DeqMad Coconut Shake

DeqMad Coconut Shake To be update later

1 Rajab adalah hari penting bagi umat Islam kerana ia menandakan permulaan bulan Rajab, salah satu daripada empat bulan ...
31/12/2024

1 Rajab adalah hari penting bagi umat Islam kerana ia menandakan permulaan bulan Rajab, salah satu daripada empat bulan haram dalam Islam (Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan Rajab). Dalam bulan haram ini, umat Islam dianjurkan memperbanyakkan amal soleh dan menjauhi dosa kerana ia adalah bulan yang dimuliakan Allah.

Antara sebab 1 Rajab dianggap istimewa:

1. Permulaan Bulan Haram
• Bulan Rajab adalah bulan di mana umat Islam digalakkan mempertingkatkan ibadah seperti puasa sunat, solat, dan berzikir.

2. Persediaan Menjelang Ramadan
• Rajab dianggap bulan untuk “pemanasan rohani,” diikuti oleh Syaaban sebelum memasuki Ramadan. Ia adalah waktu terbaik untuk memperbaiki ibadah.

3. Peristiwa Penting dalam Sejarah Islam
• Antara peristiwa yang dikaitkan dengan bulan Rajab ialah Israk dan Mikraj, walaupun tarikhnya berbeza pendapat. Ia berlaku dalam bulan ini dan menjadi peringatan kepada umat Islam tentang keutamaan solat.

4. Peluang untuk Taubat dan Kebaikan
• Rajab sering dikaitkan dengan rahmat dan keampunan. Ramai ulama menyarankan memperbanyakkan istighfar pada bulan ini.

Kesimp**annya, 1 Rajab adalah hari yang membuka peluang untuk umat Islam memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah. Bagi yang merancang amal sepanjang tahun, bulan ini adalah titik mula terbaik!

Dari : BosDin Magic Blue

Untuk semua guru, jasa kalian akan selalu kami kenang. Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa. Terima kasih Cikgu!Sel...
16/05/2023

Untuk semua guru, jasa kalian akan selalu kami kenang. Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa. Terima kasih Cikgu!

Selamat hari guru pada semua warga pendidik ❤️

06/09/2021
05/09/2021

Q: Mana lagi bagus antara yang serbuk dan minyak habbatussauda?

A : Serbuk lagi ok sebab keseluruhan biji Habbatussauda itu ada khasiatnya(barakah).

Bukan minyak sahaja. 😊

Q : apa p**a beza Habbatussauda Magblue dengan habbatussauda jenama lain?

Nak kupas lebih-lebih pasal jenama lain tak berani juga sebab tak pernah makan dan tak pernah JUAL.

Cumanya, kalau habbatussauda mgicblue ni
✅bijinya gred A, diimport dari mesir,
✅💯 % Habbatussauda asli, tiada campuran bahan lain,
✅Bijinya da dikisar halus, dan di sangai/goreng (teknik rahsia) jadi baunya PON dah berkurang sikit berbanding yang jenis minyak atau softgell yang agak kuat bau.(sesetengah orang tak boleh telan)

Lagi 1, setiap kapsul tu, dosnya telah disukat siap2. Jadi pengambilan nya Senang berbanding jenis lain.

Regenya pon tersangat mampu milik berbanding jenis lain (yang ori dan tiada campuran)

*MagBlue Habbatussauda*
RM 2️⃣5️⃣ sahaja, penggunaan sehingga dua bulan, ada sijil halal dan berdaftar dengan KKM.

Berminat,
click sini 📲: http://www.wasap.my/601165156225/nakHS

29/08/2021
04/08/2021

𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜. 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡. 𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗨𝗥𝗔𝗧. 𝗟𝗘𝗠𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔. 𝗚𝗢𝗨𝗧 Bengkak dan kekebasan di satu atau lebih dari satu sendi
Simptom yang sama pada kedua-dua bahagian badan (contohnya seperti di kedua-dua belah tangan atau lutut)
Turun berat badan
Demam
Keletihan
Lemah badan

Dari kajian-kajian moden yang telah dijalankan membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang sangat baik untuk merawat masalah sendi, otot, dan tulang.
📌Sesuai untuk Lelaki & Perempuan
📌 Harga SM = RM25/ SS = RM30

𝙁𝙍𝙀𝙀 𝙋𝙊𝙎𝙏𝘼𝙂𝙀 𝙈𝙐𝙎𝙄𝙈 𝙋𝙆𝙋 𝙄𝙉𝙄

𝙐𝙉𝙏𝙐𝙆 𝙄𝙉𝙁𝙊 𝙇𝘼𝙉𝙅𝙐𝙏 & 𝙋𝙀𝙈𝘽𝙀𝙇𝙄𝘼𝙉 𝙨𝙞𝙡𝙖 𝙠𝙡𝙞𝙠

http://wasap.my/60145292804/nakHS
http://wasap.my/60145292804/nakHS

17/07/2021

𝗛𝗔𝗕𝗕𝗔𝗧𝗨𝗦𝗦𝗔𝗨𝗗𝗔 𝗚𝗥𝗘𝗗 𝗔 𝗗𝗜-𝗜𝗠𝗣𝗢𝗥𝗧 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗦𝗜𝗥 (𝗥𝗺𝟮𝟱 𝘀𝗲𝗯𝗼𝘁𝗼𝗹 𝟲𝟬 𝗸𝗮𝗽𝘀𝘂𝗹)
Herba ini telah diguna pakai sejak beribu tahun lama terutama di Mesir.
Ahli Arkilogi pernah menjumpai botol Habbatussauda di sebelah mumia yang berumur ribuan tahun, ia menunjukkan bahawa herba ini sememangnya telah terbukti diamalkan sejak zaman berzaman.
Sangat rugi siapa yang tidak pernah mencuba dan mengamalkan Habbatussauda ini.
Diriwayatkan oleh Aisyah R.A. Nabi Saw bersabda "Habbatussauda ini penawar segala penyakit kecuali mati".
Pakar kajian dan saintis telah menemukan bahan aktif dalam Habbatussauda yang dinamakan
1. CYSTINE
2. METHIONINE

Kedua-dua bahan aktif ini mampu membantu merawat masalah resdung.
Untuk maklumat lanjut klik link wasap dibawah ini
Wasap.my/601165156225/Habbatussauda

17/06/2021

Pil Habbatussauda . RM25(sm)/RM30(ss)

07/06/2021

Suami-Isteri, Saudara-Saudari, Jaga-Jaga Dengan Penyakit 'Ain!

Penyakit Ain (memandang atau renungan tajam dengan penuh kebencian sehingga menyebabkan kemudaratan) memang wujud sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi.
Menurut Ibnu Abbas r.a., pandangan mata yang tidak dikawal oleh seseorang yang memiliki pengaruh boleh mendatangkan bahaya.
Musyrikin Mekah pernah menggunakan seorang lelaki yang terkenal mempunyai pandangan mata yang berpengaruh untuk menganiaya Nabi Muhammad s.a.w. Lelaki itu dikatakan berasal dari keturunan Asad berupaya memudaratkan makhluk seperti unta hanya dengan menggunakan pandangannya.
Biasanya, lelaki ini akan menahan diri daripada makan dan minum selama tiga hari, lalu pada hari berikutnya beliau akan merenung unta dengan kekuatan yang ada pada matanya sehingga menyebabkan unta itu mati di tempat kejadian. Beliau juga pernah melakukan perkara yang sama kepada Nabi Muhammad s.a.w., namun Allah SWT memelihara Baginda sesuai dengan firmanNya dalam surah Al-Maidah ayat 67, “Allah jualah yang akan memeliharamu (daripada kejahatan)….”
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad beliau, daripada Abu Umamah bin Sahl bin Hanif r.a. bahawa bapanya pernah pergi bersama Rasulullah s.a.w. menuju ke Mekah hinggakan mereka melalui sebuah aliran air di Khazzar berdekatan dengan Juhfah. Sahl bin Hanif telah mandi dan dia merupakan seorang lelaki berkulit putih yang cantik fizikalnya.
Amir bin Rabi’ah, saudara kepada bani ‘Adi bin Ka’ab melihatnya ketika sedang mandi. Maka diapun berkata, “Tidak ada yang kulihat sepertinya hari ini, tidak sedikitpun kulit yang ditutupi”.
Kata-katanya itu mengakibatkan Sahl terjatuh ke dalam air dan kelihatan gelembung udara dari dalam air tempat dia mandi (menunjukkan bahawa dia telah tenggelam dan lemas).
Aku telah memanggilnya sebanyak tiga kali namun tetap tiada jawapan. Aku segera mendapatkan Nabi s.a.w. dan memberitahu tentang kejadian itu. Baginda bersegera ke tempat kejadian dan aku dapat melihat betis Nabi yang putih.
Kemudian Baginda memukul dada Sahl yang pengsan lalu berdoa, “Ya Allah selamatkan dia daripada panasnya, dinginnya, dan rasa sakitnya (penyakit disebabkan ‘ain)”.
Lantas Baginda bangun lalu bersabda, “Jika seseorang kalian melihat pada saudaranya atau pada dirinya atau daripada hartanya sesuatu yang mengagumkan, maka hendaklah dia mendoakan keberkatan untuknya, kerana sesungguhnya ‘ain itu benar!” (Riwayat Ahmad)
Saudara-saudari,

1) Sihir seperti ‘ain ini memang benar wujud, namun kita wajib beriktikad bahawa semua itu tidak dapat menandingi kekuasaan Allah. Allah jualah yang Maha Hebat.

2) Nabi mengajarkan kita agar sentiasa mendoakan keberkatan saudara Muslimnya yang lain. Ini sekaligus dapat mengikis sifat dengki dalam hati manusia. Bila kita melihat kecantikan dan kelebihan orang lain, ucaplah Ma Shaa Allah TabarakAllah. Mudah-mudahan dia tidak terkena ‘ain. Begitu juga, apabila melihat apa sahaja yang cantik pada pandangan mata kita, baik binatang, tumbuh-tumbuhan, harta benda, terlebih dahulu ucapkanlah Ma Shaa Allah TabarakAllah.

3) Berhati-hati bila nak up gambar kita di social media, tambahan p**a hari ini zaman ‘selfie’, takut-takut kita terkena penyakit ‘ain kerana ramai yang memuji dan mungkin ada yang membenci. Maka berpada-padalah! Sebelum post apa-apa, betulkan niat dan ucaplah istighfar agar dipelihara Allah.

4) Selalulah amalkan doa ini, أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
(Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna daripada setiap Syaitan, binatang berbisa, dan daripada ain yang membahayakan)

Hassan Adli
Perbaiki Diri


Jemput join telegram https://t.me/ustazKRT (https://t.me/ustazKRT)untuk tips yang lebih tentang suami isteri 😊

Address

Kota Bharu
15050

Opening Hours

Monday 12:00 - 19:00
Tuesday 12:00 - 19:00
Wednesday 12:00 - 19:00
Thursday 12:00 - 19:00
Saturday 12:00 - 19:00
Sunday 12:00 - 19:00

Telephone

+601110336225

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DeqMad Coconut Shake posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to DeqMad Coconut Shake:

Share