05/01/2022
Sebut syukur tu senang jer. Tapi mengamalkan tulis jurnal syukur tu payah.Apatah lagi tulis lagi setiap hari .
Perlukan latihan. Latihan untuk dibangkitkan RASA jauh dari lubuk hati.
Sewaktu kita menulis, beberapa deria dan psikomotor kita jadi aktif.
Mata kita lihat setiap patah perkataan.
Jari-jari kita yang menulis tu pun menyimpan memori.
Tulis jurnal syukur ini tulis perkara-perkara yang positif. Kita luahkan rasa syukur pada kertas.
Tanpa kita sangka, otak kita memproses balik maklumat tentang syukur di fikiran. Best rasa syukur nie hingga rangsang hormon gembira
, dopamine di badan kita.
Kerna itulah tak hairan, bila pengkaji Emmons Mc Cullough beritau kesan penulisan jurnal syukur membantu psikologikal dan fungsi fikiran menjadi lebih baik.
Malah kajian Froh, Sefick dan Emmons pada tahun 2008, dari seramai 221 orang peserta dari pelbagai latar belakang keluarga, gred 6 dan gred 7 di Amerika Syarikat, menyatakan banyak kebaikan setelah membuat jurnal syukur.
Dr Joe Dispenza banyak mengkaji tentang RASA syukur dan kaitan dengan tubuh badan kita.
Dr Joe Dispenza beritau apabila kita bersyukur dengan sepenuh hati berlaku 1200 interaksi kimia dalam tubuh. Semuanya mengarah kepada “self healing “ atau tubuh baiki kesihatan sendiri.
Dr Joe Dispenza jelaskan lagi, apabila kita bersyukur saat sakit, kesembuhan cepat berlaku. Apabila kita bersyukur saat kita sihat, antibodi, sistem imun akan meningkat. Bagusnya.
Hebatnya mereka bersyukur saat diuji.
Dr Dispenza tambah, kalau kita bersyukur saat kita sihat 1200 interaksi kimia dalam otak dan tubuh akan sebabkan organ dalaman kita lebih muda dan sihat. Ini rahsia awet muda, kata beliau lagi.
Bila baca tentang hebatnya RASA syukur boleh kita senyum lebar. Ayuh ...praktiskan rasa syukur.
Mentelah rasa syukur itu benteng pada syaitan.
Begitulah.