Mika & Sofea Northern Ireland

Mika & Sofea Northern Ireland 💛 Kehidupan Mika & Sofea di Northern Ireland 🇬🇧

Journey mika ( speech delay) dari umur 4 tahun start therapy di UK skrg dah 7 tahun.

Topi Krispy Kreme wajib pakai. 😆🍩Muka masing-masing dah nampak siapa paling enjoy makan donut hari ni. ❤️
09/07/2026

Topi Krispy Kreme wajib pakai. 😆🍩

Muka masing-masing dah nampak siapa paling enjoy makan donut hari ni. ❤️

09/07/2026

Hari ni antara pengalaman yang tak boleh saya lupa di Belfast. Mika jatuh tangga dan tangan dia terseliuh.

Kami terus bawa dia ke Emergency. Alhamdulillah rawatan cepat dan doktor kata X-ray setakat ni nampak tiada apa yang serius. Tangan dia dicasting dulu sementara tunggu pemeriksaan semula minggu depan.

Yang paling saya kagum, Mika langsung tak menangis. Kecil-kecil tapi berani sungguh.

Membesarkan anak di perantauan memang ada s**a dan duka. Ada hari yang buat kita ketawa, ada juga hari yang buat kita risau sangat. Tapi semuanya jadi kenangan yang kami simpan bersama. ❤️

06/07/2026

Hari ni Mika pergi Summer Camp dekat St Bride's Primary School.

Dekat Belfast, cuti sekolah biasanya bermula pada bulan Julai hingga Ogos.

Sepanjang cuti ni, ada banyak Summer Camp yang dianjurkan untuk kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti menarik.

Antara aktiviti yang Mika buat hari ni ialah craft, berkebun, s**an dan macam-macam lagi.

Yang saya s**a, budak-budak bukan sekadar bermain, tapi mereka belajar benda baru, berkawan dan kekal aktif sepanjang cuti sekolah.

Jadi walaupun sekolah bercuti, mereka masih ada rutin dan aktiviti yang bermanfaat.

Bagi saya, program macam ni memang bagus. Anak-anak dapat berseronok, ibu bapa pun tak risau mereka hanya duduk di rumah menghadap skrin sepanjang hari.

06/07/2026

Summer + cuaca cantik = jalan-jalan dengan Mika & Sofea 🌼

03/07/2026

Hari ni kami jalan-jalan dekat Victoria Square, Belfast.

Mula-mula saya pun pelik juga, kenapa mall dekat sini banyak kawasan terbuka?

Rupanya sebab cuaca dekat sini memang sejuk, jadi tak perlu pasang aircond macam dekat Malaysia.

Best juga konsep dia.

Sambil jalan-jalan, boleh hirup udara segar sekali.

Kalau dekat Malaysia, rasanya lima minit dah berpeluh. 😂

Sebab tu bila datang sini, banyak benda yang nampak biasa bagi orang sini, tapi menarik bagi kita orang Malaysia.

Hari yang cerah di Northern Ireland ❤️ Suhu: 15°c, panas yang kering tak seperti malaysia panas humid 🥵 Mika & Sofea sta...
03/07/2026

Hari yang cerah di Northern Ireland ❤️

Suhu: 15°c, panas yang kering tak seperti malaysia panas humid 🥵

Mika & Sofea start bersin. Smoga dijauhkan dari segala penyakit. Aminn

25/06/2026

Sofea ❤️

25/06/2026

Rupanya snow ni macam main hujan je.

Mika biasa main hujan kat kampung, Excited dapat main snow pulak

20/06/2026

Rupanya duit Budapest, Hungary lagi murah dari duit malaysia. Kenapa tak ramai orang Malaysia datang melancong sini ya?

Address

Pengkalan Chepa
Belfast

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mika & Sofea Northern Ireland posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share