Travel to Thailand and Asia

Travel to Thailand and Asia MALAYSIA,THAILAND, INDONESIA, EUROPE,

3rd day XPDC PULAU REDANGMalam tadi tidur pukul 2 pagi. Bangun 2.30 pagi.. X tahan nyamuk dengan panas. Punya la banyak ...
04/06/2026

3rd day
XPDC PULAU REDANG

Malam tadi tidur pukul 2 pagi. Bangun 2.30 pagi.. X tahan nyamuk dengan panas. Punya la banyak nyamuk. Angin lansung xde..
Aku 3 pagi g mandi. Sejuklah badan sikit.
Berjaga sampai azan subuh. Solat subuh bila waktu dah masuk.

Cadangnya oagi ni nak berenang 3000meter.
Tapi x jadi. Bahaya sebab aku x tidur. Dibuatnya kejang tengah tengah laut. Hanyut sampai Vietnam sudahnya nanti. Huhu..

Pukul 730 pagi sarapan telur separuh masak 2 biji. Kemas kemas barang semua. Leraikan khemah . Mandi lagi sebab berpeluh peluh. 1030 pagi transport datang jemput untuk lepak lepak kat Teratak Pak Jusoh .

Lama x sembang dengan Pak Jusoh dan Mak.
Rezeki dihidang buah mangga epal mekar. Sedap weh. Manis je. Huhu..

Pukul 1230 bergerak ke jeti. Nak balik dahh. Lagi 3 minggu kita jumpa lagi Pulau Redang.

NikOrganiser
01137400700

2nd Day2 Jun 20261430 berhimpun di Pantai Teluk Dalam. 1500Bergerak masuk ke hutan bersama sama group TPJ untuk Taging t...
03/06/2026

2nd Day
2 Jun 2026

1430
berhimpun di Pantai Teluk Dalam.

1500
Bergerak masuk ke hutan bersama sama group TPJ untuk Taging trek.

Perjalanan kakau jalan secara Santai memakan masa 2 jam pergi balik.

Trek yang dibuat berjarak 7km Offroad dengan sedikit cabaran naik turun bukit. (Sedikit jeee.Huhu. )

Kalau mengikut bacaan T Rex aku ni hanya 12000 langkah sahaja.. Hehe.

Sampai di Long Beach lepak di spot Mamat Nazri . Terima kasih atas layanan. Rasa tanakal balik dapat lepak kat situ. Tak perasan jam dah pukul 6 petang. Dah dah, jom balik...

1800 treking pulang ke base ikut laluan yang di taging tadi. Hutan gelap weii.. Terpaksa la speedy sikit masa balik. Cabaran pada aku yang sado ni. Hahahaha....

Sampai base dalam masa 35 minit
Boleh tahan berlari tadi. Haha..

Mandi dan solat magrib.

Tengok jam. Boleh tahan aktiviti hari ni..
Pqgi berenang then sambung island hoping kemudian smabung Jungle Treking. 2500 kalori aku dibakar hari ni..

Chef Raja Salmi kata tak apa. Malam ni makan nasi Sup Kerapu Pisang, Daging Goreng dan Telur dadar ulaman dan budu.. Perghhhh.. Hahaha.. Habis diet aku weii...

NikOrganiser
01137400700

2nd DayPenyelarasan kerja untuk Program pelajar UKM5.30 Bangun mandi dan solat subuh, 6 30 pagi sarapan telur separuh ma...
03/06/2026

2nd Day
Penyelarasan kerja untuk Program pelajar UKM

5.30 Bangun mandi dan solat subuh,
6 30 pagi sarapan telur separuh masak 3 biji.
7.00 Pagi aku seperri biasa, warmup dahulu berenang 2500 meter ke Laut.. (Nak jadi Organiser stamina kena padu broπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚)

9.00 pagi tetiba sahabat Redang Teratak Pak Jusoh datang jemput. Suruh kami join trip santai dorang dengan custemer. Cadangnya nak rest je kejap. Bot beliau datang jemput kami dan kami terjun je spot spot yang dorang pergi. Sambil Perhatikan keselamatan peserta dorang .(Kami semua adalah lifeguard dan jurulatih bertauliah, bukan cap cap ayam).. Huhu..

Pukul 2.30 XPDC masuk hutan pulak.

NikOrganiser
01137400700

Tamat sudah  aktiviti di Pulau Redang, XPDC selama 3 hari demi menyelesaikan beberapa aturan dan persiapan program pelaj...
03/06/2026

Tamat sudah aktiviti di Pulau Redang, XPDC selama 3 hari demi menyelesaikan beberapa aturan dan persiapan program pelajar Ijazah Tahun Akhir Fakulti Pengajian Islam Alquran Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia 24 - 28 Jun 2026 ni..

1st day
Transit semalaman di Surau Dana Kita penarik,
Bermalam disitu, Bangun Solat subuh berjemaah bila bilal dan Imam dah sampai..
7.00 pagi sarapan di Rumah Otai Saha Zakaria . Terima kasih kerana sentiasa menyambut dan melayani ambo.

10.00 pagi berada di Al Ameen Jetty untuk masuk ke Pulau Redang.
10.30 sampai di Jeti Kampung Pulau Redang. Tunggu bot transit datang jemput untuk ke Bob Redang Camp Site yang sedang dalam fasa pembinaan. Lokasi di Teluk Rotan.

Sampai di sana,
Kelihatan tandas yang sedang di bina sudah 90β„… siap. Memang padu gila tempat ni. Privasi sangat. Paling best betul betul mengadap Pulau Lang Tengah dan paling padu ialah satu satunya spot Sunset di Pulau Redang.. Perghh..

bersama King Pulau Redang Bob Pulau Bob dan Komando Zamri Mat Eil menyambut ketibaan kami huhu.. Cadangan untuk singgah dan bertanya khabar nampaknya menjurus ke arah melepak sampai gelap. Haha..

Chef aku Raja Salmi pulak jadi rajin tiba tiba bila. Tengok ikan fresh dalam tong.. Huhu.. Pakej Makan Tengahari sekali la nampaknya..
Menu padu woo...

Lepas makan makan sikit aku dan team terjun ke laut. Tak tahan wei tengok air yg menghijau dan coral coral yang sangat indah. Maklumlah kawasan dara yang tidak terusik lagi..

Matahari dah terbenam, kami terus bergerak ke Base Pantai Teluk dalam untuk pasang lhemah di sana.Naik bot dalam gelap la ni..
Malam ni aktiviti santai2 je. Esok awal awal pagi dah kena laksanakan tugas..

Pukul 11.30 malam tidurrrr.....

NikOrganiser
01137400700

3-6 mei 2025Berakhir sudah MSSK Renang Negeri Kelantan... Nak support atlit sendiri x boleh sebab aku pegawai kejohanan....
07/05/2026

3-6 mei 2025
Berakhir sudah MSSK Renang Negeri Kelantan...
Nak support atlit sendiri x boleh sebab aku pegawai kejohanan...
Tahan perasaan macam tu aje lah bila tengok dorang bertarung.. Huhu...

Tamat program ambil gambar sebagai kenangan.. Tahniah kerana berjaya naik podium..
Penat jerih seribu musim. Harap mok ayoh beraso bangga..
Anak yang hebat lahir dari sokongan ibu bapa yang hebat..

Tahniah semua..
Jumpa lagi di lapangan latihan minggu depan..
Boleh dah aku fokus siapkan proposal program pelajar2 tahun akhir budak budak U..

Bulan Jun ni ada 3 program..
1 di Pulau Redang, 2 di Taman Negara.... Zassss..

NikOrganiser
01137400700

Alhamdulillah..semalam dapat berita yang mengembirakan. Tahniah kepada darwish kerana berjaya lulus ujian air.. Dia ni b...
05/05/2026

Alhamdulillah..semalam dapat berita yang mengembirakan.
Tahniah kepada darwish kerana berjaya lulus ujian air..
Dia ni budak ALAM (AKADEMI LAUT MALAYSIA) tapi belajar bahagian engineering..
Dah tamat dah pun. Tapi untuk dia aply dimana mana x boleh sebab sangkut kat ujian air.. Boleh tahan jugak method ujian dia.
2 kali dia test gagal..
Last last mak sedara dia datang jumpa minta tolong ..
Masa hanya ada sebulan je untuk dia ulangi ujian ni.. Test kat Melaka..

Dalam sebulan sempatlah 7 kali hadir kelas intensif..

Semalam dia g test.. Alhamdulillah lulus akhirnya.. Hanya 2 orang sahaja yang lulus dalam ujian semalam.. Tahniah kepada Darwish.. Dia janji nak bagi baju ALAM sehelai tanda kenangan dan terima kasih..

Huhu.. Semoga terus maju dalam kerjaya.. X tahu la pelantar mana dia kena g lepas ni..

NikOrganiser
01137400700

Bertugas dari pagi sampai ke tengahari di kejohanan MSSK.. Fokus.. Sampai nak bergambar dengan atlit sendiri pun x sempa...
05/05/2026

Bertugas dari pagi sampai ke tengahari di kejohanan MSSK..
Fokus.. Sampai nak bergambar dengan atlit sendiri pun x sempat..
tak apa lah.. Ambo sentiasa doakan terus maju jaya..
Penat Jerih seribu musim. Harap mak ayah berasa bangga...
TAHNIAH RIZQIN.
Esok kita tengok adik dia kembar pulak macamana.

Usai tugas di Komplek akuatik Sultan Yahya hari ni.
Petang ni sambung kelas renang pulak.. Ada seorang brader ni dah level pegawai.. Kena naik pangkat lago ke pegawai di bahagian maritim...
Ada ujian air katanya.. Tak lulus x boleh naik pangkat..

Jeng kawe mikir.

Xpe lah..Kita teruskan membantu sekadar yang mampu..

NikOrganiser
01137400700

Back to daily routineBila siang sebelah petang, kembali bertugas sebagai jurulatih.. Instructor renang.. Begitulah setia...
08/04/2026

Back to daily routine

Bila siang sebelah petang, kembali bertugas sebagai jurulatih.. Instructor renang.. Begitulah setiap hari, tapi tahun banyak trip aku kena organsise ni....

Untuk event atau trip , aku buat kerja sebelah malam.. Kadang sampai subuh buat kerja..

Kali ni nak cerita pasal ni..

Aku Ada 2 orang pemuda remaja tengah belajar kemahiran renang membawa beban dan suvivor.. Seorang tu nama Darwish.dia enggineer di AKADEMI LAUT MALAYSIA baru tamat belajar, aku ada masa sebulan untuk latih dia timba sebanyak mungkin kemahiran dan ilmu. Sebab dia kena final test di air bulan MEI nanti..

Yang seorang lagi tu, Budak NAVI, nak ambil PASKAL.nama dia E.Pan. Selain memantapkan Endurance. E. Pan ni juga sedang belajar beberapa teknik menyelam , junaman, tahan nafas dan lain lain.. Slide and glide under water, macam macam la dia nak belajar. Aku pun bukan pandai sangat..ilmu pun hujung hujung kuku je..

Terima kasih kerana percaya pada saya yang x pandai ni..

Dorang cakap. Nanti dorang akan hadiahkan aku sehelai Baju dari pusat latihan masing masing... Aku senyum je.. Sorang tu muka macam hero filem PASKAL dah.

NikOrganiser
01137400700

Selesai sudah berkampung selama 2 hari di Terengganu... IJTIMA ANTARABANGSA dan HIMPUNAN ALAM. MELAYU kali ke -5Satu keb...
08/04/2026

Selesai sudah berkampung selama 2 hari di Terengganu...
IJTIMA ANTARABANGSA dan HIMPUNAN ALAM. MELAYU kali ke -5

Satu kebanggaan dan sayu dapat bertemu dengan wakil Rumpun Melayu di seluruh dunia...

Bayangkan, Wakil dari Sri Langka pun berucap dalam bahasa melayu.. Fuhh..

Insyaallah.. Kami akan sertai lagi dengan jumlah rombongan yang lebih besar dari Kelantan dan Pattani... Insyaallah.

NikOrganiser
01137400700

20/03/2026

Cara mudah nak bersihkan semak samun..

Xdok nyakit cari nyakit

Address

Kota Bharu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Travel to Thailand and Asia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Travel to Thailand and Asia:

Share