03/07/2023
Amanah Saham Bumiputera (ASB) ni apa?
ASB ni dilancarkan oleh Amanah Saham Nasiaonal Berhad pada 2 Januari 1990 untuk membantu bumiputera dalam menyediakan simpanan alternatif. Simpanan alternatif ASB ni pulak boleh menjana pulangan/lkeuntungan untuk jangka masa yang panjang dan secara konsisten.
Maksudnya, pulangan setiap tahun yang korang akan terima adalah konsisten. ASB ni jugak dibuat sebagai harga dana pendapatan ekuiti tetap, iaitu harga seunit dana tu dah tetap dengan harga RM1.00. Selain itu, sebarang jualan dan yuran penebusan unit ASB ni tak akan dikenakan caj.
Korang kena tau yang ASB ada had pelaburan, sehingga RM200,000 je. Tapi jangan risau, hanya had pelaburan yang ada had, sekiranya perolehan modal yang korang terima menyebabkan akaun ASB korang lebih RM200,00, ianya takkan dikira pun sebagai had pelaburan. Korang sebagai pelabur jugak bebas nak melabur banyak mana dan bila korang nak melabur, takde kekangan pun untuk korang melabur. kalau korang nak beli unit tambahan pun boleh, ASB benarkan.
Dengan melabur dalam ASB, korang boleh enjoy dividen tiap-tiap tahun secara konsisten kot, dan jumlah dividen yang korang akan terima tu berdasarkan jumlah minimum setiap bulan dan modal korang. Kadar dividen yang diberikan tak kurang dari 5.5%. Walaupun dividen yang korang terima sekarang ni dah tak berapa syok, pelaburan ASB ni tetap piihan yang lagi baik, especially kalau korang tak mampu nak buat pelaburan lain macam simpanan tetap.