FZES Repair Mesin Basuh Peti Sejuk

Call Directions Website

FZES Repair Mesin Basuh Peti Sejuk 🌀Repair/Servis Mesin Basuh
❄️Repair Peti Sejuk
📍Bengkel di Peringat, KB

16/09/2026

📚 Siri Kenali Part Mesin Basuh & Peti Sejuk.

🔧Kenali Part #024

🏷️PCB Board/Control Board Original Mesin Basuh SHARP ES718X

🛠️ Fungsi: Pusat kawalan memberi arahan operasi mesin basuh.⚠️

Semoga bermanfaat.

16/09/2026

📚 Siri Kenali Part Mesin Basuh & Peti Sejuk.

🔧Kenali Part #023

🏷️PCB Board/Control Board Original Peti Sejuk PANASONIC NR-BL267

🛠️ Fungsi: Pusat kawalan memberi arahan operasi peti sejuk.⚠️

Semoga bermanfaat.

16/09/2026

📚 Siri Kenali Part Mesin Basuh & Peti Sejuk.

🔧Kenali Part #022

🏷️Kipas evaporator peti sejuk Panasonic NR-BL267

🛠️ Fungsi: Mengalirkan pengudaraan dalam ruang peti sejuk.⚠️

Semoga bermanfaat.

16/09/2026

😅 Keluar kod error, disangka komponen yang rosak… rupanya wire dimakan tikus! 🐀

Mesin basuh Sharp ES-718X ni dah digunakan oleh owner lebih kurang 5 tahun. Tiba-tiba bila nak digunakan, terus keluar kod error E2.

Owner dah cuba ikut rujukan di YouTube dan tukar komponen yang disyaki menjadi punca masalah. Tapi hasilnya masih sama — kod E2 tetap muncul.

Sampailah mesin ni jadi rezeki untuk kita check. 🤭

Selepas pemeriksaan dibuat, baru jumpa puncanya — wire pada PCB board telah digigit tikus sehingga putus. 🐀🔌

Tak perlu tukar PCB atau komponen mahal. Kita sambung semula wire yang terputus, buat pemeriksaan dan test mesin…

Alhamdulillah, mesin basuh kembali berfungsi seperti biasa! ✅

Kadang-kadang masalah mesin bukan semestinya komponen rosak. Wire putus, soket longgar atau gangguan daripada haiwan pun boleh menyebabkan error code keluar.

Terima kasih kepada owner kerana menggunakan khidmat kami. 🤝

📍 FZES Repair Mesin Basuh Peti Sejuk
🔧 Repair mesin basuh & Peti Ais

13/09/2026

📚 Siri Kenali Part Mesin Basuh & Peti Sejuk.

🔧Kenali Part #021

🏷️Lampu LED peti sejuk Samsung RT29FARADSA

🛠️ Fungsi: Memberi pencahayaan dalam ruang chiller peti sejuk 2 pintu.⚠️

Semoga bermanfaat.

10/09/2026

“Tak mahu berpusing…” 🫪😪

Itu sahaja simptom yang owner dapat sampaikan kepada kita. 😅

Bila simptom tak dapat dipastikan dengan jelas, kita tak boleh terus buat kesimpulan komponen mana yang rosak.

Jadi seperti biasa, kita mulakan dengan ujian operasi.

Mesin basuh kita jalankan dan biarkan ia habiskan satu cycle program sambil kita pantau setiap peringkat operasi — daripada proses mengisi air, wash, drain, sehinggalah ke spin.

Tapi pelik juga… 😅

Tak muncul langsung simptom yang dikatakan oleh owner.

Mesin berjalan seperti biasa dan cycle selesai tanpa sebarang masalah.

Jadi, kerja kita belum selesai.

Bila masalah datang sekejap-sekejap atau tidak muncul ketika pemeriksaan, kita perlu pergi lebih jauh. Kita buat pemeriksaan menyeluruh dan check komponen-komponen berkaitan menggunakan multimeter serta pemeriksaan fizikal.

Semua hasil pemeriksaan kita rekodkan dan tunjukkan kepada owner sebagai rujukan.

Kadang-kadang kerja troubleshooting bukan sekadar mencari part yang rosak.

Yang lebih penting ialah memastikan kita benar-benar tahu keadaan mesin sebelum buat sebarang keputusan.

Alhamdulillah, selesai satu lagi pemeriksaan. 🤲

08/09/2026

Peti sejuk masih sejuk, tetapi ais langsung tak membeku. Apa agaknya masalahnya?

Bila dengar simptom macam ni, memang mudah untuk kita terus fikir kepada dua perkara — gas dan kompresor.

Tapi dalam kerja repair, kita tak boleh terus buat kesimpulan hanya berdasarkan simptom.

Untuk unit ini, pemeriksaan dibuat satu per satu.

Dan hasilnya agak menarik.

Bukan gas. Bukan kompresor.

Puncanya datang daripada thermostat/sensor suhu yang sudah rosak.

Bila komponen ini gagal berfungsi dengan betul, kawalan suhu dalam peti sejuk turut terganggu. Sebab itu freezer tidak mencapai keadaan yang diperlukan untuk membekukan ais.

Thermostat/sensor digantikan dengan yang baru dan unit kembali beroperasi dengan baik. 👍

Namun begitu, kami tetap buat pemeriksaan lanjut pada komponen lain untuk memastikan sistem keseluruhan berada dalam keadaan baik.

Alhamdulillah, tiada masalah lain ditemui.

Kes macam ini mengingatkan kita satu perkara:

👉 Jangan terus “chop” gas habis.
👉 Jangan terus tuduh kompresor rosak.
👉 Cari punca sebenar melalui diagnosis.

Satu simptom boleh datang daripada beberapa punca yang berbeza.

Repair yang baik bermula dengan diagnosis yang betul. 🔧❄️

03/09/2026

Berhenti Pada Mode Rinse - Mesin Basuh Panasonic NA-V11FG2

Mesin basuh front load Panasonic NA-V11FG2 ini datang dengan satu masalah yang agak menarik.

Menurut owner, mesin basuh boleh berjalan seperti biasa tetapi selepas beberapa ketika, ia akan berhenti pada mode Rinse sebelum masuk ke proses spin.

Kita buat pemeriksaan dan mendapati terdapat simptom pada bahagian drain pump / drain motor.

Drain motor dibuka dan diuji menggunakan multimeter serta direct power supply secara berasingan. Dari segi bacaan dan fungsi asas, motor masih boleh beroperasi.

Namun ketika mula dihidupkan, didapati bahagian kipas/pam agak berat untuk berpusing dan memerlukan sedikit masa untuk mula bergerak.

Selepas dipasang semula, kita jalankan beberapa ujian dan buat masa ini mesin basuh kembali beroperasi seperti biasa.

Kita rekomen owner supaya pantau dahulu. Sekiranya masalah yang sama berulang, drain pump mesti diganti baharu.

🔧 FZES Engineering
Servis & Repair Mesin Basuh | Peti Sejuk

25/08/2026

Peti Sejuk Lama Tak Sejuk? 🤔 Jangan Terus Salahkan Gas!

Owner cerita, peti sejuk ni dah digunakan sejak anaknya masih kecil. Hampir 20 tahun dah berkhidmat! 😮👏

Masalah yang mula berlaku:
❄️ Bahagian atas masih menghasilkan ais
🥶 Tapi udara sejuk tak sampai ke bahagian bawah

Kita buat pemeriksaan secara menyeluruh untuk cari punca sebenar.

🔧 Hasil pemeriksaan: Termostat/sensor didapati sudah bermasalah dan menyebabkan sistem penyejukan tak berfungsi seperti sepatutnya.

Nasib baik bukan masalah besar. Lepas komponen bermasalah diganti, peti sejuk kembali berfungsi seperti biasa. 👍

Peti sejuk lama tak sejuk tak semestinya terus kena tukar compressor atau tambah gas. Kena check dulu punca sebenar. 😉

Kalau nak check sendiri tak pandai… yang tu kena cari kita lah! 🤭🔧

📍 FZES Repair Mesin Basuh Peti Sejuk.
Servis & repair peti sejuk sekitar Peringat, Kota Bharu dan kawasan berdekatan.

Address

Lot 2949-B, Jalan Perol Kg Padang Mengkali Peringat
Kota Bharu
16400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60183087837

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FZES Repair Mesin Basuh Peti Sejuk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share