SKN Media

SKN Media Info ceghito maklumat berkaitey negeri Tanah Serendah Sekebun Bungo Kelate

Tahniah Dik
26/03/2023

Tahniah Dik

KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas menjadi individu termuda membayar zakat perniagaan bagi tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) pada Khamis. Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd. Mustamaman yang...

Senarai Klinik Kesihatan yang menyediakan Dos Penggalak Vaksin COVID-19 di Kelantan
30/11/2021

Senarai Klinik Kesihatan yang menyediakan Dos Penggalak Vaksin COVID-19 di Kelantan


Martabatkan Bahasa Melayu.Kita Bangsa Malaysia!
29/11/2021

Martabatkan Bahasa Melayu.

Kita Bangsa Malaysia!

Rakyat Malaysia harus berasa bangga kerana Bahasa Melayu bukan sahaja masih diguna pakai di peringkat antarabangsa tetapi menduduki tangga ke-10 bahasa paling popular penggunaannya di dunia, kata Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.



Ajar Anak Baca al-Quran=========1. Sekiranya kita mempunyai masa dan kesempatan, ajarlah anak kita membaca al-Quran. Ker...
29/11/2021

Ajar Anak Baca al-Quran
=========
1. Sekiranya kita mempunyai masa dan kesempatan, ajarlah anak kita membaca al-Quran. Kerana itu adalah aset yang paling berharga buat kita setelah kita meninggal dunia nanti. Atau paling kurang, ajarkanlah anak kita membaca al-Fatihah, kerana itulah surah yang akan dibaca sepanjang hidupnya. Sabda Rasulullah:

مَنْ عَلَّمَ آيَةً مِنْ كِتَابِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ كَانَ لَهُ ثَوَابُهَا مَا تُلِيَتْ

“Barangsiapa yang mengajarkan satu ayat dari Kitab Allah Azza wa Jalla (iaitu al-Quran), maka baginya pahala selama ayat itu dibaca.” (al-Silsilah al-Sahihah)

2. Bayangkan andai anak kita masih membaca ayat yang telah kita ajarkan kepada mereka, maka pahala tersebut akan mengalir dan kita nikmati sekalipun kita telah meninggal dunia.

3. Ini kerana, ilmu yang kita ajarkan kepada mereka masih tetap mengalir ganjarannya setelah kita meninggal. Ini selaras dengan hadis yang disebutkan oleh Baginda Nabi:

إِذَا مَاتَ ابنُ آدم انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أو عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya, kecuali tiga perkara. Iaitu, sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.” (HR Muslim)

4. Bukan itu sahaja, mengajarkan orang lain membaca al-Quran dianggap sebagai profesion yang paling mulia. Bukan semua kita mampu untuk mengajar orang lain, tetapi setidak-tidaknya, ajarlah anak kecil kita menghafaz surah Qul Huwallahu Ahad. Sabda Rasulullah:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القرآنَ وَ عَلَّمَهُ

“Orang yang paling baik dalam kalangan kamu adalah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain). (HR al-Tirmizi)

Semoga Allah membimbing kita.

Oleh : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

KELANTAN TETAP TUNTUT ROYALTI"Genggam bara api biar sampai menjadi arang"
29/11/2021

KELANTAN TETAP TUNTUT ROYALTI

"Genggam bara api biar sampai menjadi arang"

Projek Penstabilan Tebing Sungai Kelantan di Kg Pohon Celagi, Pasir Mas adalah projek fokus KASA.
29/11/2021

Projek Penstabilan Tebing Sungai Kelantan di Kg Pohon Celagi, Pasir Mas adalah projek fokus KASA.

29/11/2021

LRA Mini Teluk Mesira yang dijadualkan siap sepenuhnya hujung tahun ini mampu membekalkan 1.8 juta liter air bersih sehari (MLD) kepada 1,150 akaun pengguna AKSB.

Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) turut meluluskan peruntukan sebanyak RM6 juta bagi tiga projek tangki air terawat, iaitu di Buloh Poh, Ketereh, Taman Uda Murni, Kota Bharu dan di Teluk Mesira, Bachok bersebelahan LRA Mini Teluk Mesira dengan kapasiti 700 meter kiub.


SAYUDIN YUSOF JUARA PERTANDINGAN KARYA SENI ANTARABANGSA - PALESTINEKOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dat...
29/11/2021

SAYUDIN YUSOF JUARA PERTANDINGAN KARYA SENI ANTARABANGSA - PALESTINE

KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Mohd Amar Abdullah berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Karya Seni Antarabangsa 2021 - Palestin, semalam.

Pertandingan anjuran Perpustakaan Al-Fateh dengan kerjasama Cakna Palestin itu dimenangi Sayudin Yusof dari Terengganu dan membawa pulang wang tunai RM2,000. Manakala naib johan dimenangi Mohd Norazwan Yusoff dari Kuala Lumpur dengan hadiah RM1,500 serta tempat ketiga dimenangi Mansoudi dari Iran beroleh RM1,000.

Dato' Mohd Amar berkata, pertandingan ini adalah sebahagian daripada inisiatif dan usaha supaya orang ramai sedar dan ingat setiap masa berkaitan kehidupan dan penderitaan rakyat Palestin.

"Selain daripada doa dan munajat, pertandingan ini adalah satu bentuk sokongan moral dan kewangan kepada saudara kita di Palestin", katanya.

Dalam majlis yang sama, Dato' Mohd Amar turut melancarkan buku "The International Pestine Art Competition Malaysia 2021"

Buku itu dan lukisan yang dipertandingkan dijual dan separuh daripada hasil jualan akan disalur terus ke tabung Cakna Palestin.

Beliau turut merasmikan Balai Canting Batik di ruangan bawah Baloh Jembal.

Turut hadir, ADUN Tanjong Mas, YB Rohani Ibrahim, Ketua Esekutif PKINK, Ab Aziz Yunus, Pengarah U-BeS, Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin.

IKLAN TAWARAN PAJAKAN PASAR SITI AISHAH JELAWAT
29/11/2021

IKLAN TAWARAN PAJAKAN PASAR SITI AISHAH JELAWAT

Jom, derma darah!
29/11/2021

Jom, derma darah!

JAGA KESELAMATAN DIRI, KELUARGA PADA MUSIM TENGKUJUHKOTA BHARU – Orang ramai diingatkan supaya bersedia menghadapi kemun...
28/11/2021

JAGA KESELAMATAN DIRI, KELUARGA PADA MUSIM TENGKUJUH

KOTA BHARU – Orang ramai diingatkan supaya bersedia menghadapi kemungkinan banjir dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga pada musim tengkujuh ini.

Demikian kenyataan Pengarah Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Chempaka, YB Ahmad Fathan Mahmood ketika dihubungi.

“Ibu bapa juga perlu memantau aktiviti anak-anak supaya tidak bermain di kawasan air bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku”, katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi Facebook rasminya pagi ini memaklumkan beberapa kawasan di negeri Kelantan akan mengalami ribut petir dan hujan lebat.

Kawasan terlibat ialah di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Ikuti berita selanjutnya di dalam Buletin Darulnaim.


27/11/2021

Insyaallah

Address

Kota Bharu
15200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SKN Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share