DOBI AMBO

DOBI AMBO Perkhidmatan Yang Berkualiti ,Harga Murah Dan Kepuasan Pelanggan Adalah Wadah perniagaan Perniagaan Bermula Tahun 2014 sehingga sekarang

Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak men...
30/05/2024

Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?

Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.

FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.

So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,

1.Tekan ON
2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START.
3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.

**sukatan tu main agak je, suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat, kalau tak letak soda pun okei dah sebab cuka sifatnya asid so buang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua-dua lagi bagus sebab confirm bau macam mesin basuh baru beli.

Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.

Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh😅. Nanti cuba buat tau,dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.

Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8tahun diguna tiba-tiba stop. Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.

Sebab selama 8tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu..hehhe,

📝Ika Hazman

‼️CUCI-CUCI BERSAMA DOBI AMBO ‼️

9.00 Pagi 5.00 Ptg.
Sabtu - Khamis.

@

https://www.facebook.com/DobiAmboKotaBharu/

http://www.wasap.my/0137196804/Dobiambo



🤝













4 PETUA RUMAH BAU WANGI BERSIH MACAM RUMAH ORANG KAYA CARA JIMATNak kekalkan rumah wangi & bersih boleh cuba 4 petua di ...
22/03/2024

4 PETUA RUMAH BAU WANGI BERSIH MACAM RUMAH ORANG KAYA CARA JIMAT

Nak kekalkan rumah wangi & bersih boleh cuba 4 petua di bawah ini. Sangat mudah dan murah! Bahan-bahannya pun sentiasa ada di rumah dan boleh divariasikan untuk menghasilkan cecair wangian ini. Balik rumah lepas ini, kurang rasa letih dah. Rasa penat pun boleh hilang dengan hirup bau yang menyegarkan sepanjang masa. Boleh follow cara dibawah

■1. HABUK TAK MELEKAT PADA PERABOT

BAHAN-BAHAN:
-1 penutup pelembut fabrik
-10 cawan air

CARA-CARA:
1. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.

■2. KILATKAN LANTAI RUMAH

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa, sebaliknya cuba cara ini sekarang.

BAHAN-BAHAN:
-1 penutup pencuci lantai
-Cuka
-Air panas

CARA-CARA:
1. Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan.
2. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai.

Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

■3. WANGIKAN RUMAH

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

BAHAN-BAHAN:
-1 penutup pelembut fabrik
-Cuka

CARA-CARA:
1. Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda.
2. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih.

Pastikan langsir & kesemua perabot berfabrik disembur dgn padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

■4. SEGARKAN BILIK AIR

BAHAN-BAHAN:
-1 sudu kecil teh soda bikarbonat
-1 sudu teh cuka
-1 cawan air

CARA-CARA:
1. Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur.
2. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari.

Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Selamat mencuba!

‼️CUCI-CUCI BERSAMA DOBI AMBO ‼️

9.00 Pagi 5.00 Ptg.
Sabtu - Khamis.

@

https://www.facebook.com/DobiAmboKotaBharu/

http://www.wasap.my/0137196804/Dobiambo



🤝













Address

Jalan Kampung Sireh , Kg Paloh Pintu Geng
Kota Bharu
15100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00

Telephone

+60137196804

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DOBI AMBO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to DOBI AMBO:

Share