Kelana Home2stay

Kelana Home2stay Menawarkan rumah untuk disewa sebagai persinggahan anda yang berkunjung ke Kota Kinabalu. Dilengkapi dengan keperluan asas. Makna persinggahan sebenar.

10/10/2021

Select multiple PDF files and merge them in seconds. Merge & combine PDF files online, easily and free.

Hah! Cepat sahaja masa berlalu. Kini kita sudah memasuki bulan ketiga di tahun 2018. Bagaimana dengan cerita 'travel' an...
01/03/2018

Hah! Cepat sahaja masa berlalu. Kini kita sudah memasuki bulan ketiga di tahun 2018. Bagaimana dengan cerita 'travel' anda setakat ini? Semoga penuh pengalaman, cerita, pengajaran yang bisa menjadi ingatan :)

Ini adalah catatan perjalanan semasa saya mendaki Gunung Semeru di Provinsi Jawa Timur pada bulan Oktober tahun lepas. Sungguh. Ia telah menjadi antara kenangan terindah (dan yang paling menggusarkan) sepanjang saya 'traveling' sehingga kini.

Selamat datang, Mac! :)

Keindahan alam semula jadi yang terdapat di negara jiran cukup menakjubkan. Pesona Indonesia yang terbit daripada aneka ragam alam dan budaya, kemudian berpadu bersama masyarakatnya [...]

Whenever you lose your flow, get up and go for a walk. The journey of a thousand miles, begins with a single step :)(Buk...
21/02/2018

Whenever you lose your flow, get up and go for a walk.

The journey of a thousand miles, begins with a single step :)

(Bukit Sepanggar adalah lebih kurang 15 minit pemanduan daripada Kelana-Home-To-Stay)

Seronok rasanya bila kembali semula ke Kelana-Home-To-Stay dan melihat tetamu meninggalkan rumah dengan suasana ''sedap-...
12/02/2018

Seronok rasanya bila kembali semula ke Kelana-Home-To-Stay dan melihat tetamu meninggalkan rumah dengan suasana ''sedap-mata-memandang''. Kemas dan rapi.

Terima kasih kepada semua tetamu yang berkunjung ke sini dan menjadikan Kelana sebagai tempat persinggahan apabila berada di Kota Kinabalu. Saya juga begitu.

Apabila berada di hotel penginapan mahupun mana-mana 'homestay', saya pastikan tinggalan saya itu berada dalam keadaan kemas. Termasuklah, bila selesai menjamah makanan di restoran segera. Sisa makanan dibuang ke dalam ruangan yang telah disediakan.

Tapi,tidaklah wajib untuk tetamu-tetamu saya di Kelana-Home-To-Stay :) Saya sentiasa menerima seadanya. Kalian hanya perlu beristirahat apabila berada di Kelana-Home-To-Stay!

Minggu lepas, Kelana telah menerima tetamu sekeluarga daripada Tawau. Ada urusan yang mahu diselesaikan di Kota Kinabalu. Sebelum mereka, tetamu yang paling jauh datangnya telah menginap di sini.

Malah, paling lama juga menginap. Beliau dan rakannya datang daripada UK. Betah juga 'orang Puteh' itu menginap hampir dua minggu lamanya sehingga ke penghujung Januari yang lepas.

Apapun,
sekiranyalah kalian memerlukan tempat penginapan apabila berada di Kota Kinabalu, mungkin kalian boleh menjadikan Kelana-Home-To-Stay sebagai rumah penginapan untuk makna persinggahan sebenar :)

Salam hormat.
Abdul Razzaq Bakri
www.wasap.my/60138530988

Ting Tong!"Housekeeping" :)Semenjak minggu yang lepas, Kelana-Home-To-Stay, dikunjungi oleh tetamu bersilih ganti.  Ada ...
15/11/2017

Ting Tong!
"Housekeeping"
:)

Semenjak minggu yang lepas, Kelana-Home-To-Stay, dikunjungi oleh tetamu bersilih ganti. Ada yang datang untuk bercuti di Kota Kinabalu, dan ada p**a yang datang sempena konvokesyen di Universiti Malaysia Sabah yang bermula pada minggu ini. Hari ini, insyaAllah ada lagi sebuah keluarga yang akan menginap di sini.

Apapun, semoga kalian yang bermalam di Kelana, berasa selesa, senang hati dan kenangan sepanjang berada di Kota Kinabalu, sentiasa terpahat di sanubari. Bandaraya Alam Semulajadi ini, sentiasa menawarkan pemandangan alam yang indah, pasir memutih di p**au-p**au sekitar, juga tidak ketinggalan untuk menikmati makanan laut yang segar pada harga yang berpatutan.

Diharapkan, Kelana-Home-To-Stay menjadi tempat istirahat melepas lelah setelah hari kalian yang panjang.

Salam hormat,
Abdul Razzaq Bakri
+60138530988
Kelana-Home-To-Stay
www.facebook.com/KelanaHome2Stay

Makna persinggahan sebenar!

:)

Hai rakan-rakan  .Pautan di bawah mungkin boleh menjadi panduan kalian untuk mendapatkan tiket yang lebih murah . Sebab ...
17/08/2017

Hai rakan-rakan .
Pautan di bawah mungkin boleh menjadi panduan kalian untuk mendapatkan tiket yang lebih murah . Sebab saya juga selalu mendapatkan tiket penerbangan yang murah :)

Baca!
:)

'All The Flight Deals' - Rahsia Baharu Setiap Pemburu Tiket Penerbangan Murah Wajib Tahu. Kenali Juga Istilah OTA, Metasearch Engines, Dan Fare Aggregator.

Assalamualaikum & selamat petang, rakan-rakan  .Bagaimana dengan hari anda? Kelmarin, hujan berterusan sahaja di Kota Ki...
15/08/2017

Assalamualaikum & selamat petang, rakan-rakan .
Bagaimana dengan hari anda?
Kelmarin, hujan berterusan sahaja di Kota Kinabalu sedari tengah hari sehingga ke malam. Ada beberapa kawasan dan jalan yang telah dinaiki air.

Pun demikian, syabas kepada pihak berwajib juga Bilik Gerakan Bencana Alam DBKK yang telah beroperasi semenjak pukul 5 petang kelmarin. Walau di mana kalian berada, sentiasa berwaspada demi keselamatan diri dan orang lain.

Apapun, cuaca hari ini sungguh baik. Sekadar gerimis menitik-nitik, kemudian berhenti. Mentari masih sirna menyebar cahayanya, dengan angin bertiup-tiup lembut. Terasa nikmat yang indah bila kita masih bisa merasa :)

Juga, hari ini merupakan Hari Kemerdekaan ke-70 bagi negara India. Saya kepilkan bersama gambar-gambar kenangan semasa saya dan rakan berkelana di India.

Jai Hind!

Semoga hari yang terbaik untuk kita semua!
Abdul Razzaq Bin Bakri,
Kelana-Home-To-Stay
+6013-8530988

Makna persinggahan sebenar :)

Assalamualaikum & selamat malam rakan  . Moga hujung minggu yang terbaik untuk semua. Selain daripada memperkenalkan Kel...
12/08/2017

Assalamualaikum & selamat malam rakan .
Moga hujung minggu yang terbaik untuk semua. Selain daripada memperkenalkan Kelana-Home-To-Stay kepada orang ramai, juga memuat naik apa-apa info yang berkaitan dengan Kota Kinabalu secara khusus dan Sabah amnya, saya juga akan berkongsi dengan catatan perkelanaan saya sebelum ini. Sebelum ini, saya pernah berkongsi catatan umrah DIY yang saya dan rakan-rakan lakukan pada awal tahun ini. Kalau ada yang terlepas dan ingin membacanya, boleh 'scrolling' ke bawah untuk 'post' yang lepas. Sharing-kan is caring 😘. Lagipun,saya juga seorang penjalan. Seperti kalian juga :)

Selamat beristirahat,
Abdul Razzaq Bakri
+6013-8530988

"Setelah menjamah makan malam; sepinggan nasi putih yang berlaukkan udang dan air kelapa pada harga ~RM50 seorang, kami berdua meneruskan aktiviti malam dengan berjalan di sepanjang persisiran pantai sebelum p**ang ke hotel penginapan. Agak mahal juga harga untuk sepinggan makan malam, tetapi mungkin kerana kedudukannya agak 'eksklusif' di Pantai Boracay yang terkenal, juga lagu-lagu yang mendamaikan terpasang semasa menjamu makanan, mungkin faktor dikira sebagai harga patut. Lagi-lagi, restoran itu antara restoran yang ada tanda 'Halal IDCP' (Islamic Da'wah Council of The Philippines).

Suasana malam itu meriah. Sensasi dengan bunyi deburan ombak dan bau bayu laut yang bertiup. Muzik. Persembahan 'tarian api'. 'Live band'. Lampu-lampu. Pasir-pasir yang diukir. Gerai-gerai menjual cenderakenangan.

Pada sebelah siang sebelum itu, kami sudah berjalan di dasar lautan sedalam 15meter menggunakan 'helmet' yang terisi oksigen; melihat-lihat ikan-ikan kecil yang berwarna-warni. Kemudian, menyaksikan matahari terbenam jauh daripada kawasan pantai menggunakan bot tradisi, "barangay".

Malam itu perlu lebih santai setelah melalui hari yang panjang. Kelihatan persembahan tarian oleh staf yang bertugas di bahagian dapur salah sebuah resort di situ memukau para pengunjung yang bertandang"

Jadi selepas 'hiking' tadi pagi, saya dan rakan pergilah menjamah sarapan. Sepinggan Nasi Kuning dan Mee Tauhu untuk kam...
10/08/2017

Jadi selepas 'hiking' tadi pagi, saya dan rakan pergilah menjamah sarapan. Sepinggan Nasi Kuning dan Mee Tauhu untuk kami berdua. Saya tidak tahu kalaulah kedua-dua makanan ini ada di Semenanjung (ataupun tempat lain selain di Sabah:). Cumanya, saya mencadangkan supaya bila kalian datang bertandang ke Sabah, sekali-sekali cubalah Nasi Kuning. Nasi yang ditanak bersama kunyit untuk warnanya dan santan kelapa untuk menambah sedikit rasa lemaknya. Kemudian, dihidang p**a bersama ikan kayu (ikan tongkol) yang ditumis bersama sambal lada. Boleh jadi Nasi Kuning juga bisa berlaukkan ayam (masak merah atau kurma). Kalau ditanya kepada saya, sudah pasti saya memilih Nasi Kuning sebagai sarapan pagi :)

Bagi penggemar koleksi 'Hard Rock', jangan ketinggalan untuk mencari koleksi kalian di Kota Kinabalu. Juga, tidak sah ka...
07/08/2017

Bagi penggemar koleksi 'Hard Rock', jangan ketinggalan untuk mencari koleksi kalian di Kota Kinabalu. Juga, tidak sah kalau tidak menjamah makanan laut apabila berada di sini. Jangan tertinggal untuk kedua-duanya. Gambar makanan dulu atau baca doa dulu? Atau doa,gambar, kemudian gambar?

Selamat beristirahat! :)

Best rasanya bila menerima mesej masuk bertanyakan Kelana. Iyalah, saya dan rakan berusaha seupayanya memberikan keseles...
02/08/2017

Best rasanya bila menerima mesej masuk bertanyakan Kelana. Iyalah, saya dan rakan berusaha seupayanya memberikan keselesaan untuk mereka menginap. Kalau saya pun traveling, harga yang menarik dan keselesaan untuk menginap menjadi kayu ukur untuk bermalam. Tapi,terkadang adalah juga pernah tidur di bangku panjang di lapangan terbang Shanghai,dek kerana tiket keretapi laju ke Beijing penuh. Hah!

Anyway, menarik juga bila ada yang bertanyakan Kelana untuk tahun depan. Lama sungguh tempohnya. Minggu lepas p**a, dua jam sebelum mahu masuk, baru ditempah. Macam 'walk-in'. Saya yang memecut dari bandar ke Kelana. Syukur,selesai semuanya.
Ini p**a , tempahan mahu dibuat pada bulan November. Setakat ini, November sudah menarik beberapa orang tamu. Ada cuti umum,eh?

For those who wants to experience with Kelana-Home-To-Stay, let me know earlier-lah. So,I can block the date for you. Macam tuh.
Thanks for the trust. Thanks to rakan Kelana.
Nampak tuh, ada extra beds lagi for the guests:)

Selamat berehat!
Kelana-Home-To-Stay
Makna persinggahan sebenar.😘
www.facebook.com/KelanaHome2Stay
+60138530988

The beauty of KK City :)Pagi- pagi,boleh ber-jogging di laluan trek Tanjung Lipat. Menghirup udara segar sambil mendenga...
31/07/2017

The beauty of KK City :)

Pagi- pagi,boleh ber-jogging di laluan trek Tanjung Lipat. Menghirup udara segar sambil mendengar deburan ombak :)

Address

Kota Kinabalu
88000

Telephone

+6013-8530988

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelana Home2stay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share