Sanabel Worldwide Sdn Bhd

Sanabel Worldwide Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sanabel Worldwide Sdn Bhd, Business Center, Lot 990, Jalan Sabak, Kg Telok Kitang, Batu 7 1/2, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Sanabel Worldwide telah ditubuhkan pada 16 Jun 2021 di Narathiwat, Thailand dan cawangan di Malaysia pada 10 Mac 2022 sebagai syarikat sendirian berhad di kedua-dua negara yang terlibat dalam agro based iaitu pertanian dan penternakan.

31/05/2024
19/05/2023

PERHATIAN SILA BACA DAN FAHAMI TERMA DAN SYARAT SEBELUM MEMBUAT PEMBELIAN

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Urusniaga

1. Harga-harga jualan lembu korban adalah berdasarkan kepada risalah-risalah yang dikeluarkan oleh Sanabel Worldwide Sdn Bhd.

2. Borang Permohonan Pembelian Lembu Korban ini yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dan diterima oleh Sanabel Worldwide Sdn Bhd secara e-mel ([email protected]) atau secara Whatsapp di no. 011-65166464 selewat-lewatnya pada (15 Jun 2023).

3. Bayaran deposit pembelian sebanyak 50% daripada harga jualan hendaklah dijelaskan bersama dengan Borang Permohonan Pembelian Lembu Korban ini yang telah lengkap diisi tersebut.

4. Tarikh akhir bagi pengambilan dan penghantaran lembu-lembu korban adalah sebelum dan/atau pada (23 Jun 2023). Kegagalan pembeli untuk membuat pengambilan dalam tempoh yang dinyatakan akan membatalkan urusniaga ini secara otomatik dan segala bayaran deposit yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan menjadi hak Sanabel Worldwide Sdn Bhd. dan Sanabel Worldwide Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kerugian yang ditanggung oleh Pembeli.

5. Bagi tujuan pengambilan dan penghantaran lembu korban, Pembeli hendaklah menentukan dan menyatakan dengan tepat dan jelas tempat dan lokasi penghantaran sebagaimana tempohmasa yang telah ditetapkan.

6. Bayaran baki harga jualan hendaklah dijelaskan oleh Pembeli sepenuhnya kepada Sanabel Worldwide Sdn Bhd. sebaik sahaja menerima notis pemberitahuan daripada Sanabel Worldwide Sdn Bhd. (dalam tempoh 3 hari) sebelum penghantaran dilakukan.

7. Segala urusan dan perbelanjaan yang berkaitan dengan pembelian ini seperti urusan dan kos pemindahan ke lokasi yang dikehendaki oleh Pembeli, urusan pengendalian dan urusan pengangkutan adalah di bawah tanggungan Sanabel Worldwide Sdn Bhd.

8. Selain dari kos-kos yang tersebut di dalam Perenggan 7 di atas yang ditanggung oleh Sanabel Worldwide Sdn Bhd., segala kos-kos yang selainnya adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pembeli.

9. Semua ternakan adalah dijual sebagaimana keadaanya di lokasi ternakan (‘as is where is basis’) termasuk jika ianya mengidap dan/atau membawa sebarang penyakit yang tidak dapat dilihat secara fizikal, contohnya seperti ‘brucellosis’, ‘helminthiasis’ (kecacingan) dan lain-lain lagi.

10. Sanabel Worldwide Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab ke atas ternakan lembu yang telah dijual dan diserahkan kepada Pembeli dan apa-apa kesulitan yang timbul selepas daripada ini adalah di bawah tanggungan Pembeli sepenuhnya.

11. Sanabel Worldwide Sdn Bhd. berhak untuk membatalkan urusniaga ini jika bayaran penuh gagal dijelaskan oleh Pembeli. Di dalam keadaan seperti ini, segala bayaran termasuk bayaran deposit yang telah dikeluarkan oleh Pembeli adalah menjadi hakmilik Sanabel Worldwide Sdn Bhd.

12. Sanabel Worldwide Sdn Bhd. menganggap bahawa Pembeli yang mengemukakan dan menyerahkan Borang Permohonan beserta bayaran deposit telah membaca dengan teliti dan memahami serta menerima pakai isi kandungan Terma-terma dan Syarat-syarat urusniaga ini.

13. Sebarang perubahan berkaitan dengan urusniaga ( dengan persetujuan kedua-dua belah pihak ) akan dimaklumkan segera oleh Sanabel Worldwide Sdn Bhd kepada Pembeli.

Terima kasih Tuan Hj Mohamad Jan bin Sulong kerana sudi melawat tempat penternakan lembu yang dikendalikan oleh pihak Sa...
28/06/2022

Terima kasih Tuan Hj Mohamad Jan bin Sulong kerana sudi melawat tempat penternakan lembu yang dikendalikan oleh pihak Sanabel Worldwide Sdn Bhd. Untuk pengetahuan umum, Tuan Hj Mohamad Jan bin Sulong merupakan salah seorang tokoh korporat yang terkenal khususnya di negeri selangor. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di https://wa.link/whucr7.

Untuk membuat pembelian terus, boleh layari laman sesawang:
https://sanabelworldwidemsia.onpay.my/order/form/ibadahqrubanmalaysia

Anda bercadang untuk melakukan ibadah korban? Kami di Sanabel Worldwide Sdn Bhd ada menyediakan  perkhidmatan ibadat kor...
15/06/2022

Anda bercadang untuk melakukan ibadah korban? Kami di Sanabel Worldwide Sdn Bhd ada menyediakan perkhidmatan ibadat korban bagi Hari Raya Haji pada tahun 2022 masihi bersamaan 1443 Hijrah. Bagi individu yang berminat, boleh hubungi Ustaz Faizul di talian: 0194625288 atau Ustaz Saufi di talian: 0127139757

13/06/2022

Pihak kami ada menyediakan perkhidmatan penyembelihan lembu pada tahun ini. Berikut adalah penditilan caj upah sembelihan:

Upah tukang sembelih - RM250
Caj veterinar dan. keluar sijil halal - RM 50/seekor
Jumlah caj yang dikenakan bagi seekor lembu: RM300

Video klip tersebut menunjukkan suasana ruang sembelihan yang dikendalikan oleh pihak kami

Sanabel Worldwide sdn bhd juga menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan lori sejuk beku ke kawasan yang ditetapkan o...
13/06/2022

Sanabel Worldwide sdn bhd juga menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan lori sejuk beku ke kawasan yang ditetapkan oleh pelanggan. Bayaran penghantaran yang dikenakan bergantung pada muatan dan jarak. Oleh itu, jika tuan/puan ingin membeli daging lembu tuan/puan boleh hubungi talian whatsapp yang tertera dia homepage facebook kami.

Jika tuan/puan ingin membuat qurban pada tahun ini, layari laman sensawang: https://sanabelworldwidemsia.onpay.my/order/form/ibadahqrubanmalaysia

Lembu qurban yang disediakan oleh pihak sanabel mempunyai 4 kategori. Antara kategori yang dijual oleh pihak kami adalah...
12/06/2022

Lembu qurban yang disediakan oleh pihak sanabel mempunyai 4 kategori. Antara kategori yang dijual oleh pihak kami adalah Gred A, Gred B, dan Gred C. Butiran harga bagi setiap gred adalah seperti yang diterangkan di dalam gambar di bawah.

Untuk membuat pembelian lembu qurban, tuan/puan boleh layari laman sensawang : https://sanabelworldwidemsia.onpay.my/order/form/ibadahqrubanmalaysia

22/05/2022

Video ladang lembu yang diuruskan oleh pihak sanabel worldwide sdn bhd

Address

Lot 990, Jalan Sabak, Kg Telok Kitang, Batu 7 1/2, Pengkalan Chepa
Kota Bharu
16100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sanabel Worldwide Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sanabel Worldwide Sdn Bhd:

Share