Directions Website Contact the business

TSco Tengku Shah & Co. | Chartered Accountants (AF002656)

We help businesses achieve their vision through trusted audit and accounting services. Bhd.

Our tax services are provided by TS Tax Advisory Sdn.

🚨ANGKA2 DALAM AKAUN DISAHKAN?Kesilapan pada jualan, belanja atau tuntutan cukai boleh menyebabkan pelaporan Borang C   t...
30/09/2026

🚨ANGKA2 DALAM AKAUN DISAHKAN?

Kesilapan pada jualan, belanja atau tuntutan cukai boleh menyebabkan pelaporan Borang C tidak tepat.

Jika dikesan semasa audit cukai, syarikat mungkin dikenakan cukai tambahan dan penalti.

Syarikat yang wajib menyediakan akaun beraudit juga perlu melengkapkan proses audit sebelum memuktamadkan pelaporan.

Jangan tunggu surat HASiL untuk menyemak angka.

📩 Hubungi Tengku Shah & Co. TSco untuk semakan keperluan audit dan kedudukan akaun syarikat.

Untuk semakan cukai, TS Tax Advisory sedia membantu.

DAULAT TUANKUPatik dan seluruh warga Tengku Shah & Co. TSco merafak sembah tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan K...
28/09/2026

DAULAT TUANKU

Patik dan seluruh warga Tengku Shah & Co. TSco merafak sembah tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-57 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V.

Semoga Allah SWT mengurniakan Tuanku kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan, serta sentiasa melindungi Tuanku di dunia dan akhirat.

Sembah takzim daripada seluruh warga Tengku Shah & Co.

Tengku Shahrizanny
Principal

SIAPA ORANG HARAPAN BOS?Dia bukan semestinya staf paling lama. Bukan juga yang paling pandai bercakap.Dia ialah orang ya...
27/09/2026

SIAPA ORANG HARAPAN BOS?

Dia bukan semestinya staf paling lama. Bukan juga yang paling pandai bercakap.

Dia ialah orang yang bila diberi tanggungjawab, kerja bergerak tanpa perlu sentiasa dikejar.

Dia faham apa yang perlu dicapai, maklumkan perkembangan dan berterus terang apabila ada masalah.

Bos boleh percaya pada dia bukan kerana dia tak pernah silap, tetapi kerana dia ambil tanggungjawab dan selesaikan apa yang dijanjikan.

Apabila bos merancang masa depan syarikat, orang seperti inilah yang terlintas di fikiran untuk dibawa bersama.

HUTANG BANKKalau bisnes masih boleh berjalan dan berkembang dengan pusing untung, kenapa perlu tambah hutang?Bagi saya, ...
27/09/2026

HUTANG BANK

Kalau bisnes masih boleh berjalan dan berkembang dengan pusing untung, kenapa perlu tambah hutang?

Bagi saya, baiklah berkembang perlahan sedikit tidak mengapa asal tak sakit kepala.

Keuntungan yang diperolehi diguna semula untuk menambah stok, memperbaiki operasi, membina pasukan dan menjaga aliran tunai.

Langkahan mungkin tidak sebesar orang lain yang menambah hutang, tetapi kita boleh tidur lebih lena tanpa tekanan bayaran bulanan.

Namun, hutang bank ada gunanya, terutama apabila peluang besar dan jelas datang dan memerlukan modal besar.

Ada orang kata biasalah besar periuk besar keraknya. Namun, hutang bukanlah ukuran atau syarat kejayaan sesebuah bisnes.

Jangan berhutang semata-mata mahu nampak cepat berkembang, sedangkan aliran tunai belum cukup kuat untuk menanggung bayaran balik.

Bisnes yang sihat bukan sekadar mampu berkembang. Tetapi ia juga harus mampu bertahan ketika krisis datang.

A swan glides across a still lake. Beyond it, a tower stands firm against the mountains.Together, they tell the story of...
24/09/2026

A swan glides across a still lake.

Beyond it, a tower stands firm against the mountains.

Together, they tell the story of TS:

Calm in our approach, precise in our work, and steadfast in the trust placed in us.

Tengku Shah & Co. TSco

TRUST · CLARITY · GROWTH

S dalam TSBagi saya, ia mengingatkan kepada seekor swan aka angsa — anggun dan tenang di permukaan air, tetapi sentiasa ...
24/09/2026

S dalam TS
Bagi saya, ia mengingatkan kepada seekor swan aka angsa — anggun dan tenang di permukaan air, tetapi sentiasa bergerak dengan tekun di bawahnya.

Begitulah cara kami bekerja di Tengku Shah & Co. TSco

Ketelitian audit mungkin tidak selalu kelihatan di mata pelanggan.

Namun di sebalik setiap laporan yang jelas, ada soalan yang perlu ditanya, bukti yang perlu disemak dan pertimbangan profesional yang perlu dibuat dengan cermat.

Swan juga melambangkan arah.

Dengan maklumat yang boleh dipercayai, pemilik bisnes dapat melihat kedudukan mereka dengan lebih jelas dan melangkah dengan lebih yakin.

TS — Trust • Clarity • Growth.

Tenang dalam pendekatan. Tegas pada prinsip. Teliti dalam setiap langkah.

30/08/2026

BILA AUDITOR KENA KUIZ MERDEKA 😂
“Apakah bunga kebangsaan Malaysia?”
🌺 Rafflesia!

Jawapan penuh keyakinan…
Tapi keyakinan ≠ jawapan betul ya! 🤣

Nak tahu siapa lagi yang tersasul? Tengok sampai habis!

Pembentangan laporan kewangan diaudit oleh wakil KHR KB KHR - Chartered Accountants Cik Hidayatun Nadhirah di Mesyuarat ...
18/05/2026

Pembentangan laporan kewangan diaudit oleh wakil KHR KB KHR - Chartered Accountants Cik Hidayatun Nadhirah di Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu) kali ke-41.

Mesyuarat berlangsung di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu.

Semoga Penentu menjadi penghubung antara ahli dan agensi juga platfom membela kebajikan dan kepentingan komuniti nelayan negeri Terengganu.

Terimakasih atas kepercayaan dan kerjasama oleh semua pihak terlibat. Turut berkesempatan bergambar dengan Pengurus Besar Penentu, En. Shukri.

f r o z e n  f o o dAudit fieldwork bagi Wira Food Trading Sdn Bhd telah selesai dijalankan dengan lancar.Sepanjang temp...
16/05/2026

f r o z e n f o o d

Audit fieldwork bagi Wira Food Trading Sdn Bhd telah selesai dijalankan dengan lancar.

Sepanjang tempoh audit, pihak pengurusan telah memberikan kerjasama yang baik serta membantu pihak kami dalam proses semakan dokumen, rekod dan maklumat yang diperlukan bagi tujuan pengauditan.

Kerjasama yang diberikan amat dihargai kerana telah membantu memastikan proses audit dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar.

Kami merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas kerjasama, komitmen serta layanan baik yang diberikan sepanjang audit ini.

a u d i t  k o p e r a s i  Kerja lapangan audit bagi Koperasi Pekerja PNS Kuala Lumpur Berhad telah selesai dijalankan ...
16/05/2026

a u d i t k o p e r a s i

Kerja lapangan audit bagi Koperasi Pekerja PNS Kuala Lumpur Berhad telah selesai dijalankan dalam tempoh tiga (3) hari oleh team audit KHR - Chartered Accountants KHR KB.

Sepanjang audit dijalankan, pihak pengurusan dan staf koperasi telah memberikan kerjasama yang baik bagi melancarkan proses pengauditan.

Ucapan terima kasih khusus kepada Encik Ahmad Afiq Ajmal dan Encik Muhammad Ozeir atas bantuan dalam menyediakan dokumen dan maklumat yang diperlukan.

Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama serta komitmen yang diberikan sepanjang audit ini.

Address

PT 65H-3, Seksyen 14, Jalan Bayam
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Sunday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TSco posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TSco:

Shortcuts

Share