Aiman Shu'aibon

Aiman Shu'aibon Jom bina rumah serendah Rm70k di atas tanah sendiri. Kalau nak ilmu pun boleh, percuma je ilmu tentang perumahan dan hartanah.

 KIRAAN UKURAN BANGUNANKebiasaan Ukuran Bangunan dalam Bentuk Kaki/FeetJika - lebar Kaki/feet-panjang Kaki/feetKeluasan ...
28/09/2024



KIRAAN UKURAN BANGUNAN

Kebiasaan Ukuran Bangunan dalam Bentuk Kaki/Feet

Jika
- lebar Kaki/feet
-panjang Kaki/feet

Keluasan Lebar darab Panjang
- kaki darab kaki / feet time feet
- Kaki Persegi / SquareFeet

Kakipersegi ke Meter Persegi
- bahagi 10.76

By Sir Kutmus
*Team Akademi*
A R V I N O _ G R O U P

**Besi Y** merujuk kepada jenis **besi tetulang (rebar)** yang sering digunakan dalam kerja konkrit bertetulang untuk me...
13/09/2024

**Besi Y** merujuk kepada jenis **besi tetulang (rebar)** yang sering digunakan dalam kerja konkrit bertetulang untuk meningkatkan kekuatan dan kestabilan struktur. Ia biasanya digunakan dalam elemen struktur seperti rasuk, tiang, papak, dan asas bangunan. Berikut adalah panduan tentang cara menggunakan besi Y dalam projek pembinaan:

# # # 1. **Pemahaman tentang Besi Y**
- **Besi Y (deformed bar)** mempunyai permukaan berusuk (deformed) yang memberikan lebih cengkaman kepada konkrit, berbanding besi licin (mild steel). Ini membantu mengelakkan konkrit daripada retak atau terpisah daripada tetulang.
- Ia datang dalam pelbagai saiz, biasanya dari **Y10, Y12, Y16**, dan seterusnya, merujuk kepada diameter dalam milimeter.

# # # 2. **Perancangan & Reka Bentuk Struktur**
- **Rujukan Pelan Struktur**: Gunakan **pelan struktur** yang disediakan oleh jurutera struktur atau arkitek. Pelan ini menunjukkan bagaimana besi Y harus digunakan, termasuk saiz, jumlah, dan susunan tetulang.
- **Baca Spesifikasi**: Rujuk spesifikasi teknikal untuk memastikan anda menggunakan saiz dan jenis besi yang betul untuk setiap bahagian struktur (seperti papak, tiang, atau rasuk).

# # # 3. **Pemotongan Besi Y**
- **Alatan Pemotong**: Gunakan **gunting besi** atau mesin pemotong untuk memotong besi Y mengikut ukuran yang dikehendaki.
- **Ukuran Tepat**: Pastikan besi Y dipotong mengikut ukuran tepat yang dinyatakan dalam pelan. Biasanya, sedikit tambahan panjang (sekitar 10-15 cm) diperlukan untuk sambungan atau lipatan pada hujung besi.

# # # 4. **Membengkokkan Besi Y**
- **Pembengkokan Mengikut Keperluan**: Gunakan **mesin pembengkok besi** (rebar bender) untuk membengkokkan besi Y mengikut sudut yang diperlukan. Pembengkokan ini biasanya dilakukan untuk membentuk sudut pada tiang atau rasuk, atau untuk memastikan sambungan besi dengan konkrit lebih kuat.
- **Kadar Pembengkokan**: Pastikan pembengkokan dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan pada besi.

# # # 5. **Mengatur dan Mengikat Besi Y**
- **Pengikatan Besi (Rebar Tying)**: Gunakan **dawai pengikat** untuk mengikat besi Y bersama-sama. Proses ini penting untuk memastikan kedudukan besi kekal ketika konkrit dicurahkan.
- **Pola Pengikatan**: Ikut pola yang ditentukan oleh pelan struktur, seperti bentuk grid untuk tetulang papak atau pola berterusan untuk tiang dan rasuk.
- **Kedudukan Tepat**: Pastikan besi Y diletakkan di kedudukan yang tepat dengan bantuan **penyokong (spacer)**. Ini untuk memastikan ia berada pada kedudukan yang betul dalam konkrit, biasanya dengan jarak yang diperlukan dari permukaan luar konkrit.

# # # 6. **Penggunaan Penutup Tetulang (Rebar Cover)**
- **Spacers atau Blocks**: Gunakan spacer atau block konkrit untuk memastikan besi Y mempunyai **penutup tetulang** (rebar cover) yang sesuai. Penutup ini adalah lapisan konkrit yang melindungi besi daripada karat dan memastikan integriti struktur.
- **Kedalaman Penutup**: Biasanya kedalaman penutup adalah antara 25-50 mm, bergantung pada jenis struktur dan keadaan persekitaran.

# # # 7. **Pemeriksaan Besi Y Sebelum Konkrit Dituang**
- **Pemeriksaan Akhir**: Sebelum menuang konkrit, jurutera atau penyelia tapak perlu memeriksa semua tetulang besi Y untuk memastikan ia diikat dan dipasang dengan betul mengikut pelan.
- **Kebersihan Besi**: Pastikan besi bebas dari karat, minyak, atau kotoran yang boleh menjejaskan lekatan dengan konkrit.

# # # 8. **Penuangan Konkrit**
- **Curahan Konkrit**: Setelah besi Y disusun dan diperiksa, konkrit boleh dicurahkan. Pastikan konkrit mengalir dan mengisi sepenuhnya di sekitar tetulang tanpa meninggalkan ruang kosong (voids).
- **Getaran (Vibration)**: Gunakan alat getar konkrit (concrete vi****or) untuk memastikan konkrit menutupi semua tetulang besi Y dan tiada ruang kosong terbentuk.

# # # 9. **Penjagaan Selepas Konkrit Dituang**
- **Curing**: Setelah konkrit dicurahkan, ia mesti dijaga (curing) dengan menyiram air atau menggunakan bahan curing untuk memastikan konkrit mengeras dengan sempurna dan mengelakkan retakan.
- **Pemeriksaan Struktur**: Selepas konkrit mengeras, lakukan pemeriksaan struktur untuk memastikan tiada masalah seperti keretakan atau kecacatan.

Follow NOTA MTI
https://t.me/+d7Ftb0QEY4RmYzM1

  4PELAN ARKITEK BERKELULUSAN MAJLISUntuk Membina Hartanah,Syarat ade Pelan bangunan dahulu dan ia hendaklah berkelulusa...
04/09/2024

4

PELAN ARKITEK BERKELULUSAN MAJLIS

Untuk Membina Hartanah,Syarat ade Pelan bangunan dahulu dan ia hendaklah berkelulusan dari orang yang Certified/berkelulusan.

contoh
Pelan Arkitek oleh Arkitek Berdaftar AR
Pelan Engineer oleh Engineer berdaftar IR

Bina Tapak atas Tanah kawasan Majlis hendaklah berkelulusan Majlis Daerah kawasan

Ini kerana setiap lokasi ade Bahagian Perancang Bandar,tapak yang dibina kene Check dulu kot ade Kerajaan stanby nk bina bangunan lain2 ( tanah kerajaan ) akan datang

contoh Harga Quatation Pelan yang dikeluarkan syarikat untuk sebuah Banglo/Rumah
👇
*KOS PELAN ARKITEK UNTUK PEMBINAAN RUMAH*

Nama Client : Aminuddin
No hp : 01330224xx
loan : LPPSA

Keluasan Pelan Lantai Bangunan : *1424 kaki persegi*

*(a) Pengurusan Pelan Arkitek*
1.Kos Design pelan lantai draftman
2.Kos Carian Rasmi Geran Pemilik
3.Kos Carian Salinan Geran Pemilik
4.kos print pelan Arkitek/ blueprint
5.kos kelulusan dan semakan serta tandatangan arkitek berlesen
6.kos pengurusan dan kelulusan majlis berkaitan
7.Kos pengurusan papan notis pembinaan majlis
*Harga RM3,672*

*(b) Pengurusan Pelan Engineer*
1. Pelan RC engineering
2.kelulusan tandatangan engineer berdaftar
3.Kos Print /Blueprint Pelan RC Engineering
*Harga RM600*

*(c) Pengurusan CCC/CF*
1.Sijil Pendudukan CCC/CF : RM500
2.Deposit IWK@MANJARI/SPAN : RM710
3.Cagaran Majlis : RM500( anda dapat balik jika ikut pembinaan spek mjlis dari segi siteback dll ) Mengikut Daerah
*Harga RM1210*

*Total : (a) + (b) + (c) = RM5,482*

*c boleh dikecualikan dahulu selepas Siap Pembinaan procced*

*Total : (a) + (b) = RM4272* perlu jelas dahulu

_Arvino Properties_

By Sir Kutmus
Team Akademi
A R V I N O _ G R O U P

alhamdulilah penyerahan kunci banglo idaman arvino properties oleh en haziq kepada tuan rumah lokasi projek bukit diman ...
04/09/2024

alhamdulilah penyerahan kunci banglo idaman arvino properties oleh en haziq kepada tuan rumah

lokasi projek bukit diman terengganu

semoga allah permudahkan urusan kita semua amin ya allah.

BERITA BAIK!! UNTUK KELUARGA TERCINTA!!!--> http://www.wasap.my/+60145167729/NakbangloidamanArvinoKini anda bersama kelu...
07/08/2024

BERITA BAIK!! UNTUK KELUARGA TERCINTA!!!
--> http://www.wasap.my/+60145167729/NakbangloidamanArvino

Kini anda bersama keluarga tercinta anda boleh memiliki Rumah Banglo dengan Harga Mampu..!!!!

"Wah betul2 tengok pakej Arvino ni,harga tak mahal sangat,banyak pilihan dia,cantik cantik design" - Cik Firha

"Saya bimbang tau jika bina-bina ni rumah tak siap,tapi pakej di Arvino ni semua rumah yang sudah siap gambar,jadi memang trusted company"
- Cik Jannah

Syarikat Arvino Properties telah ramai bantu orang ramai memiliki Rumah Impian.Yang bestnya Syarikat kami urus semua Pinjaman Bank/Lppsa untuk anda...anda cuci tangan jer...
Apa Kelebihan yang Utama jika anda membina rumah dgn kami...
✅ Boleh Buat DESIGN Sendiri / Impian Design
✅ Boleh bina Rumah IKUT BAJET / Loan anda layak / Simpanan anda
✅ Kami Bimbing anda urus dari A sampai Z
✅ Dapatkan SEBUTHARGA Percuma sahaja (banyak2 request pun boleh sampai puas hati..!!!)
Info : kami ada Wakil Syarikat seluruh Negeri yang akan membantu anda.
Kami JAMIN Anda akan PUAS HATI Bina Rumah dengan kami,lihat Testimoni kami disini.
Jangan Tunggu Lag,Klik Wasapp dibawah sekarang!!!
WHATSAPP
--> http://www.wasap.my/+60145167729/NakbangloidamanArvino
--> http://www.wasap.my/+60145167729/NakbangloidamanArvino
--> http://www.wasap.my/+60145167729/NakbangloidamanArvino

 "RUMAH DIKAWASAN BERISIKO BENCANA DINILAI RENDAH DARI YANG LAIN"Mungkin anda perasan ada yang menjual tanah atau rumah ...
05/08/2024



"RUMAH DIKAWASAN BERISIKO BENCANA DINILAI RENDAH DARI YANG LAIN"

Mungkin anda perasan ada yang menjual tanah atau rumah harga sangat murah sedangkan anda melihat macam pelik sebab lokasi menarik dan strategik.

YA ada,anda kena kaji sebaiknya,kenapa ia dijual dengan rendah,jika pinjaman pun apply pinjaman yang diluluskan juga rendah dari biasa.Dan kita cuba untuk MAKSIMUMKAN pinjaman tetapi HAD hanya disitu sahaja.

Dan FAKTOR biasanya ialah BENCANA, contohnya ialah...

BANJIR
Kebiasaan aset hartanah itu terlibat dengan bencana banjir kebiasaan harga nilai menjadi sangat rendah.Ini mungkin disebabkan Tanah rendah, atau masalah perparitan dikawasan tersebut dan lain-lain.Jika kawasan tersebut setiap tahun mengalami banjir,harga akan terus menurun kerana ramai yang cuba menjual aset tersebut kerana ingin berpindah ke tempat yang lain kerana pelbagai faktor kerugian harta benda setiap tahun dan lain-lain.Tanah di kawasan sungai juga dinilai rendah berbanding kawasan biasa.

TANAH RUNTUH
Tanah runtuh juga menjadi faktor keselamatan yang menyebabkan penduduk dikawasan sekitar akan berpindah ke kawasan lain.Dan ini menjadikan kawasan itu tidak menjadikan kawasan PERHATIAN untuk diduduki dan menyebabkan NILAI HARTANAH menjadi rendah.

Jika LUAR NEGARA banyak faktor bencana yang tak boleh dielakkan contoh seperti RIBUT SALJI,Letusan Gunung Berapi,dan lain-lain.

Ok Faham..??

Geng Komuniti Expert Hartanah
https://t.me/KamigengEXPERTHartanah

*Seni Bina Rumah org Melayu*ORANG MELAYU MEMANG GENIUS4 Sebab Mengapa Rumah Melayu Dinobatkan Antara Seni Bina Terbaik D...
05/08/2024

*Seni Bina Rumah org Melayu*
ORANG MELAYU MEMANG GENIUS

4 Sebab Mengapa Rumah Melayu Dinobatkan Antara Seni Bina Terbaik Dunia.

1) LALUAN ANGIN.
Perasan tak, bila kita balik ke kampung, rumah kayu ni sejuk saja. Nak-nak lagi pada waktu tengah malam.
Pehhh kalah rumah berhawa dingin. Merekot kesejukan kalau tak ada selimut.

Sebabnya, rumah kayu ada banyak laluan angin. Papan lantai rumah ada sedikit ruang. Atas tingkap ada lubang angin. Bumbung p**a kebiasaannya berlapis.

Kalau tidak pun, mesti ada lubang angin.
Sebab haba (angin panas) bergerak dari bawah ke atas. Bila ada banyak lubang angin, haba ada laluan untuk keluar. Sebab itu, kalau rumah ada siling tinggi rasa kurang panas berbanding dengan rumah bersiling rendah.

2) PINTU MASUK LELAKI LAIN, PEREMPUAN LAIN.
Sebab itu ada 2 pintu. Biasanya ruang anjung atau serambi, ruang untuk orang lelaki berbual-bual. Orang perempuan p**a bersosial sebelah dalam rumah; bahagian dapur atau rumah ibu. Rumah ibu ni biasanya bahagian tengah rumah dan sedikit luas. Kalau tengok cerita drama, biasanya mak-mak terlantar sakit di ruang rumah ibu inilah.
Rupanya, pengaruh Islam bukan setakat pada agama saja, bahkan dalam kehidupan seharian orang Melayu itu sendiri.

3) RUMAH TINGGI
Pernah terfikir tak kenapa rumah kampung ni tinggi? Ada banyak faktor sebenarnya.
Rumah kampung dulu tak ada pagar. Masa dulu, orang lalu celah-celah rumah kalau nak ke kedai atau surau. Atas sebab itu jugalah, kenapa rumah kampung biasanya tinggi-tinggi.

4) KIBLAT LURUS.
Bila saya balik kampung Mak atau Ayah, nak cari kiblat cukup mudah. Bentang saja sejadah, tegak dan lurus.
Biasanya bahagian depan dan belakang rumah menghadap arah Utara Selatan. Manakala bahagian kiri kanan rumah menghadap Timur Barat. Secara tak langsung, rumah menghadap kiblat dan laluan angin (cross ventilation). Sebab itu kalau duduk di serambi, sedap ditiup angin sepoi-sepoi.
Orang dahulu, bukan setakat bahasanya indah. Semuanya berseni. Bahkan susun atur rumah pun bermaksud. *Sekadar perkongsian minda*

 KELEBIHAN TANAH LOTSekarang ini menjadi TREND membeli tanah lot banglo atau semi D kerana harga yang dijual lebih murah...
05/08/2024


KELEBIHAN TANAH LOT

Sekarang ini menjadi TREND membeli tanah lot banglo atau semi D kerana harga yang dijual lebih murah dengan lokasi yang lebih stratgik.

Kebiasaan Tanah lot ini terhasil daripada tanah ekar yang mana dipecah2kan mengikut ukuran tanah yang digariskan oleh jurukur yang berlesen dan majlis daerah dikawasan tersebut.

Ramai yang membeli tanah lot disebabkan ingin membina rumah atau aset hartanah yang lain dan tanah lot ini banyak kelebihan dia iaitu...!!!

"tanah lot dinilai lebih tinggi kerana status dia ditukar
dari pertanian kepada bangunan"

"tanah lot keadaannya lebih bersedia untuk pembinaan rumah"

"tanah lot mempunyai lakaran yang lengkap terutama berkaitan kemudahan laluan/rezab jalan terus ke setiap lot"

"kenaikan Harga tanah lot begitu pantas dengan faktor kemudahan keliling / Infra"

"tanah lot lebih mudah diterima utk digadai sebagai Pinjaman di institusi pinjaman Bank/lppsa."

Pelbagai lagi kelebihan tanah lot,walaubagaimanapun anda harus VIEW dan Pastikan ada GERAN PEMILIKAN jika anda ingin membelinya...!!!

Jika Ingin Bina Rumah banglo harga terbaik,boleh PM kami di Arvino Properties.

JOIN Kami
https://t.me/KamigengEXPERTHartanah

 "APA ITU CCC/CF DALAM HARTANAH"Bila Rumah Siap,Anda ingin menduduki Rumah Tersebut WAJIB  ada Sijil Sah, atau sama juga...
03/08/2024



"APA ITU CCC/CF DALAM HARTANAH"

Bila Rumah Siap,Anda ingin menduduki Rumah Tersebut WAJIB ada Sijil Sah, atau sama juga anda menjadi Warganegara Malaysia anda Wajib Ada KAD PENGENALAN Atau IC, jadi ia ialah BUKTI IDENTITI yang Sah.

Maksud CCC adalah singkatan bagi 'certificate of completion and compliance" atau dalam bahasa melayu adalah sijil siap dan pematuhan.

Pematuhan disini ialah Pembinaan yang dibina dipatuhi dari segi spek pembinaan mengikut yang digariskan terutama dalam Pelan Arkitek yang di luluskan.

Dahulunya kita kenali CCC ini sebagai CF dalam bahasa inggeris 'certificate of fitness' atau bahasa melayu disebut sebagai sijil layak menduduki.

CCC ini dikeluarkan oleh pihak PBT apabila rumah anda telah siap dan mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh pihak PBT.

Borang-borang ini boleh anda muat turun di website Pertubuhan Arkitek Malaysia (www.pam.org.my) atau di website PBT.

Terdapat 21 borang yang perlu diisi oleh setiap pihak yang terlibat didalam binaan rumah anda. Pihak yang terlibat adalah arkitek, jurutera dan juga kontraktor sendiri yang mana mengikut disiplin masing-masing.

Tetapi anda tidak perlu bimbang kerana semua urusan ini akan diuruskan oleh Syarikat Kontrakror membina rumah anda dan juga ARKITEK yang menguruskan Urusan Pelan untuk anda.

Adalah dimaklumkan KOS ini CCC ini sama ada permulaan bayaran termasuk atau kos diasingkan,rumah siap baru bayar untuk pengeluaran CCC ini anda boleh rujuk Arkitek anda sebab ada yang sekali gus dan ada yang di asingkan kosnya.

Ok Faham..??

NOTA Komuniti Expert Hartanah
https://t.me/KamigengEXPERTHartanah

 PERJANJIAN KONTRAK BINA RUMAHClient perlu mendapatkan quotation (sebut harga) daripada kontraktor. Sebut harga akan dig...
01/06/2024


PERJANJIAN KONTRAK BINA RUMAH

Client perlu mendapatkan quotation (sebut harga) daripada kontraktor. Sebut harga akan digunakan untuk menghantar permohonan pembiayaan anda kepada LPPSA (jika anda guna pinjaman perumahan kerajaan) atau kepada bank untuk menilai pinjaman yang anda layak.

Pastikan anda melantik kontraktor dan peguam bertauliah untuk selesaikan kerja spt Arvino Properties dan lain-lain

Ini Bagi Memudahkan anda dan memberi Jaminan anda mendapat Harga dan Pilihan Yang Terbaik dalam Pembinaan Rumah Idaman anda.

Kemudian, tibalah masa untuk mencari peguam yang bertanggungjawab untuk:
▪️ Memastikan perjanjian membina rumah antara anda dengan kontraktor sah di sisi undang-undang.
▪️Menguruskan permohonan pinjaman yang melibatkan aspek undang-undang.
▪️Menguruskan proses tuntutan wang daripada pihak kontraktor berdasarkan
perkembangan projek binaan yang telah dijalankan.

Jika anda tidak teliti dalam membuat surat perjanjian membina rumah, mungkin akan ada masalah di kemudian hari.

Sebagai contoh, sekiranya kontraktor membiarkan projek terbengkalai, anda tidak ada sebarang bukti yang kukuh untuk membuat aduan sekiranya ia tidak dinyatakan oleh perjanjian membina rumah.

Jadi anda Wajib Anda Kontrak Perjanjian dalam apa Urusan yang dijalankan dan sebaiknya disediakan Peguam.

Nota Hartanah Expert
Expert Hartanah

Stanby semua, Kempen  # Tema Bermula 1 June ( 2 Bulan)
26/05/2024

Stanby semua, Kempen # Tema Bermula 1 June ( 2 Bulan)

Address

Kampung Tapang
Kota Bharu
15200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aiman Shu'aibon posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aiman Shu'aibon:

Share