Naa Siti Nabila

Naa Siti Nabila بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MADER OF SNV RICH LEGACY
DIAMOND LEADER ESKAYVIE💎
AGENT WANTED

*FLASH SALE!!! FLASH SALE!!!*📌 *MIND BOOSTER SET*✅3x Mindtropic + (Free) 1x Mabkhara Bhukor📌 *KIDS MIND BOOSTER SET*✅3x ...
08/02/2025

*FLASH SALE!!! FLASH SALE!!!*

📌 *MIND BOOSTER SET*
✅3x Mindtropic + (Free) 1x Mabkhara Bhukor

📌 *KIDS MIND BOOSTER SET*
✅3x Mindtropic Junior + (Free) 1x Mabkhara Bhukor )

*HARGA:RM200*

_harga tak termasuk postage_

Alhamdulillah! Ramai pelajar ikhtiar amalkan Mindtropic dapat keputusan cemerlang😍🤲🏻Kita ikhtiar dan Allah izin. Di sini...
02/12/2024

Alhamdulillah! Ramai pelajar ikhtiar amalkan Mindtropic dapat keputusan cemerlang😍🤲🏻

Kita ikhtiar dan Allah izin. Di sini Nabila kongsikan beberapa fresh testimoni.

Exam sebelum tak pernah dapat A, Alhamdulillah kali ni dpt 4A😍

Anak ke2 sekolah biasa, faham² jelah tahap kedegilan... Syukur dpt juga 3A😍🤲🏻

Dengan bahan-bahan hebat seperti Phosphatidyserine, Ashwagandha, Bacopa monnieri, Magnesium & Selenium telah terbukti bantu tingkatkan fokus, kurangkan stres & memperbaiki prestasi akademik.

Jika ibu ayah berminat nak cuba Mindtropic & berikan yang terbaik serta bantu anak cemerlang dalam pelajaran masih sempat bermula dari sekarang.

Terima kasih dan semoga kejayaan sentiasa mengiringi ibu ayah, anak dan keluarga.

Yang dah order, jangan lupa yaa sehari 2 biji. 🤩

Wasap.my/60145058781/nakCubaMindtropic

𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗦𝗔𝗟 𝗗𝗔𝗛 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗟𝗔𝗠𝗕𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗟𝗜 ! 🤧Ni "the real" yang terjadi tau. Sebab tu kami tak stop bercerita tentang Mindtropi...
02/12/2024

𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗦𝗔𝗟 𝗗𝗔𝗛 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗟𝗔𝗠𝗕𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗟𝗜 ! 🤧

Ni "the real" yang terjadi tau. Sebab tu kami tak stop bercerita tentang Mindtropic ni.

Beribu dah testimoni kami dapat.
Bukan telan-telan terus bijak.

Tapi at least ada bahan dalam MINDTROPIC yang menjadi asbab membantu untuk anak tak letih.
Fikiran jadi tak bercelaru.
Boleh fokus.

Sekarang banyak cabaran anak-anak.
IKHTIAR tak salah kan?
Dari tak ikhtiar. Nanti menyesal.

Nak dapatkan mindtropic segera? Klik sini http://www.wasap.my/60145058781/mindtropic



Mr Bean (Rowan Atkinson) – Kisah lelaki yang tidak pernah berputus asa dengan impiannya.Rowan Atkinson dilahirkan dalam ...
21/06/2024

Mr Bean (Rowan Atkinson) – Kisah lelaki yang tidak pernah berputus asa dengan impiannya.

Rowan Atkinson dilahirkan dalam keluarga kelas pertengahan dan sangat menderita semasa kecil kerana gagapnya.

Dia juga pernah diusik dan dibuli di sekolah kerana rupanya. Pembulinya menyangka dia kelihatan seperti makhluk asing.

Dia tidak lama kemudian dicop sebagai pelik dan menjadi seorang kanak-kanak yang sangat pemalu, pendiam yang tidak mempunyai ramai kawan.

Jadi dia mula menyelami ilmu sains, kata salah seorang gurunya. Tidak ada yang luar biasa tentang dia pada mulanya.

Tetapi dia buat saya tidak menjangka bahawa dia seorang saintis yang cemerlang, dia telah membuktikan semua orang salah termasuk saya.

Diakui di Universiti Oxford pada zamannya atas kecemerlangannya dalam bidang sains.

Seterusnya dia mula jatuh cinta dengan dunia lakonan tetapi tidak dapat membuat persembahan kerana gangguan gagapnya.

Dia mendapat ijazah sarjana dalam kejuruteraan elektrik sebelum muncul dalam mana-mana filem atau rancangan TV.

Selepas mendapat ijazahnya, dia memutuskan untuk mengejar impiannya dan menjadi seorang pelakon jadi dia mendaftar dalam kump**an komedi tetapi sekali lagi, kegagapannya menghalang.

Banyak rancangan TV menolaknya, dan dia merasa hatinya hancur tetapi walaupun banyak penolakan,dia tidak pernah berhenti mempercayai dirinya bahawa dia boleh berjaya dalam bidang lakonan terutamanya komedi.

Dia mempunyai semangat juang yang tinggi untuk membuat orang ketawa dan tahu bahawa dia sangat mahir dalam hal itu.

Dia mula memberi tumpuan lebih dan lebih pada latihan sketsa komedi asalnya dan tidak lama kemudian menyedari bahawa dia boleh bercakap dengan fasih setiap kali dia memainkan beberapa watak.

Dia mula menemui cara untuk mengatasi kegagapannya dan dia juga menggunakan sebagai inspirasi untuk lakonannya.

Semasa belajar untuk menjadi Rowan Atkinson yang kelakar dia mula menemui watak aneh yang menyeronokkan,dan kini watak aneh itulah yang dikenali sebagai Mr. Bean.

Mr. Bean menjadikannya terkenal di seluruh dunia dan di sebalik semua halangan dia hadapi kerana penampilan dan gangguan bercakap, dia membuktikan bahawa walaupun tanpa badan heroik atau wajah Hollywood, dia boleh menjadi salah seorang pelakon yang paling disayangi dan dihormati di dunia.

Kisah kejayaan motivasi Rowan Atkinson ini sangat memberi inspirasi kerana ia mengajar bahawa untuk berjaya dalam hidup, perkara yang paling penting ialah semangat, kerja keras, dedikasi dan tidak pernah berputus asa tanpa membiarkan perasaan rendah diri dan kelemahan kita menguasai diri.

Moral cerita:

Tiada siapa yang dilahirkan sempurna didunia ini.
Jangan takut menawan impian.
Semua orang boleh mencapai perkara yang menakjubkan setiap hari walaupun mereka mempunyai kelemahan dan kegagalan yang kerap dalam hidup mereka.

Jadi sila bangkit dan lakukan yang terbaik yang anda boleh lakukan dengan satu² nya kehidupan yang anda miliki kini...

Oleh itu..Jangan terlihat adanya diri

Cantik ayat ni ...!Kadang - kadang sahabat yang s**a belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka ...
26/05/2024

Cantik ayat ni ...!

Kadang - kadang sahabat yang s**a belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit......

Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......

Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......

Kadang - kadang yang s**arela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat......

Kadang-kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........

Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... ..

TERIMA KASIH SAHABAT
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg plg berharga:
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

Ya Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.. Aamiin YRA

Bila penat emosi ni, kita ni banyak bersandar keperluan emosi kat orang tersayang. Terutamanya suami. Dapat suami tu pan...
09/03/2024

Bila penat emosi ni, kita ni banyak bersandar keperluan emosi kat orang tersayang. Terutamanya suami.

Dapat suami tu pandang mata kita, senyum, dengar kita meluah, peluk tak semena-mena, cium dan sikatkan rambut, dah cukup buat tangki emosi ni penuh balik.

Bila tangki penuh tu, naaahhh dia punya mood berbunga datang.

Saya nak kongsi satu pesanan dari psikologis saya kat kalian semua.

"Walau komited macam mana pun kita pikul tanggungjawab, cari masa untuk buat 3 benda ni

1) Seek pleasure : buat benda yang kita enjoy.
2) Challenge ourselves : buat sesuatu yang bagi peluang kita grow.
3) Having positive relationship : jumpa orang-orang yang kita selesa dan buat kita rasa diri bernilai.

Lepas tu jangan lupa untuk
SELF LOVE, SELF CARE dan SELF RESPECT."

❤ SELF LOVE :
Be nice to yourself.

Punyalah banyak pengorbanan kita dah buat untuk jaga makhluk lain. Tapi kita selalu lupa nak puji dan berterima kasih diri sendiri.

Cakap 'tahniah kat diri bila berjaya kawal emosi'.
Cakap 'terima kasih sebab banyak usahakan kehendak diri'.
Cakap 'it's ok harini tak berjaya, sebab esok kita cuba lagi.'

Bila saya belajar buat macam ni, alhamdulillah mudah sangat berdamai dengan diri dan org sekeliling.

Have a moment to pat your shoulder and say 'im so proud of you'.

❤️ SELF CARE

Jadikan Allah tempat untuk kita mengadu segala. Kalau mengadu dengan manusia, ada masa, manusia pun penat nak dengar.

Tapi dengan Allah, makin kita mengadu, makin kita jumpa kekuatan.

Plus, jaga makan. Kontrol gula. Kontrol makanan terproses.
Banyakkan ambil sayur, buah dan minum air putih.
Ambil masa untuk bersenam.
Jaga kesihatan fizikal termasuk gigi, rambut, kulit dan keseluruhannya.

Jaga ruang privasi kita dengan kekalkan kekemasan dan kebersihan. Do spring cleaning kalau perlu. Buang mana barang yang dah setahun tak pakai. Dan takkan pakai lagi setahun akan datang.

Rehat kalau perlu. Jangan paksa diri.
Minta bantuan kalau tak larat. Sebab kita bukan robot. Kita manusia yang reti penat.


❤️ SELF RESPECT

Distance yourself from toxic people. Orang-orang yang mempergunakan kita. Dan orang-orang yang tak menghargai usaha yang kita lakukan.

Spend time dengan orang-orang yang membina diri kita, dan buat kita rasa berguna dan dihargai.

Cari circle yang buat kita rasa kuat. Yang buat kita rasa terinspirasi. Circle yang akan bantu kita cari nilai berharga dalam diri.

Buat wanita bergelar surirumah. Jangan sesekali rasa diri tak ada harga. Tanpa kalian, tak tertegaknya rumah tangga.

Kita tukang sapu, tukang cuci, tukang dobi di rumah. Dan kita juga pendidik, jururawat dan pakar motivasi buat anak-anak.

Kita mungkin tak maju kalau diukur guna kekayaan dunia. Tapi kita ada saham yang besar yang Allah sediakan untuk berpeluang berjaya di akhirat.

Bersyukurlah walaupun ujian itu perit. Mungkin lagi indah nikmat yang Allah nak beri nanti.
26/09/2023

Bersyukurlah walaupun ujian itu perit. Mungkin lagi indah nikmat yang Allah nak beri nanti.

Tajuk : Mak 😢Satu hari nanti Allah akan ambil mak kita balik..Waktu tu kita kena terima..Dan kita sebagai anak jangan du...
13/09/2023

Tajuk : Mak 😢

Satu hari nanti Allah akan ambil mak kita balik..

Waktu tu kita kena terima..
Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..
Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..
Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak..

Tengok muka mak.. tengok lama-lama..
Ni kali terakhir nak tengok..
Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je..
Sentuh lembut2 badan mak..
Belai lembut2 badan mak..

Cakap dalam hati...
"Ni la orang yg lahirkan aku..
Yg besarkan aku..
Mak didik aku sampai aku jadi orang..
Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..
Walaupun kadang-kadang aku kecilkan hati mak,
tapi mak tak penah marah aku..
Mak tetap nasihatkan aku..

Lepas ni aku dah takde mak..
Nanti satu hari aku p**ak akan jadi mak..
Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak...
Tapi waktu tu mak dah takde..
Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi..
Aku takde tempat nak bercerita..
Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak..
Mak... Aku sayang mak..
Camne kalau lepas ni aku rindu mak?
Camne kalau aku perlukan mak??"

Ambil peluang terakhir ni..
Usap rambut mak... mcm mak usap rambut kita..
Cium p**i mak..mcm mak cium p**i kita..
Tengok mak puas-puas..
Ni last kita dpt tengok muka mak..
Lepas ni takde peluang lagi dah..

Sama-sama pakaikan baju baru mak..
Tengok mak..
Mak cantik tak?

Anak-anak lelaki p**ak..
Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan,
kita masih sibuk kat luar rumah lagi..

Masuk rumah..
Renung mayat mak..
Renung lama-lama..
Ni last kita dapat tengok mak..
Ni la kali terakhir..

Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah..
Kita cuma dpt cium p**i mak sekejap..
Ni la last kita dpt cium..
Mak wangi sangat..
Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak..

Cakap dalam hati..
"Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku..
Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..
Pada mak, aku tetap anak dia..
Dulu mak tadah muntah aku..
Mak cebokkan tahi aku..
Mak dukung aku..
mak suap aku makan..
Mak marah aku sebab aku nakal..
Tapi mak tak penah benci aku..
Lepas ni aku tak dapat cium mak dah..
Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah..
Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja..
Mak tengok anak dia ni makan berselera..
Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..
Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?
Mak... mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???"

Bila nak sembayangkan mayat mak,
kalau tak boleh jadi imam, jadi makmum je..
Cepat2 diri kat belakang imam..
Dulu mak selalu suruh kita solat..
Hari ni kita buat solat jenazah utk mak..

Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak..
Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
Jangan bagi org lain.. Ni mak kita..
Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawak kita dlm perut dia..
Takkan mayat dia kita tak nak pikul?

Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu, ingat balik waktu mak pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Mak langsung tak bagi kita jatuh..
Sekarang kita nak hantar mak pegi jauh..
Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..

Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang..
Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu..
Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat..
Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak..
Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal..
Ada selimut...
jgn sampai kena gigit nyamuk..
Ni kita last dapat tengok mak..
Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah..
Biarlah kita yg uruskan mayat mak...
Bukan org lain..

Cakap dlm hati..
"Mak.. ni last aku dapat tengok mak..
Ni last aku dapat pegang mak..
Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi..
Aku tak dapat pegang mak lagi..
Aku tinggalkan mak kat sini..
Mak tunggu aku eh..
Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini..
Sementara ni mak duduk kat sini..
Aku p**angkan mak kat Tuhan..
Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak..
Mak jangan risau.. aku janji dgn mak.."

Dengar betul2 bacaan talkin utk mak kita tu..
Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dpt dengar.. Balik je dari kubur mak,
cepat-cepat doa utk mak..

"Ya ALLaH.. aku redha Kau ambil mak aku..
Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku.. Dulu dia lahirkan aku.. Dia didik aku..
Dia sayang aku,

Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia p**a... Kau terimalah amal ibadat mak..
Kau luaskanlah kuburnya.. Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku, Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hambaMu yg mulia.."

Pastu, ingat balik semua jasa mak..
Ingat balik apa nasihat mak..
Ingat semua pesan mak..
Mak suruh JAGA adik beradik..
Jangan gaduh2..

Kesian kat mak..
Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh..
Mak cuma boleh menangis je dari jauh..
Kita yg tinggal ni jangan lupa kat mak..
Hantar pahala utk mak kat sana..

Kesian kat mak..
Kalau kita yg mati, mak tak berhenti doakan kita.. sebab mak sayang anak-anak dia..
Takkan kita anak zalim sgt dgn mak?
Takkan kita ingat je tapi takde buat pape?
Tu mak kita.. Satu-satunya mak kita..
Bukan org lain..

Sesiapa nak share, silakan share..

Do'a Pembuka Pintu Rezekiاَللَّهُمَّ اكْـفِـنِيْ بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْـنِنيْ بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِـوَاكَ“All...
13/09/2023

Do'a Pembuka Pintu Rezeki

اَللَّهُمَّ اكْـفِـنِيْ بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْـنِنيْ بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِـوَاكَ
“Allaahummak-finii bihalaalika ‘an haromika wa aghninii bi fadhlika ‘amman siwaak

“Ya Allah, cukupilah aku dengan rezeki-Mu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram, dan kayakanlah aku dengan kenikmatan-Mu (hingga aku tidak minta) kepada selain-Mu.” (HR. at-Tirmidzi).

Moga hari ini kita semua diberikan kemudahan rezeki. Keberkahan dan kelancaran usaha.
Serta diberikan kesihatan dan umur panjang yang bermanfaat.

آمِــــــــــيْن يَارَبَّ الْعَالَمِــــــــــيْنَ
Selamat Pagi💪

Assalamualaikum semua 🌹❤Restart and reset setiap hari.Check kat mana kita sekarang vs goals kita.Adjust and tweak. Insha...
13/02/2023

Assalamualaikum semua 🌹❤
Restart and reset setiap hari.
Check kat mana kita sekarang vs goals kita.
Adjust and tweak. InshaAllah akan jumpa jalan terbaik. 🌹
Dapat sesuatu dari perkongsian ini?
Jom bina perniagaan berjaya dan capai impian anda bersama Eskayvie Nexus.



Address

Kota Bharu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Naa Siti Nabila posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Naa Siti Nabila:

Share