18/12/2020
Doa... Meminta Atau Memberi Arahan?
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعاً وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ المُعْتَدِينَ وَلاَ تُفْسِدُوا فِي الأَرْضِ بَعْدَ إِصْلاَحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفاً وَطَمَعًا إنَّ رَحْمَةَ الله قَرِيبٌ مِنَ المُحْسِنينَ
Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas . (55) [Al-A’raf 7: 55]
Dalam ayat ini Allah menyuruh kita meminta@berdoa kepadanya dengan penuh merendah diri. Ini kerana kita adalah hamba, dan yang sedang kita meminta daripadaNya ialah pencipta kita.
Ini merupakan perkara paling penting daripada segala aspek berkaitan doa. Doa adalah permintaan seorang hamba kepada Tuhannya, dan bukan arahan kita kepada Allah.
Apabila kita menyedari bahawa ia permintaan seorang hamba kepada Penciptanya, maka ia akan melahirkan rasa rendah diri ketika meminta.
Rasa rendah diri ini akan membawa kepada kefahaman yang benar tentang janji Allah bahawa Dia akan menunaikan permintaan hambaNya.
Doa yang lahir tanpa rasa rendah diri akan melahirkan natijah seolah-olah doa itu arahan seorang hamba kepada Penciptanya. Inilah yang akan menyebabkan manusia menyangka bahawa apabila mereka meminta kepada Allah sesuatu, bukti doa itu mustajab ialah mereka mendapat seperti mana yang mereka minta. Minta A, dapat A, minta B, dapat B.
Hilangnya konsep perhambaan dalam doa menyebabkan manusia muncul dengan pelbagai cara kononnya mahu meningkatkan keyakinan dan sangka baik kepada Allah ketika berdoa. Antaranya ialah dengan membayangkan seolah-olah sudah mendapat apa yang mahu diminta, lalu mengucapkan syukur kerana merasakan sudah mendapat apa yang diminta (sedangkan belum pun dan baru nak berdoa), dan lain-lain.
Ini semua sudah terkeluar daripada tanda perhambaan kepada Allah yang mesti dibuktikan dengan sifat rendah diri ketika meminta.
Manusia yang merendah diri kepada Allah, akan meminta apa yang dihajati, dan melepaskan urusan bagaimana doa itu dijawab kepada Allah. Dia mengetahui bahawa dirinya hamba yang sedang meminta kepada Allah dan bukan memberikan arahan.
Dengan keyakinannya dan sangka baiknya kepada Allah, dia akan meyakini bahawa jawapan yang Allah berikan kep