17/01/2023
ROI Percentage (%) Yang Diperlukan Untuk Breakeven Kerugian
♦ Jika anda terlibat dalam pelaburan saham, sangat penting untuk anda pantau secara rapat portfolio pelaburan anda mengikut trading plan yang telah ditetapkan.
♦ Jika trading anda tidak menjadi, segera cut loss kerugian yang dihadapi sebelum kerugian tersebut menjadi semakin besar.
♦ Semakin besar kerugian yang anda tanggung, semakin tinggi ROI (%) yang anda perlukan dalam trading seterusnya untuk breakeven kerugian tersebut.
▪ Return On Investment (ROI) - pulangan pelaburan
▪ Breakeven - pulang modal (tidak untung dan tidak rugi)
Contoh:
⚡ Modal asal pelaburan anda ialah RM 5,000. Anda mengalami kerugian 20% dan menyebabkan anda cut loss RM 1,000 daripada trading tersebut.
⚡ Jika anda mahu dapatkan semula kerugian RM 1,000 tersebut melalui trading seterusnya menggunakan baki modal pelaburan yang kini tinggal RM 4,000 sahaja, anda perlu dapatkan 25% ROI dalam trading seterusnya.
⚡ 25% x RM 4,000 = RM 1,000.
⚡ Dalam kes ini, anda perlu dapatkan 25% ROI daripada trading anda yang seterusnya untuk breakeven kerugian 20% yang dialami dalam trading sebelum ini.
♦ Anda boleh lihat melalui gambar dibawah, semakin besar kerugian yang anda alami, semakin sukar untuk anda dapatkan semula modal asal pelaburan anda.
♦ Perkara ini merupakan antara sebab ramai pelabur/pedagang tidak mampu bertahan lama dalam pasaran saham.
♦ Kesimpulannya, pastikan anda sentiasa disiplin mengawal risiko dalam pasaran saham. Gunakanlah segala ilmu pelaburan yang telah anda pelajari untuk melabur dalam saham yang mempunyai risiko yang rendah dan berpotensi memberikan pulangan yang berbaloi.
Terima kasih kerana membaca posting ini☺.