Mudah Tone Excel

Mudah Tone Excel Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mudah Tone Excel, Business service, Ketereh, Kota Bharu.

Hari pertama Mesyuarat Parlimen Penggal Pertama Parlimen Ke-15.Sidang kali ini akan melantik Speaker Dewan Rakyat, menga...
19/12/2022

Hari pertama Mesyuarat Parlimen Penggal Pertama Parlimen Ke-15.

Sidang kali ini akan melantik Speaker Dewan Rakyat, mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, serta undi percaya ke atas Perdana Menteri.

12/12/2021
Dunia hari ini kembali semula kepada konsep jahiliah yang dikuasai oleh tamadun Barat melalui penjajahan moden. Walaupun...
23/06/2021

Dunia hari ini kembali semula kepada konsep jahiliah yang dikuasai oleh tamadun Barat melalui penjajahan moden. Walaupun pada awalnya, tamadun mereka sangat dibanggakan sehingga dipuja dan dipuji.
Tiba-tiba hari ini mereka mengalami kegagalan, sehingga dunia seluruhnya berada dalam ancaman kecelaruan politik, ekonomi, sehinggalah alam sekitar yang mengakibatkan fenomena cuaca yang membimbangkan.
Walaupun terdapat undang-undang yang tegas, namun gejala negatif terus berleluasa. Puncanya ialah tidak memenuhi fitrah kemanusiaan, jasad, akal, roh, individu dan bermasyarakat.
Ahli-ahli falsafah dan pemimpin Barat gagal membawa teori dan pelaksanaannya yang sempurna seperti al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW untuk membendung masalah dan kerosakan yang berlaku.
Abraham Lincoln yang tegas mengharamkan perhambaan menjadi mangsa korban dibunuh. Akan tetapi, realitinya sekarang Barat masih gagal dalam kehidupan masyarakatnya.
Amalan perbezaan warna kulit masih menghantui negara paling besar dan maju seperti Amerika Syarikat dan negara Eropah.
Berbeza dengan Islam pada abad keemasannya sewaktu diamalkan ajaran agama sepenuhnya, sehingga berjaya menghapuskan amalan hamba abdi dalam masyarakat secara umum, kerana berkaitan dengan hak hamba mengikut perhitungan dosa dan pahala.
Bukan sahaja dari segi undang-undang, bahkan Islam juga berjaya menggerakkan hati kemanusiaan yang bertaqwa, sehingga amalan perhambaan dan perbezaan warna kulit berjaya dihapuskan dalam masyarakat Islam.
Ramai daripada kalangan hamba yang menganut Islam dan menjadi pemimpin negara pada zaman mutakhir sebelum kejatuhannya.
Sehingga berjaya melahirkan ulama' tabiin dan ulama' besar serta ilmuwan dalam bidang sains dalam kalangan mereka.

Walaupun Rasulullah SAW dijadikan buta huruf tetapi Baginda SAW dikurniakan ilmu yang luar biasa daripada Allah SWT. Per...
22/06/2021

Walaupun Rasulullah SAW dijadikan buta huruf tetapi Baginda SAW dikurniakan ilmu yang luar biasa daripada Allah SWT. Perkara yang paling penting ialah mempunyai ilmu yang paling tinggi.
Adapun kepada orang yang lain memerlukan alat untuk mencari ilmu iaitu menulis dan membaca. Alatnya terus dicipta pada setiap zaman.
Qalam ialah alat tulis yang diketahui umum dan membaca apa yang ditulis, kerana manusia tidak boleh mengumpul maklumat secara ingatan sahaja.
Hal ini kerana ingatan yang boleh hilang diikat dengan tulisan yang dapat disimpan dan dibaca untuk menyampaikan ilmu.
Manusia juga tidak memadai dengan menggunakan penglihatan, pendengaran dan pemikiran sahaja tanpa membaca dan menulis.
Namun ada di kalangan manusia yang tidak menggunakan pancaindera ini dengan baik sehingga tidak menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk mencari ilmu fardhu 'ain yang wajib ke atas setiap orang dalam perkara aqidah, syariat dan akhlak.
Apatah lagi dalam perkara fardhu kifayah yang menjadi kewajipan umum dalam urusan agama dan dunia seperti mendalami perkara agama serta ilmu yang berkaitan dengan keperluan hidup manusia di alam bumi seperti makanan, pakaian, kediaman, kesihatan, perhubungan dan lain-lain.
Namun menjadi fardhu 'ain bagi seseorang yang mempunyai kewajipan mengikut kemampuan dirinya terhadap masyarakat.
Al-Quran juga menyatakan bahawa sempadan ilmu yang membezakan antara perkara yang mempunyai manfaat dan mudarat kepada diri dan masyarakat, adalah berdasarkan sempadan halal dan haram seperti mengharamkan ilmu sihir.

Rasulullah SAW dijadikan ummiy (buta huruf), tetapi Baginda SAW dikurniakan ilmu yang luar biasa daripada Allah SWT. Perkara yang paling penting ialah mempunyai ilmu yang paling tinggi.

Adapun kepada orang yang lain memerlukan alat untuk mencari ilmu iaitu menulis dan membaca. Alatnya terus dicipta pada setiap zaman.

Qalam ialah alat tulis yang diketahui umum dan membaca apa yang ditulis, kerana manusia tidak boleh mengumpul maklumat secara ingatan sahaja.

Hal ini kerana ingatan yang boleh hilang diikat dengan tulisan yang dapat disimpan dan dibaca untuk menyampaikan ilmu.

Manusia juga tidak memadai dengan menggunakan penglihatan, pendengaran dan pemikiran sahaja tanpa membaca dan menulis.

Namun ada di kalangan manusia yang tidak menggunakan pancaindera ini dengan baik sehingga tidak menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk mencari ilmu fardhu 'ain yang wajib ke atas setiap orang dalam perkara aqidah, syariat dan akhlak.

Apatah lagi dalam perkara fardhu kifayah yang menjadi kewajipan umum dalam urusan agama dan dunia seperti mendalami perkara agama serta ilmu yang berkaitan dengan keperluan hidup manusia di alam bumi seperti makanan, pakaian, kediaman, kesihatan, perhubungan dan lain-lain.

Namun menjadi fardhu 'ain bagi seseorang yang mempunyai kewajipan mengikut kemampuan dirinya terhadap masyarakat.

Al-Quran juga menyatakan bahawa sempadan ilmu yang membezakan antara perkara yang mempunyai manfaat dan mudarat kepada diri dan masyarakat, adalah berdasarkan sempadan halal dan haram seperti mengharamkan ilmu sihir.

21/07/2020

Petikan daripada Al-Quran: Aal-i-Imraan (3:134)

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلْكَٰظِمِينَ ٱلْغَيْظَ وَٱلْعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ

allażīna yunfiqụna fis-sarrā`i waḍ-ḍarrā`i wal-kāẓimīnal-gaiẓa wal-'āfīna 'anin-nās, wallāhu yuḥibbul-muḥsinīn

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

21/05/2020

Masjid dan surau ditutup. bukan saja bapak-bapak mesti jadi imam solat terawih dan witir di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Datang pulak hari raya, cemas lagi.
Sebab masjid dan surau masih lagi tutup. Jadinya sekali lagi, bapak-bapak mesti jadi imam solat. Kali ini solat Aidilfitri di rumah masing-masing.

Tambah cemas bila solat Aidilfitri kena baca khutbah lepas solat. Macamana nak buat tu?

So, saya bagi panduan asas solat Aidilfitri dan khutbah hari raya untuk bapak-bapak jadikan sebagai panduan.

Jangan takut! Lawan!

❤️ Solat Sunat Aidilfitri.

✅ Lafaz niat; sahaja aku solat sunat Aidilfitri, menjadi imam kerana Allah Ta’ala.

✅ Lepas baca doa iftitah, takbir ‘Allahu akbar’ sebanyak 7 kali. Selang-selikan dengan bacaan secara ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.

✅ Cukup 7 kali takbir dan Tasbih mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.

✅ Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud dan sujud kali kedua seperti biasa.

✅ Bangkit dari sujud menuju rakaat kedua dengan takbir ‘Allahu akbar’.

✅ Selepas itu terus bertakbir lagi ‘Allahu akbar’ sebanyak 5 kali. Selang-selikan dengan bacaan ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.

✅ Cukup 5 kali takbir dan Tasbih mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.

✅ Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud, sujud kali kedua dan duduk tahiyyat akhir.

✅ Baca tahiyyat sehingga habis dan bagilah salam.

Maka selesailah solat sunat Aidilfitri.

Kemudian tibalah saatnya untuk bapak-bapak membaca khutbah. Jangan takut! Lawan!

Khutbah Aidilfitri ni macam khutbah hari Jumaat biasa saja. Tambah best, saya akan bagi yang paling basic saja untuk dibuat dan khutbah ini sah.

❤️ Khutbah pertama.

✅ Ucap الحمدلله“Alhamdulillah”.

✅ Baca selawat اللهم صلي علي محمد و علي ال محمد

“Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.

✅ Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.

✅ Baca 1 potong ayat Al-Quran;
‎(بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ إِنَّاۤ أَعۡطَیۡنَـٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ)

‎(فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ)(إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ)
[Surat Al-Kawthar)

“Inna a’thoinakal kausar. Fasolli lirabbika wanhar. Inna syaniaka huwal abtar”.

Sekian khutbah pertama. Kemudian duduk la sekejap.

❤️ Khutbah kedua.

✅ Ucap
‎الحمدلله
“Alhamdulillah”.

✅ Baca selawat
‎اللهم صلي علي محمد وعلي ال محمد
“Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.

✅ Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.

✅ Baca 1 potong ayat Al-Quran;
‎(بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ)
‎(ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ)(لَمۡ یَلِدۡ وَلَمۡ یُولَدۡ)(وَلَمۡ یَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ)
[Surat Al-Ikhlas )

”.”Qul huwallahu Ahad. Allahus somad. Lam yalid walam yulad. Walam yakullahu kufuwan ahad”.

✅ Baca doa untuk seluruh orang Islam; “Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat.

Then, boleh la bersurai.

Itu je pun. Tak susah kan? Sempoi giler.

Ada beberapa hari lagi nak berlatih ye. Kalau boleh jangan la yang basic sangat. Tambah la sikit perisa biar sedap tak nampak kering.

Terutamanya yang bahagian khutbah hari raya tu.

Agak-agak susah, boleh je download khutbah mana-mana kat internet. Kemudian baca.

Selesai...

Masih bimbang?

Jangan takut! Lawan!

Kalau takut nak lawan sorang-sorang, lawan ramai-ramai. Share panduan ni dekat semua bapak-bapak yang bakal jadi imam dan khatib raya di rumah nanti.

Kita lawan sama-sama.

!
- Para makmum dijangka akan memegang handphone untuk merakam momen bersejarah ini -

tak ad tongkat betul batang penyapu pun, boleh.

Kerusi kena sediakan. . Sbb nak guna semasa duduk antara dua khutbah

tak ad kerusi duk bersila.

02/09/2019

"SETIAP 10 SEN DUIT KITA DIBELANJAKAN MEMBELI PRODUK MUSLIM & DI KEDAI MUSLIM".

Assalammualaikum, selamat menyambut tahun baru 1441 HIJRAH. Jom sama2 BERHIJRAH hanya membeli PRODUK MUSLIM.

Hari ini sy nak KONGSI KISAH yg BERLAKU di PEKAN RAWANG, JALAN MAXWELL. Kisah ini telah diceritakan oleh cikgu bisnes kpd sy. Sy melihat sediri PERUBAHAN yg berlaku di Pekan Rawang ini..... terutama di Jalan Maxwell.

Dulu di pekan Rawang Jalan Maxwell ini deretan kedai2nya diniaga & dimiliki oleh perniaga Cina sahaja pada tahun 80an. Sy masih ingat ketika kecil tahun 80an, hanya ada satu kedai org India jual rempah & satu gerai jual bunga oleh perniaga India depan panggung wayang REX.

TETAPI sekarang pd tahun 2019, hampir 95% deretan kedai - kiri kanan jalan ini yg berniaga orang INDIA, mereka yg mengusai bisnes di jalan ini. Selepas hampir 40 tahun. Perubahan ini bermula sedikit demi sedikit setiap tahun. BAGAIMANA IA BOLEH TERJADI ? Adakah secara TIDAK SENGAJA ? atau ???? BAGAIMANA ORG INDIA boleh kuasai EKONOMI & Hampair 95% DERETAN kedai di Jalan Maxwell skrg.

Semuanya bermula pd tahun 80an seorg pemimpin "S" yg disayangi kaum India telah melancarkan Kempen Setiap 1 Sen Duit orang India mesti DIBELANJAKAN di kedai Orang India shj. Tujuan utama utk meningkatkan ekonomi org India kerana pd masa itu di Malaysia, Mereka paling ketinggalan dlm ekonomi & ramai yg masih hidup susah. Hasilnya idea pemimpin S dilancarkan di Rawang dan berkembang ke seluruh negara.

Apakah yg disarankan oleh pemimpin S ini :

1) Setiap Org India MESTI BELANJAKAN SETIAP 1 SEN di KEDAI ORG INDIA shj. Jika tidak ada di kedai kita, baru beli di kedai lain.

2) Semua org India yg berkemahiran & pandai berniaga mengajar org India lain di kuil-kuil & tempat lain supaya ramai org India berkemahiran & lahir ramai usahawan India.

3) JANGAN benarkan setiap keperluan ORANG INDIA (Beribadah) diniagakan selain orang India shj.

Inilah 3 saranan yg dibuat ini pd tahun 80an dulu. Sekarang hasilnya org India ramai yg telah berjaya meningkatkan ekonomi & berniaga. Tahniah kpd pemimpin S mereka.

KISAH ini untuk kita ORANG ISLAM terutama bangsa MELAYU berfikir kesannya bukan masa pendek tetapi puluh tahun baru berhasil. Jangan kita SOKONG BELI PRODUK MUSLIM ikut MUSIM shj. Marilah SAMA-SAMA kita BERHIJRAH dengan MEMBELANJAKAN setiap 10 SEN duit kita di KEDAI ORANG ISLAM & PRODUK ISLAM.

HASILNYA :

1) MELAHIRKAN RAMAI perniaga Islam BARU yg boleh sediakan peluang pekerjaan kpd org Islam sendiri.

2) Meningkatkan EKONOMI org ISLAM & menambahkan kutipan ZAKAT.

3) Melahirkan BANYAK PRODUK HALAL yg dikeluarkan oleh ORANG ISLAM SENDIRI.

Akhir kata dari sy, JANGAN SALAHKAN BANGSA @ KAUM LAIN jika mereka berjaya. Kita yg tidak KISAH SELAMA ini.Ini semua SALAH KITA SENDIRI. Jadi bermula tahun baru 1441 HIJRAH, jom BERTINDAK membelanjakan setiap 10 SEN DUIT kita kpd PERNIAGA ISLAM & PRODUK MUSLIM.

Semoga perkongsian ini bermanafaat. Selamat tahun baru.

SALAM MAAL HIJRAH 1441

PELANTIKAN jawatan yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Pertama Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.JAWATANKUASA HARIAN...
24/06/2019

PELANTIKAN jawatan yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Pertama Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

JAWATANKUASA HARIAN

PRESIDEN
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
YB Dato’ Ustaz Haji Tuan Ibrahim Bin Tuan Man

NAIB PRESIDEN
Ustaz Haji Idris Ahmad
YB Dato’ Haji Mohd Amar Nik Abdullah
YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

KETUA DEWAN ULAMA’ PAS PUSAT
YB DR Ustaz Haji Nik Mohd Zawawi Salleh

KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
YB Senator Ustazah Hajjah Nuridah Mohd Salleh

KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
IR. Haji Khairil Nizam Khirudin

SETIAUSAHA AGUNG
YB Dato’ Takiyuddin Hassan

BENDAHARI
Dato’ Haji Iskandar Abdul Samad

KETUA PENERANGAN
Haji Kamaruzaman Mohamad

PENGARAH PILIHANRAYA
YB Haji Muhammad Sanusi Md Nor

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
2. YB Dr. Azman Ibrahim
3. Dr. Halimah Ali
4. YB Dato’ Dr. Mohamad Fadhli Hassan
5. Dr. Riduan Mohamad Noor
6. Dato’ Ustaz Mohd Nassuruddin Daud
7. Dr. Mohd Zuhdi Marzuki
8. YB Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
9. YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
10. Dr. Najihatussolehah Ahmad
11. Dr. Ustaz Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi
12. Ustaz Nasruddin Hassan
13. YB Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff
14. Ustaz Mokhtar Senik
15. Ustaz Misbahul Munir Masduki
16. Ustaz Sallehen Mukhyi
17. Dato’ Dr. Haji Mahfodz Mohamad (Lantikan)
18. Muhtar Suhaili (Lantikan)
19. DR. ROSNI ADAM (LANTIKAN)
20. YB Awang Solahudin Hashim (Lantikan)
21. Dr. Mohd Mazri Yahya (Lantikan)
22. Haji Wan Rohimi Wan Daud (Lantikan)
23. YB Ustaz Yusni Mat Piah (Lantikan)
24. Haji Mohamad Husain (Lantikan)

“Islam Memimpin Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 19 Syawal 1440 / 23 Jun 2019

Address

Ketereh
Kota Bharu
16450

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60108035823

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mudah Tone Excel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mudah Tone Excel:

Share