27/05/2025
Soalan Pusaka harini
Assalamualaikum sy nk tnya klu Ayah meninggal..rumah nama arwah Ayah dgn mak di dlm geran..mak nk jual rumah tu tp kna tukar nama dlm geran tu kpd nama mak..adakah rumah itu hak mak atau perlu di faraid?waris mak, ank lelaki 2 org perempuan 2 org..
Bolehkah rumah itu dijual?
Boleh, tetapi:
Perlu dapat persetujuan semua waris Faraid.
Waris boleh menandatangani borang penolakan hak (surat ikrar) jika ingin beri semua kepada ibu.
Baru geran boleh ditukar kepada nama ibu sahaja
dan dijual secara sah.
Katakan rumah bernilai RM500,000 dan bahagian si suami adalah 50% = RM250,000. Maka, hanya bahagian RM250,000 ini yang difaraidkan.
Waris yang layak :
Isteri (masih hidup)
2 anak lelaki
2 anak perempuan
Agihan mengikut Faraid:
Isteri: 1/8 daripada RM250,000 = RM31,250
Anak lelaki: baki diagih dengan nisbah 2:1 berbanding anak perempuan
Baki selepas isteri = RM218,750
Anak lelaki 2 = 2+2 = 4 bahagian
Anak perempuan 2 = 1+1 = 2 bahagian
Jumlah bahagian = 6
Setiap:
Anak lelaki dapat 2/6 x RM218,750 = RM72,916.67
Anak perempuan dapat 1/6 x RM218,750 = RM36,458.33
Bahagian arwah suami dalam rumah tetap dikira harta pusaka dan perlu difaraidkan. Si isteri tidak boleh tukar nama rumah atau jual tanpa persetujuan waris yang layak. Namun, waris boleh beri persetujuan secara rasmi jika setuju beri hak kepada ibu.