10/11/2021
"Pak cik ni nak tuntut harta arwah anak pakcik sebab ikut hak faraid yang Islam dah tetapkan".
"Ok,kalau pakcik betul-betul nak ikut hukum faraid,memang pakcik boleh dapat hak ke atas rumah dan harta arwah pakcik ni."
Tersenyum lebar pakcik tersebut.
"Tapi,tiap bulan saya kena pastikan pakcik bagi RM 4600 kepada menantu pakcik ."
Tiba-tiba,berkerut dahi pakcik tersebut.
"Eh,kenapa pulak nak kena bagi RM 4,600 dekat menantu pakcik?"
"Yelah.Kalau betul-betul nak ikut hukum faraid,pakcik memang ada hak ke atas harta pusaka arwah.Tapi,pakcik pun ada tanggungjawab untuk menjaga kebajikan cucu merangkap anak arwah pakcik.Keempat-empat cucu pakcik masih di bawah umur.Jadi,pakcik wajib menjaga kebajikan mereka sehingga mereka berumur 18 tahun sekurang-kurangnya.
Ni dia senarainya:
1)makan minum 4 anak: RM 1400/bulan
2)belanja sekolah 4 anak: RM 1600/bulan
3)kebajikan & perubatan 4 anak: RM 1000/
bulan
4)tempat tinggal(rumah sewa): RM 600/bulan
Total keseluruhannya bernilai RM 4600/bulan.
"Pak cik kena ingat.Menantu pakcik bahagiannya hanya 1/8 sedikit berbanding hak faraid pakcik.
Sebab, tanggungjawab untuk menjaga kebajikan cucu pakcik bukan terletak kepada bahu menantu pakcik.Tambahan pula,menantu pakcik selama ini hanya surirumah tidak pernah bekerja.Rumah yang mereka tinggal sekarang pun pakcik nak tuntut bahagian pakcik.
Jadi,kasihanilah mereka pakcik".
Terdiam seketika.
Ini adalah sebahagian dari sketsa drama kehidupan bertajuk "Harta Pusaka Dol Milik Siapa".
Ramai lagi masyarakat di luar sana yang tidak memahami konsep faraid yang sebetulnya.
Ingatlah,hak datang bersama tanggungjawab.
Jadi betulkan yang biasa, biasakan yang betul.
Moga beroleh keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
kredit : penulis asal.