09/11/2014
CONTOH SOALAN YG BIASA DITANYA MENEGENAI PRUBSN:-
1) Kalau dah isi borang dan signup dengan pruBSN, mcmmana nak tahu kita dah aktif atau tidak?
Bila polisi pelanggan sudah aktif, setiap agen akan mendapat mesej dari prudential yang mengatakan nama pelanggan sekian-sekian sudah aktif jadi agen bertanggungjawab untuk memberitahu client yang medical card mereka sudah boleh digunakan even polisi masih belum diterima.
2) Simpanan bawah pruBSN ada tarikh matang tak?
Tiada. Simpanan boleh dikeluarkan bila2 masa sahaja tetapi kena tinggalkan RM500 paling minimum di dalam bank takaful. Selalunya wani estimate, nak tunggu duit simpanan dalam bank takaful mencukupi untuk dikeluarkan selalunya selepas tahun ke-3 atau ke-4. Benda ni tertakluk kepada polisi yang diberikan.
3) Senang tak nak buat claim bawah pruBSN Takaful?
Once kalau eksiden ke masuk wad ke, pelanggan perlu mendapatkan medical report dari doktor dan resit bayaran dari hospital untuk rujukan pihak pruBSN Takaful. Agen akan melengkapkan borang claim dan menyelitkan report doktor dan bil bayaran untuk claim. Proses claim ambil masa paling lama sebulan. Report doktor p**a ambil masa 2 minggu ke satu bulan. Kalau medical report yang diberikan lengkap, insyaAllah claim takkan mengalami masalah. Tapi yang paling penting mesti admitted! Kalau pesakit luar, medical card xboleh digunakan.
4) Bila eksiden atau masuk wad, macammana nak pakai medical card pruBSN?
Once doktor cakap kena masuk wad even kat hospital kerajaan, mintak dorg hantar ke hospital panel bwh pruBSN, tunjuk medical card tu pada nurse atau staf hospital dan hospital panel akan tahu apa nak buat. Bil bayaran akan pruBSN bayar tertakluk kepada syarat2 ko-takaful iaitu 10% bil bayaran akan dibayar oleh pelanggan sendiri. Ko-takaful pruBSN adalah antara RM300-RM1000. Contohnya: bil bayaran sebanyak RM8000, pelanggan hanya perlu membayar RM800 sahaja. Sekiranya bil bayaran sebanyak RM30,000 pastinya pelanggan akan fikir mereka kena bayar 10% dari total bayaran iaitu sebanyak RM3000. Jangan risau! Disebabkan syarat ko-takaful adalah antara RM300-RM1000, pelanggan hanya perlu membayar yang paling maximum sahaja iaitu RM1000. pruBSN akan tanggung RM2000 lagi. Menarik bukan?
Sekiranya pelanggan mempunyai insurans yang ditanggung oleh kompeni, mereka boleh menggunakan kad medical bawah kompeni dulu. Itu tertakluk kepada polisi sekiranya mereka memilih deduction dan bukan ko-takaful. Deduction sesuai pada pelanggan yang mempunyai kaver insurans kompeni. Kalau kompeni hanya kaver RM8,000 setahun dan bil bayaran melebihi had tanggungan, pelanggan boleh menggunakan medical card pruBSN (pastikan hospital tersebut adalah hospital panel) untuk penolakkan baki bayaran tersebut. Sangat menarik tak?
5) Apa maksud moto "anda sihat kami bagi ganjaran, anda sakit kami lindungi"?
PruBSN mempunyai banyak ganjaran contohnya boleh refer pada link ni Takaful Link Series.
Selain itu, kami juga ada bonus mengikut pada caruman bulanan sekiranya pelanggan tidak claim apa2 dalam setahun tersebut. Bonus tersebut akan masuk dalam simpanan. Pelanggan juga layak untuk mendapat elaun harian sekiranya masuk wad.
6) Sekiranya pasangan mengalami kemalangan, bolehkah menggunakan medical card pasangannya?
Tertakluk kepada polisi yang mereka ambil samada family takaful ataupun persendirian. Kalau persendirian seperti Takaful Link Series, pelanggan tidak boleh menggunakan medical card mereka untuk pasangan mereka.
7) Saya mempunyai penyakit, bolehkah saya apply medical card?
Tidak boleh.
8) Saya pernah masuk wad disebabkan kemalangan sebelum mengambil insurans. Adakah saya layak untuk apply medical card?
Bergantung kepada jenis kemalangan dan report doktor. Sekiranya tidak menyebabkan penyakit, boleh apply tetapi harus nyatakan kepada agen dgn lebih lengkap.Kalau ada report doktor lagi elok.
9) Incase kalau agen tak dapat dihubungi, apa harus saya buat?
Sekiranya polisi anda masih aktif dan tidak pernah lapse, anda masih boleh gunakan medical card tersebut. Untuk claim, pelanggan kena refer pada polisi mereka dulu dan pergi ke pejabat PruBSN Takaful atau telefon ke nombor ni 03-20537188/1188 untuk maklumat lanjut.
10) Kalau lepas tempoh tamat (dah jangkau umur 70 tahun/80 tahun) sekiranya saya tak claim apa-apa, boleh dapatkan balik tak jumlah duit caruman selama ni?
Sekiranya tidak claim apa-apa selepas tarikh tamat, anda hanya akan dapat duit simpanan sahaja.