunia dan akhirat kepada Tuanku.

Sembah takzim daripada:
AZM Group
__________________
Dari Impian ke Empayar, Insya-Allah πŸ’œπŸ’œ
Ingin mengenali AZM Group dengan lebih dekat?
Layari www.azmgroup.com.my untuk maklumat syarikat, projek, perkhidmatan dan aktiviti komuniti kami.

Salam takziah diucapkan kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian isteri tercinta, Alla...
28/09/2026

Salam takziah diucapkan kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Allahyarhamah merupakan seorang tokoh yang disegani dan menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia melalui jasa, sumbangan serta dedikasi beliau kepada negara. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar yang pastinya dirasai oleh seluruh rakyat.

Semoga Tun Dr. Mahathir dan ahli keluarga diberikan ketabahan dan kesabaran di saat yang amat sukar ini. Segala jasa dan bakti Allahyarhamah pasti akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.
_____
Dari Impian ke Empayar, Insya-Allah πŸ’œπŸ’œ
Ingin mengenali AZM Group dengan lebih dekat?

Layari www.azmgroup.com.my untuk maklumat syarikat, projek, perkhidmatan dan aktiviti komuniti kami.

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ16 September 2026 | Hari MalaysiaSemoga semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepa...
16/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ

16 September 2026 | Hari Malaysia

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepada tanah air terus mekar dalam diri kita semua. Bersama-sama kita bina Malaysia yang lebih maju, makmur dan sejahtera. β€οΈπŸ’™πŸ’›

__________________

Dari Impian ke Empayar, Insya-Allah πŸ’œπŸ’œ

Ingin mengenali AZM Group dengan lebih dekat?

Layari www.azmgroup.com.my untuk maklumat syarikat, projek, perkhidmatan dan aktiviti komuniti kami.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Alhamdulillah, selesai sudah Sambutan Kemerdekaan Ke-69 Komuniti Cakna Kg Che Arus.Bermula dengan Countdown Merdeka m...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Alhamdulillah, selesai sudah Sambutan Kemerdekaan Ke-69 Komuniti Cakna Kg Che Arus.

Bermula dengan Countdown Merdeka malam tadi dan diteruskan dengan pelbagai acara komuniti pagi ini. Meriah dengan kehadiran penduduk setempat, daripada kanak-kanak hinggalah orang dewasa.

Terima kasih kepada Komuniti Cakna Kg Che Arus, Kelab Veteran ATM Kg Che Arus, JPKKP Mukim Sokor serta semua yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan komuniti kita.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ

__________________

Dari Impian ke Empayar, Insya-Allah πŸ’œπŸ’œ

Ingin mengenali AZM Group dengan lebih dekat?

Layari www.azmgroup.com.my untuk maklumat syarikat, projek, perkhidmatan dan aktiviti komuniti kami.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69! πŸ‡²πŸ‡ΎMarilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menghargai jasa ...
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu. Semoga semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air terus subur dalam diri setiap rakyat Malaysia.

Bersama kita menjaga keharmonian, menghormati kepelbagaian dan terus menyumbang kepada pembangunan negara demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang. ❀️

β€œMerdeka! Merdeka! Merdeka!”

__________________

Dari Impian ke Empayar, Insya-Allah πŸ’œπŸ’œ

Ingin mengenali AZM Group dengan lebih dekat?

Layari www.azmgroup.com.my untuk maklumat syarikat, projek, perkhidmatan dan aktiviti komuniti kami.

πŸ‡²πŸ‡Ύ SAMBUTAN MALAM KEMERDEKAAN KE-69Alhamdulillah, meriah sambutan malam kemerdekaan bersama komuniti setempat malam tadi...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SAMBUTAN MALAM KEMERDEKAAN KE-69

Alhamdulillah, meriah sambutan malam kemerdekaan bersama komuniti setempat malam tadi.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama memeriahkan program. Semoga semangat kebersamaan ini terus mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan rasa cinta kepada negara.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69! πŸ‡²πŸ‡Ύ

__________________

Dari Impian ke Empayar, Insya-Allah πŸ’œπŸ’œ

Ingin mengenali AZM Group dengan lebih dekat?

Layari www.azmgroup.com.my untuk maklumat syarikat, projek, perkhidmatan dan aktiviti komuniti kami.

Address

Pejabat Urusan AZM Group, 2502-1, Depan Persimpangan Sokor, Kok Lanas
Kota Bharu
16450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AZM Group posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share