01/11/2022
Perkongsian Dari Dr Azizul Azli Ahmad
Antara sebab kenapa ASB Financing Islamic (ASBFi) masih menjadi pilihan terbaik untuk simpanan terutamanya untuk orang muda.
1. Pulangan lebih baik berbanding ASB simpanan biasa.
Jika kita menyimpan RM427.32 dalam akaun simpanan ASB biasa secara tunai, hasil yang kita peroleh selepas 5 tahun ialah :
- Simpanan terkumpul = RM25,638.94
- Dividend terkumpul (5.5%) = RM3,766.73
- Jumlah keseluruhan = RM29,405.67
Tetapi dengan budget yang sama, kita boleh apply ASBFi RM100k dengan tempoh pembiayaan 40 tahun, bayaran bulanan RM427.32. Terminate ASBFi ini selepas 5 tahun dan ini adalah hasilnya :
- Surrender value= RM5,422.78
- Dividend terkumpul (5.5%) = RM30,696
- Jumlah keseluruhan = RM36,118.78
kita dapat lebih RM6,713.11 dengan ASBFi berbanding ASB simpanan biasa.
2. Cipta rekod CCRIS. Kalau kita tidak pernah ada sebarang rekod pinjaman, agak sukar untuk bank meluluskan pinjaman yang lebih besar seperti pinjaman rumah.
Jadi dengan rekod bayaran ASB Financing yang baik, ianya dapat membantu untuk meningkatkan 'credit scoring' untuk memohon pinjaman rumah kelak.
3. Konsep ' Forced Savingsβ yang membantu kita menyimpan dengan lebih berdisiplin. Dengan ASB financing, kita tiada pilihan untuk tidak menyimpan kerana setiap bulan kita wajib bayar installment ASB financing kepada bank.
Dengan erti kata lain, jika kita tidak menyimpan melalui platform sebegini, kita masih ada pilihan untuk tidak menyimpan dan mungkin menyebabkan diri kita untuk menjadi boros. Sudahnya sampai ke tua, masih tiada simpanan. Sedih bukan?
4. Risiko sangat rendah. ASBFi ini hanya akan rugi jika paras dividen dibawah paras keuntungan bank. Sebagai rekod, walaupon OPR bank negara sudah naik 3 kali pada tahun ini, kadar keuntungan ASB financing masih di paras 3.95% - 4.25% manakala kadar dividen terkini ialah 5%.
Jadi ASB financing masih memberi keuntungan yang lebih baik berbanding simpanan biasa.
Jika ingin bandingkan p**a ASB financing dengan pelaburan lain yang mungkin memberikan p**angan yang lebih baik, ianya ada risiko untuk rugi yang lebih besar juga dimana kita perlu teliti dan fahamkan dulu sebelum melabur.
Inilah antara sebab utama kenapa orang masih memilih ASBFi sebagai platform simpanan mereka.
Semoga Bermanfaat