Dewan Seminar

Dewan Seminar seminar room Dewan untuk seminar, bengkel, kursus

11/04/2020
24/03/2020

AMALAN HARIAN

Solat sunat sebelum Subuh
Solat Subuh berjemaah

Zikir pagi

Musyawarah (Fikir harian)

Solat sunat Dhuha

Al Qur an

Hadith (Baca @ dengar)

Solat sunat sebelum Zuhur
Solat Zuhur berjemaah
Solat sunat selepas Zuhur

Solat sunat sebelum Asar
Solat Asar berjemaah

Zikir petang

Ziarah atas kalimah Iman

Solat sunat sebelum Maghrib
Solat Maghrib berjemaah
Solat sunat selepas Maghrib

Bayan atas iman & amal ( bayan)

Solat sunat sebelum Isyak
Solat Isyak berjemaah
solat sunat selepas Isyak

Solat sunat Witir

Hadith (baca @ dengar)

Adab tidur

Solat sunat Tahajut (buat shift kalau keluarga)

(Solat sunat Witir selepas tahajut pun boleh juga)

14/02/2020

Allah sahaja yang boleh bagi manfaat & mudarat, makhluk tidak boleh bagi manfaat dan mudarat.

14/02/2020

Allah maha kuasa, makhluk langsung tiada kuasa

26/04/2019

...

04/06/2018

1 HARI 1 HADIS

Amalan Iktikaf 10 Hari Terakhir Ramadan

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ

Dari ‘Aisyah Radhiyallahuanha, Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan sampai Allah mewafatkan baginda, kemudian isteri-isteri baginda (tetap) beriktikaf sepeninggalan baginda. (HR Bukhari No: 1886) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Iktikaf ialah tetap tinggal di dalam masjid dengan niat beriktikaf dan bertujuan beribadat kepada Allah

2. Mengikut Imam Syafie, amalan iktikaf boleh dilakukan sekadar masa lebih sedikit daripada tomakninah dalam solat.

3. Imam Maliki mensyaratkan iktikaf sekurang-kurangnya sehari semalam dan yang paling baik ialah tidak kurang daripada 10 hari

4. Sunnah iktikaf yang dilakukan Rasulullah SAW ialah sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan. Baginda melaksanakan sejak berpindah ke Madinah sehingga baginda wafat.

5. Amalan iktikaf sepuluh hari terakhir Ramadan antara sunnah Rasulullah SAW yang dilupakan oleh kebanyakan umat Islam hari ini. Dr Wahbah Zuhaili menyatakan:“Sungguh pelik manusia, bagaimana mereka boleh meninggalkan iktikaf. Rasulullah SAW melakukan sesuatu dan meninggalkan sesuatu tetapi baginda tidak meninggalkan iktikaf sehinggalah baginda wafat”.

6. Amalan iktikaf dapat mengembalikan kita untuk mengimarahkan masjid (rumah Allah). Rumah yang menghimpunkan kebaikan untuk dunia dan akhirat.

Mengimarahkan masjid adalah tanda orang beriman. Firman Allah:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.” (At-Taubat: 18),.

Marilah kita merebut peluang beriktikaf dan menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ini. JOM BERIKTIKAF.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

05hb Jun 2018
20hb Ramadan 1439H

30/05/2018

1 HARI 1 HADIS

Aroma Kasturi

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قال النبي صلى الله عليه وسلم: وَالَّذِي نَفْسُ ‏ ‏مُحَمَّدٍ ‌‏ بِيَدِهِ ‌‏ لَخُلُوفُ ‌‏ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

Dari Abu Hurairah RA, Bersabda Nabi SAW: Demi diriku berada ditangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi. (HR Bukhari No: 1771) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap kesusahan dan rasa kelaparan yang timbul kerana ketaatan akan memperolehi ganjaran yang manis di akhirat kelak.

2. Pada hari kiamat, ketika manusia dibangkitkan dari kubur, ciri-ciri orang yang berpuasa adalah bau harum yang akan keluar dari mulut mereka, yang keharumannya melebihi harumnya minyak kasturi.

3. Allah akan mengganti bau mulut orang yang berpuasa dengan ganjaran yang besar di hari akhirat. Mengikut Ibnu Rajab, Segala sesuatu yang dianggap kurang di dunia menurut pandangan manusia namun jika disebabkan melakukan taat kepada Allah dan mencari redhaNya, maka hakikatnya kekurangan tersebut adalah kesempurnaan di sisi Allah (Latoiful Maarif, hal 288).

4. Allah lebih menghargai dan menghormati bau mulut orang berpuasa daripada bau mulut orang tidak puasa. Jadi maksud kalimat tersebut lebih merupakan penghormatan kepada orang yang berpuasa. Kerana orang yang berpuasa, baunya mulut adalah sesuatu yang sukar untuk dihindari.

5. Menurut al-Qadhi Iyadh, di akhirat kelak Allah SWT akan membalas orang yang berpuasa dengan bau wangi di mulutnya yang mengalahkan wanginya minyak kesturi. Oleh kerana itu ulama mengatakan bahwa balasan wangi bau mulut untuk orang berpuasa berlaku di akhirat.

6. Hal ini bukan bererti digalakkan kepada orang berpuasa agar mulut berbau tidak enak dengan tidak menggosok gigi. Menggosok gigi adalah amalan Rasulullah SAW setiap kali sebelum solat termasuk ketika berpuasa.

7. Orang yang benar-benar berpuasa semestinya hati orang tersebut bersih dan suci dari segala kotoran dan niat jahat.

8. Segala ucapan yang keluar dari mulut orang yang berpuasa tiada lain adalah yang baik, zikrullah dan perkataan menasihat serta mengajak orang lain kepada jalan Allah.

Orang yang berpuasa seperti itu, Allah memberi penghargaan kepada bau mulut orang tersebut dengan darjat yang indah dan tinggi kerana di hari akhirat nanti bau mulutnya menjadi wangi lebih dari kesturi.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

31hb Mei 2018
15hb Ramadan 1439H

30/05/2018

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa, Sedekah dan Qiamullail

عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ

Dari Mu'adz bin Jabal bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun di malam hari. (HR Ahmad No: 21116) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1. Ibadat puasa menjadi benteng atau perisai daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah

2. Puasa adalah perisai yang akan melindungi dari kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri dari terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar

3. Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah.

4. Sedekah antara amalan yang boleh menjadi penghapus dosa

اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ

Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji korma. (HR Bukhari no 5564) Status: Hadis Sahih

5. Menghidupkan malam dengan Qiamullail merupakan antara amal kebaikan orang Mukmin untuk membina kekuatan rohani.

Ambillah kesempatan Ramadan ini untuk membina perisai diri, menghapuskan dosa dan menguatkan rohani.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

30hb Mei 2018
14hb Ramadan 1439H

25/05/2018

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sahur Waktu Mustajab Berdoa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

Dari Abu Hurairah, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Allah Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman, “Siapa sahaja yang berdoa kepada-Ku, maka Aku tunaikan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku, Aku ampunkannya.” (HR Bukhari No: 1077) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sepertiga akhir malam adalah waktu istimewa untuk ahli ibadah (sekitar jam 3 pagi hingga sebelum subuh).

2. Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) merupakan waktu mustajab doa (doa diperkenan).

3. Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) waktu Allah mengampunkan dosa kepada yang memohon keampunan.

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُون

Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon keampunan” (QS. Adz Dzariyat: 18)

4. Rugilah mereka yang bangun di penghujung malam hanya untuk makan sahur atau ke toilet semata-mata.

Ayuh rebut peluang waktu istimewa ini (sahur) bukan hanya bangun untuk makan dan minum tetapi juga dengan solat sunat seperti tahajud dan berdoa serta memohon keampunan dari dosa.

Jadikan ibadat sahur kali ini lebih baik untuk merubah kehidupan kita.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

25hb Mei 2018
09hb Ramadan 1439H

25/05/2018

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sahur Dengan Kurma Kering

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

Dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW baginda bersabda: Sebaik-baik makanan ketika seseorang mukmin bersahur adalah tamar (kurma kering).” (Hadis Riwayat Abu Daud, 6/290, no. 1998. Shahih Ibnu Hibban, 8/253, no. 3475) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Bersahur adalah sunnah Rasulullah

2. Sebaik-baik makanan untuk bersahur adalah kurma kering

3. Kurma merupakan makanan paling kaya kandungan gula glukosa sekitar 55% gula dalam kurma berbentuk glukosa, sedangkan 45% lagi membentuk fruktosa.

4. Glukosa dalam kurma akan cepat berubah menjadi fructosa, kemudian diserap melalui sistem pencernaan untuk menjadi tenaga. Khususnya jaringan yang perlu tinggi energi, seperti: sel-sel otak, sel-sel saraf, sel-sel darah merah dan sel-sel tulang belakang.

5. Selain glukosa, kurma juga mengandung sejumlah lemak, protein, dan beberapa vitamin seperti vitamin A, B2, B12. Kurma mengandung beberapa mineral, terutama kalsium, sulfat, sodium, fosfor, potassium, magnesium, florin, kuningan, manganese, cobalt, zinc, serta sejumlah selulosa

Ayuh jangan tinggalkan kurma kering ketika sahur.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

Address

2596 Jalan Sultanah Zainab
Kota Bharu
15050

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

60149282989

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Seminar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dewan Seminar:

Share