Kelantan Gold Trade

Call Directions Website

Kelantan Gold Trade Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelantan Gold Trade, Financial Consultant, PT 78 S/18, Jalan Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Peneraju ekosistem dan solusi komprehensif dalam jual beli, simpanan, serta pelaburan emas dan perak di Malaysia

Kelantan Gold Trade Sdn Bhd - milik penuh agensi Kerajaan Negeri Kelantan (PMBK) No SSM : (200801035151) (836491-T)

𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐓𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐌𝐀? 🤔✨Pernah terfikir kenapa harga emas sentiasa berubah? Hari ini mungkin berbeza, esok ...
10/11/2026

𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐓𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐌𝐀? 🤔✨

Pernah terfikir kenapa harga emas sentiasa berubah? Hari ini mungkin berbeza, esok p**a mungkin berubah lagi.

Perubahan ini menjadikan emas sebagai aset yang sentiasa mendapat perhatian, bukan sekadar sebagai perhiasan, malah sebagai salah satu pilihan untuk menyimpan nilai kekayaan.

Fahami pergerakan harga emas sebelum membuat keputusan.

HARGA SEMASA (ISNIN I 09 NOVEMBER 2026)Harga boleh berubah, tetapi nilai simpanan yang dibina hari ini mampu memberi man...
09/11/2026

HARGA SEMASA (ISNIN I 09 NOVEMBER 2026)
Harga boleh berubah, tetapi nilai simpanan yang dibina hari ini mampu memberi manfaat pada masa hadapan. jangan tunggu emas mahal baru nak bermula. Mulakan sedikit demi sedikit dan jadikan emas sebagai simpanan yang konsisten.
Ingat, simpanan emas bukan saja untuk masa depan, tapi juga sebagai perlindungan kewangan yang kukuh hari ini. 💪
Dengan Kelantan Gold Trade, anda boleh mula simpan emas serendah 0.1g sahaja mudah, rendah risiko & sentiasa bernilai.
Muat turun aplikasi KGT MOBILE dan mulakan simpanan emas hari ini!

Mukmin Paling Sempurna Imanعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ ...
09/11/2026

Mukmin Paling Sempurna Iman

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُهُمْ خِيَارُهُمْ لِنِسَائِهِمْ

Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya, dan yang terbaik di antara mereka adalah yang paling baik terhadap isteri-isteri mereka." (HR Ahmad No: 7095) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Kesempurnaan iman seseorang diukur melalui akhlak dan budi pekertinya.

2. Orang yang memiliki Iman yang sempurna ialah orang yang berjaya menggabungkan kekuatan iman dengan akhlak mulia iaitu lemah lembut, sabar, berlapang dada, memaafkan, serta menjauhi sifat kasar dan sombong.

3. Kemuliaan akhlak seseorang lelaki paling jelas dilihat pada sikap terhadap isterinya. Ibn Hajar al-‘Asqalani menjelaskan bahawa kebaikan lelaki kepada isteri termasuklah:

· bertutur dengan lembut,
· menafkahkan dengan ihsan,
· bersabar dengan kelemahan isteri,
· menzahirkan kasih sayang serta penghormatan.

4. Kebaikan sebenar bermula dalam rumah tangga. Seorang yang baik kepada isterinya menunjukkan kekuatan iman, keperibadian, dan kepimpinan rohani dalam keluarga.

5. Seorang suami yang baik bukan hanya mampu memimpin keluarga, tetapi juga mampu mewujudkan suasana kasih sayang, keselamatan dan ketenteraman dalam rumah tangga. Bergaul dengan cara yang baik menurut syarak, termasuk layanan yang sopan, keadilan, pemberian nafkah, penghormatan dan penjagaan hak pasangan.

6. Akhlak baik terhadap wanita adalah tanda kemuliaan dan keimanan. Islam menolak kezaliman, kekasaran, dan penghinaan terhadap wanita dalam apa jua bentuk.

7. Berakhlak baik, berlemah lembut dan penyayang terhadap ahli keluarga termasuk dalam kesempurnaan iman. Hadis Nabi SAW:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَكْمَلِ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَأَلْطَفُهُمْ بِأَهْلِهِ

Daripada Aisyah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda; "Sesungguhnya termasuk orang yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya, dan paling lembut terhadap keluarganya." (HR Tirmizi No: 2537)

8. Kasih sayang, empati dan penghargaan merupakan unsur penting dalam membina keluarga yang sejahtera. Keluarga yang dibina atas nilai kasih sayang dan keadilan berpotensi menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lebih harmoni.

Bersama membina keluarga bahagia. KASIH Keluarga, Jiwa Negara

PELUANG KERJAYA BERSAMA KELANTAN GOLD TRADE (KGT)! 📢 Kelantan Gold Trade (KGT) mempelawa individu yang berkelayakan, ber...
05/11/2026

PELUANG KERJAYA BERSAMA KELANTAN GOLD TRADE (KGT)! 📢

Kelantan Gold Trade (KGT) mempelawa individu yang berkelayakan, berpengalaman dan mempunyai kompetensi profesional untuk menyertai organisasi kami bagi mengisi kekosongan jawatan:

EKSEKUTIF OPERASI

Jika anda mempunyai kemahiran kepimpinan, berpengalaman dalam pengurusan operasi serta berminat untuk berkembang dalam industri emas dan perak, inilah peluang untuk anda!

📩 Hantarkan resume anda kepada: [email protected]
📅 Tarikh tutup permohonan: 15 November 2026

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
013 - 911 8743 (En. Azree)

Sertai kami dan bersama-sama membina ekosistem emas dan perak yang lebih dipercayai, cekap dan berdaya saing.

Lokasi :
Kota Bharu, Kelantan

𝐉𝐨𝐦 𝐬𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐡 𝐤𝐞 𝐛𝐨𝐨𝐭𝐡 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐥𝐝 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 (𝐊𝐆𝐓) 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐂𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐮𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐝𝐨𝐧𝐠 𝟐𝟎𝟐𝟔!📅 9 November 2026  ⏰ 8.00 ...
05/11/2026

𝐉𝐨𝐦 𝐬𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐡 𝐤𝐞 𝐛𝐨𝐨𝐭𝐡 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐥𝐝 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 (𝐊𝐆𝐓) 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐂𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐮𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐝𝐨𝐧𝐠 𝟐𝟎𝟐𝟔!

📅 9 November 2026
⏰ 8.00 pagi
📍 Padang Sri Guntung Bunut Susu (Belakang Masjid Mukim Bunut Susu)

Apa yang ada di booth kami?

🪙 Pameran produk emas & perak KGT
💰 Jualan produk terpilih KGT
📱 Kenali platform digital KGT untuk simpanan dan urusan emas & perak
💬 Dapatkan penerangan & konsultasi santai daripada team KGT
🤝 Ketahui peluang menjadi Saudagar / Ejen KGT
📈 Pelajari asas simpanan emas sebagai salah satu kaedah membina aset secara berperingkat
✨ Lihat koleksi eksklusif Wafer 5G Emas Edisi Khas Tok Guru dan Wafer 10G

Jumpa kami di sana 😍

Dapatkan maklumat terkini berkaitan simpanan emas & perak, perkongsian ilmu, promosi eksklusif serta perkembangan semasa...
05/11/2026

Dapatkan maklumat terkini berkaitan simpanan emas & perak, perkongsian ilmu, promosi eksklusif serta perkembangan semasa di KGT.

Sesuai untuk anda yang ingin mula menyimpan, belajar tentang dinar & dirham, serta mendapatkan panduan transaksi dengan lebih mudah dan yakin.

Klik pautan yang disediakan untuk menyertai komuniti kami.
https://chat.whatsapp.com/GZTcboWU0bKCY5g30D8gRX

Mencipta Nilai, Membina Legasi ☺️

HARGA SEMASA (KHAMIS I 05 NOVEMBER 2026)Harga boleh berubah, tetapi nilai simpanan yang dibina hari ini mampu memberi ma...
05/11/2026

HARGA SEMASA (KHAMIS I 05 NOVEMBER 2026)
Harga boleh berubah, tetapi nilai simpanan yang dibina hari ini mampu memberi manfaat pada masa hadapan. jangan tunggu emas mahal baru nak bermula. Mulakan sedikit demi sedikit dan jadikan emas sebagai simpanan yang konsisten.
Ingat, simpanan emas bukan saja untuk masa depan, tapi juga sebagai perlindungan kewangan yang kukuh hari ini. 💪
Dengan Kelantan Gold Trade, anda boleh mula simpan emas serendah 0.1g sahaja mudah, rendah risiko & sentiasa bernilai.
Muat turun aplikasi KGT MOBILE dan mulakan simpanan emas hari ini!

Istighfar Mengampunkan Dosa عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَي...
05/11/2026

Istighfar Mengampunkan Dosa

عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ: أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، وَأَتُوبُ إِلَيْهِ، غُفِرَتْ ذُنُوبُهُ، وَإِنْ كَانَ قَدْ فَرَّ مِنَ الزَّحْفِ

Daripada Abdullah bin Mas‘ud RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan: Aku memohon keampunan daripada Allah, yang tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri (serta mentadbir seluruh makhluk), dan aku bertaubat kepada-Nya, nescaya diampunkan dosa-dosanya, sekalipun dia pernah melarikan diri dari medan peperangan.” (HR Abu Daud no: 1517) Status” Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Jangan berputus asa daripada keampunan Allah. Walaupun seseorang pernah melakukan dosa besar, pintu taubat tetap terbuka.

2. Antara ucapan istighfar memohon keampunan kepada Allah, yang barang siapa mengucapkannya, dosanya akan diampunkan walaupun dosa besar kerana melarikan diri daripada peperangan iaitu:

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

3. Istighfar perlu disertai taubat. Lidah menyebut astaghfirullah, hati menyesal, dan anggota berusaha meninggalkan maksiat.

4. Tauhid menjadi asas kepada taubat. Lafaz لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ mengingatkan bahawa hanya Allah yang mempunyai kuasa mutlak mengampunkan dosa.

5. Mengenali nama dan sifat Allah menguatkan pengharapan. Menyebut الْحَيُّ الْقَيُّومُ membina keyakinan bahawa kita memohon kepada Tuhan Yang Maha Sempurna.

6. Dosa besar yang dilakukan, tidak menutup pintu untuk bertaubat kepada Allah. Penyebutan dosa melarikan diri dari medan perang memberi gambaran betapa besarnya keluasan rahmat dan keampunan Allah.

7. Istighfar bukan lesen untuk mengulangi dosa. Seseorang tidak boleh sengaja melakukan maksiat dengan alasan “nanti aku beristighfar”.

8. Taubat yang benar menuntut seseorang meninggalkan dosa, menyesalinya dan berazam tidak mengulanginya. Jika dosa itu melibatkan hak manusia, hak tersebut juga perlu diselesaikan.

9. Mukmin perlu hidup antara rasa takut dan berharap. Takut terhadap dosa mendorong kita bertaubat; berharap kepada rahmat Allah menghalang kita daripada berputus asa.

𝗝𝗢𝗠 𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥 𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝟵𝟵𝟵.𝟵 (𝗲-𝗚𝗢𝗟𝗗) 😍Nak mula simpan emas tapi tak tahu nak mula dari mana? Inilah peluang terbaik untu...
04/11/2026

𝗝𝗢𝗠 𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥 𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝟵𝟵𝟵.𝟵 (𝗲-𝗚𝗢𝗟𝗗) 😍

Nak mula simpan emas tapi tak tahu nak mula dari mana? Inilah peluang terbaik untuk anda! Dengan daftar ednd anda kini boleh memiliki emas tulen dengan cara yang lebih mudah, selamat dan fleksibel semuanya di hujung jari sahaja.

💡 Sama ada untuk simpanan masa depan, lindung nilai inflasi, atau sebagai aset jangka panjang . Ednd adalah pilihan bijak untuk anda mula hari ini!

👉 Jangan tunggu lagi! Mulakan langkah pertama anda sekarang:
https://ednd.my/

✨ Mudah • Selamat • Patuh Syariah
Jom bina simpanan emas anda dari sekarang

📱💛 Mudahnya urusan bersama KGT Mobile!Kini, anda boleh meneroka pelbagai produk KGT dan membuat pembelian dengan lebih m...
04/11/2026

📱💛 Mudahnya urusan bersama KGT Mobile!

Kini, anda boleh meneroka pelbagai produk KGT dan membuat pembelian dengan lebih mudah melalui aplikasi KGT Mobile.

Tak perlu tunggu lama, semuanya boleh diterokai melalui telefon pintar anda. ✨

Jom ambil peluang untuk:
💛 Download aplikasi KGT Mobile.
💛 Daftar dan kenali produk yang ditawarkan.
💛 Terokai pilihan produk mengikut keperluan.
💛 Buat pembelian terus melalui aplikasi.

Mulakan langkah pertama anda hari ini. Tak kenal, maka tak cinta! 🥰

Download KGT Mobile sekarang dan nikmati kemudahan berurusan di hujung jari anda!

Address

PT 78 S/18, Jalan Kota Darulnaim
Kota Bharu
15050

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 16:30

Telephone

+60193521901

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelantan Gold Trade posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby businesses