19/11/2024
PENGUMUMAN RASMI PENCAPAIAN GEMILANG
MRS SUPRANATIONAL MALAYSIA 2024 & KIDS TEEN SUPRANATIONAL MALAYSIA 2024
Kami dengan penuh rasa bangga dan teruja ingin mengumumkan para pemenang yang telah berjaya mengharumkan nama mereka di pentas gemilang. Setelah melalui perjalanan penuh cabaran dan usaha gigih, berikut adalah barisan pemanang:
Kids Teen Supranational Malaysia 2024
• Winner: Jilian Remsey Roy
• 1st Runner-Up: Aureallia Avelott Mary James
• 2nd Runner-Up: Qaseh Izz Zayani Binti Mohamad Nasrol
Mrs Supranational Malaysia 2024
• Winner: Afsal Nisah Bt. Mariamin
• 1st Runner-Up: Anita Yaw Yun Moi
• Mrs Grand Malaysia 2024: Nada Inawati Anati Binti Chong Yun Hing
Tahniah dan Syabas!
Kami amat berbangga dengan pencapaian cemerlang anda yang bukan sahaja melambangkan kecantikan, tetapi juga keanggunan, keberanian, dan semangat luar biasa. Anda semua adalah simbol inspirasi kepada rakyat Malaysia!
Perjalanan Baharu di Pentas Antarabangsa
Kepada pemenang utama, kami mengucapkan selamat maju jaya dalam persediaan anda untuk melangkah ke pentas Supranational peringkat antarabangsa. Bawalah bersama nama Malaysia dengan penuh bangga, dan tunjukkan kepada dunia keunikan, kecemerlangan, serta semangat bangsa kita.
Akhir kata, terima kasih kepada semua peserta, penyokong, dan pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini. Malam ini bukan sekadar kemenangan bagi individu, tetapi kemenangan untuk kita semua sebagai rakyat Malaysia.
“Harumkan nama negara, dan biarlah dunia tahu kehebatan kita!”
Sekali lagi, tahniah kepada semua!
Music & Performing Arts News Site Level 4 StudioMalaysian Beauty Pageant Fan Club
” Sejuta: Southeast Asia's #1 Music & Performing Arts News