Pusat Biuti Al-Quroon.

Pusat Biuti Al-Quroon. PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN:

1. Kelas Talaqi Individu & Berkump**an
2. Kelas Talaqi Bersanad & Qiraat
3. Seminar Tajwid & Qiraat
4.

Menjual Al-Quran Tajwid & Qira

10/01/2024

Rejab Bakal Tiba,
Syaaban Ada Ditengah, Ramadhan Jadi Penutup,
Ya Allah Sampaikan Umur Kami Di Bulan Ramadhan Tahun Ini.
Aamiin ๐Ÿคฒ

Syukur Alhamdulillah hari ni 9/12/2023 peserta talaqqi Qiraat Warsh Masjid Sultan Muhammad lll Bandar Pasir Mas telah be...
09/12/2023

Syukur Alhamdulillah hari ni 9/12/2023 peserta talaqqi Qiraat Warsh Masjid Sultan Muhammad lll Bandar Pasir Mas telah berjaya khatam 30 juzuk adengan jayanya..

Terima kasih kepada peserta talaqqi yang istiqomah sepanjang 7 tahun bersama setiap hari Rabu selepas Asar..

Sepanjang 7 tahun 2 peserta talaqqi telah kembali ke Rahmatullah..Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Cikgu Noor & Allahyarham Ayah Wan..Semoga mereka di tempatkan di kalangan para solihin..Amin..

Belanja Keluarga Pada Hari Asyura=======1. Majlis Fatwa Mesir (Dar al-Ifta) mengeluarkan kenyataan bahawa harus bagi ses...
27/07/2023

Belanja Keluarga Pada Hari Asyura
=======

1. Majlis Fatwa Mesir (Dar al-Ifta) mengeluarkan kenyataan bahawa harus bagi seseorang itu untuk berbelanja atau melapangkan (menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bayhaqi yang menyebutkan:

ู…ูŽู†ู’ ูˆูŽุณู‘ูŽุนูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู‡ู’ู„ูู‡ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุนูŽุงุดููˆุฑูŽุงุกูŽ ูˆูŽุณู‘ูŽุนูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู‡ู’ู„ูู‡ู ุทููˆู„ูŽ ุณูŽู†ูŽุชูู‡ู

โ€œBarangsiapa yang meluaskan (melapangkan - menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura, maka Allah akan melapangkan bagi ahli keluarganya sepanjang tahun. (HR al-Bayhaqi, Ibn Abi Dunya dan al-Tabrani. Hadis ini dinilai sebagai daif (lemah) di sisi sarjana hadis)

2. Sekalipun hadis ini adalah daif, para ulama empat mazhab mengharuskan kita berlapang dan menggembirakan ahli keluarga pada hari Asyura. Al-Imam Ibn Abidin daripada Mazhab Hanafi membincangkan perkara ini lalu menukilkan kata-kata Jabir:

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฌูŽุงุจูุฑูŒ: ุฌูŽุฑู‘ูŽุจู’ุชู‡ ุฃูŽุฑู’ุจูŽุนููŠู†ูŽ ุนูŽุงู…ู‹ุง ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุชูŽุฎูŽู„ู‘ูŽูู’

โ€œDan berkata Jabir: Aku telah melakukan perkara ini selama 40 tahun dan tidak pernah meninggalkannya (Radd al-Mhtar)

3. Manakala al-Imam al-Hattab al-Maliki dari Mazhab Maliki p**a menyatakan:

ูŠูŽู†ู’ุจูŽุบููŠ ุฃูŽู†ู’ ูŠููˆูŽุณู‘ูุนูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฃูŽู‡ู’ู„ู ูููŠู‡ูู…ูŽุง -ุฃูŠ ู„ูŠู„ุฉ ุนุงุดูˆุฑุงุก ูˆูŠูˆู…ู‡ุง

โ€œSeharusnya bagi seseorang itu melapangkan (memudahkan urusan atau menggembirakan) ahli keluarganya pada malam atau siang Hari Asyura. (Mawahib al-Jalil)

4. Manakala Sheikh Abd al-Hamid al-Shrwni dari Mazhab Syafiโ€™i p**a menjelaskan:

ูˆูŽูŠูุณูŽู†ู‘ู ุงู„ุชู‘ูŽูˆู’ุณูุนูŽุฉู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุนููŠูŽุงู„ู ูููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุงุดููˆุฑูŽุงุกูŽุ› ู„ููŠููˆูŽุณู‘ูุนูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉูŽ ูƒูู„ู‘ูŽู‡ูŽุง ูƒูŽู…ูŽุง ูููŠ ุงู„ู’ุญูŽุฏููŠุซู ุงู„ู’ุญูŽุณูŽู†ู

โ€œDan disunatkan untuk melapangkan ahli keluarga pada Hari Asyura mudah-mudahan Allah melapangkan ahli keluarganya sepanjang tahun seperti yang disebutkan dalam hadis. (Hasyiah โ€˜Ala Tuhfah al-Muhtaj)

5. Manakala al-Imam al-Bhuti dari Mazhab Hanbali p**a menukilkan pandangan al-Imam Ahmad dan Sufyan Ibn โ€˜Uyainah yang menyebutkan:

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงุจู’ู†ู ุนููŠูŽูŠู’ู†ูŽุฉูŽ: ู‚ูŽุฏู’ ุฌูŽุฑู‘ูŽุจู’ู†ูŽุงู‡ู ู…ูู†ู’ุฐู ุฎูŽู…ู’ุณููŠู†ูŽ ุณูŽู†ูŽุฉู‹ ุฃูŽูˆู’ ุณูุชู‘ููŠู†ูŽ ููŽู…ูŽุง ุฑูŽุฃูŽูŠู’ู†ูŽุง ุฅู„ู‘ูŽุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง

โ€œKata Ibn โ€˜Uyainah: Kami telah melakukannya selama 50 tahun atau 60 tahun, kami tidak melihatnya melainkan kebaikan. (Kasyyaf al-Qinaโ€™ โ€˜An Matn al-Iqnaโ€™)

6. Begitu juga Sheikh Atiyyah Saqr yang menggalakkan agar kita melakukan sesuatu yang mengeratkan hubungan dalam kita meraikan hari yang diraikan oleh Rasulullah ini.

7. Oleh yang demikian, belanjalah ahli keluarga kita pada Hari Asyura ini. Gembirakan dan lapangkan urusan mereka.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Setinggi-tinggi TahniahKEPUTUSAN MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1444H/2023MBAHAGIAN QARI...
16/06/2023

Setinggi-tinggi Tahniah

KEPUTUSAN MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1444H/2023M

BAHAGIAN QARI
JOHAN
Muhammad Qayyim Nizar Bin Sarimi
Negeri Kelantan (92.67%)

BAHAGIAN QARIAH
JOHAN
Nor Hidayah Binti Abd Rahman
Negeri Terengganu (85.00%)

HAFAZAN 30 JUZUK
JOHAN (LELAKI)
Ahmad Ikmal Bin Mohd Ridhuan
Negeri Johor (97.16%)

JOHAN (PEREMPUAN)
Dian Karisma Binti Mohd Japar
Negeri Sabah (95.48%)

HAFAZAN 20 JUZUK
JOHAN (LELAKI)
Muhammad Fakhrurazi Bin Yahaya
Negeri Terengganu (97.85%)

JOHAN (PEREMPUAN)
Dina Hadfina Binti Mohd Umarul Hisyam
Negeri Melaka (97.83%)

HAFAZAN 10 JUZUK
JOHAN (LELAKI)
Muhammad Fahim Bin Shaari
Wilayah Persekutuan (98.71%)

JOHAN (PEREMPUAN)
Siti Nabilah Binti Zamri
Negeri Melaka (98.66%)




17 Mei 2023Pos 1 mushaf ibnu Amir kepada Ust Rahmat di Johor..
19/05/2023

17 Mei 2023

Pos 1 mushaf ibnu Amir kepada Ust Rahmat di Johor..



12 Mei 2023Cod 33 mushaf Ibnu Kathir ke Pasir Puteh..Terima kasih Ust Hisyam borong semua untuk pelajarnya di Masjid Had...
15/05/2023

12 Mei 2023

Cod 33 mushaf Ibnu Kathir ke Pasir Puteh..

Terima kasih Ust Hisyam borong semua untuk pelajarnya di Masjid Hadhori Jerteh..

11 Mei 2023Pos 3 mushaf ibnu kathir ke Masjid Hadhori Jerteh..
15/05/2023

11 Mei 2023

Pos 3 mushaf ibnu kathir ke Masjid Hadhori Jerteh..

Siapa Sofizah Hj Mousin, Johan Qariah Tilawah Al Quran Antarabangsa?Wanita berusia 33 tahun ini berasal dari Kota Kinaba...
25/10/2022

Siapa Sofizah Hj Mousin, Johan Qariah Tilawah Al Quran Antarabangsa?

Wanita berusia 33 tahun ini berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan sekarang bekerja sebagai seorang Guru Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya, isteri kepada Ahmad Asrol Saidi, seorang ibu kepada 2 orang anak.

Walaupun beliau mengajar Geografi dan bukannya pendidikan Islam, tetapi kecintaan pada Al Quran ini menebal sejak di usia remaja lagi.

Semasa sekolah menengah, beliau mula mempelajari taranum Quran dalam kelas kemahiran Al Quran. Keluarganya juga memberi support yang kuat kepada Sofizah untuk terus belajar.

โ€œ Biasanya saya buat latihan taranum dalam kereta, semasa memandu. Saya memang akan buat latihan suara sendiri setiap hari, โ€ bagitahu Sofizah Mousin.

Walaupun kesibukan sebagai seorang guru dan ibu, beliau manfaatkan waktu memandu dengan mengaji. Bayangkanlah setiap kali dalam kenderaan, wanita ini akan alunkan bacaan Al Quran. Anak-anak layan je.

Selain latihan intensif kendiri di dalam kenderaan, Sofizah juga berguru dengan Ustaz Anwar Ghazali dan Ustaz Yahya Haji Daud.

Johan dengan markah 89.66 meninggalkan Singapura di tangga kedua dan Indonesia di tangga ketiga.

Bila ditanya apa tips dalam taranum ni, Sofizah beritahu, โ€œ Cintai Al Quran, sentiasa jadikan Al Quran itu sebagai kitab panduan utama. Percaya bahawa setiap huruf yang kita baca itu, Allah kurniakan pahala. Allah juga akan kurniakan ketenangan dalam kehidupanโ€ฆ โ€œ

Innalillahi wa innailaihi raji'un. Sheikh Yusuf Qardawi meninggal dunia pada usia 96 tahun.Semoga Allah merahmati beliau...
26/09/2022

Innalillahi wa innailaihi raji'un.

Sheikh Yusuf Qardawi meninggal dunia pada usia 96 tahun.

Semoga Allah merahmati beliau.

Mengampuni segala dosa dan khilaf beliau.

Menempatkan beliau dalam syurga firdaus.
Aamiin.

Hilang lagi seorang ulama' besar dunia..

24/08/2022

E-KELAS Pengenalan Ilmu Tajwid
Kaji dan Mengaji Bait-bait Syair dari
Kitab Matn Al-Muqaddimah Al-Jazariyyah.

Oleh:
Ustaz Md Saifullah Nik Abdullah
Pakar Qiraat 10 dan Tajwid

Setiap Hari Rabu
Jam 9mlm - 10mlm

Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/2052626682...
Meeting ID: 205 262 6682
Passcode: Matan

Zoom is the leader in modern enterprise video communications, with an easy, reliable cloud platform for video and audio conferencing, chat, and webinars across mobile, desktop, and room systems. Zoom Rooms is the original software-based conference room solution used around the world in board, confer...

Address

PT 3093 T/A, Jalan PASIR PUTEH KG LEPAR LIMBAT
Kota Bharu
16150

Opening Hours

Monday 21:30 - 17:00
Tuesday 19:00 - 21:30
Wednesday 21:00 - 21:30
Friday 08:30 - 13:00
Saturday 09:30 - 14:00
Sunday 21:00 - 21:30

Telephone

+60139606359

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Biuti Al-Quroon. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share