Kousugi Books Shoppe

Kousugi Books Shoppe KOUSUGI BHD.

31/05/2026

BISMILLAH❣️🤲🤲❣️

KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN❣️☕☕❣️

Berhati-hati dalam Berfikir kerana Fikiran dapat mempengaruhi Pembicaraan.

Berhati-hati dalam Bicara kerana Perkataan dapat mempengaruhi Perbuatan.

Berhati-hati dalam Berbuat kerana Perbuatan akan menjadi Kebiasaan.

Dan Kebiasaan itu akan menjadi SIFAT❗

ALLAH SwT dan Manusia akan " MENILAI DARI SIFAT "❣️🤲❣️

Sirri Na Pesse.
Taro Ada Taro Gau 🤲
Darte Darte Karna, Karte Karte Marna.
Allah Borro Monos CoTo.
♥️🤍🖤💓💪👌



20/05/2026

Bismillah ❣️🤲🤲❣️

Jika isteri sedia berkorban untuk agama, maka keturunannya akan sedia untuk korbankan nyawa mereka untuk agama. Contohnya bagaimana nabi ismail as sedia utk dikorbankan asalkan ianya perintah Allah kerana ibunya Siti Hajar telah sedia taat dan korbankan masa, diri harta dan nyawa utk agama.

Manakala nabi nuh as isteri baginda tidak sedia untuk korbankan dirinya, maka dia hanya mementingkan dirinya sahaja dan anaknya ada yang ikut melawan perintah Allah taala.

Jika kita nak keturunan kita kekal di atas agama. Maka kita kena libatkan wanita dengan usaha agama. Jika mereka tidak terlibat dengan usaha agama, maka Allah akan hilangkan agama daripada keturunan kita. Agama akan binasa dalam keturunan kita.

Contoh saidatina khadijah rha yg paling banyak korbankan harta untuk agama. Sumayyah yang paling awal korbankan diri untuk agama. Asiah yang paling banyak menahan kesusahan di jalan Allah swt.

Jemaah pertama yang keluar dari kota makkah ialah jemaah masturat. Dihantar ke habsyah. Iaitu jemaah saidina uthman ra. Begitu hebat dan pentingnya fungsi wanita sejarah perkembangan dunia dan ketamadunan islam. Sehingga jemaah pertama ialah jemaah masturat.

Nabi saw yang paling alim di kalangan umatku berkenaan halal dan haram ialah muaz bin jabal. Saidina muaz telah syahid sewaktu keluar masturat di bumi syam. Bahkan orang yang paling alim dikalangan umat nabi saw sendiri juga buat usaha masturat dengan bersungguh sungguh.

Jika kita fikir kenapa nak susahkan anak isteri kita untuk dakwah, jika mereka tak sokong kita pun tinggalkan mereka dan kita hanya fokus kepada usaha dakwah lelaki sahaja. Maka Allah akan hilangkan agama dalam keluarga.

Allah hanya akan pelihara agama dalam keturunan jika setiap golongan dilibatkan dalam agama. Suami, isteri, anak, ibu dan bapa dan semua ahli keluarga wanita yang ada. Maka lebih banyak pengorbanan dibuat, lebih tinggi pemeliharaan agama akan wujud dalam keturunannya.

Bukan dengan beri arahan atau buat undang-undang dalam rumah. Tetapi bersama sama dengan mereka. Hidupkan 5 amal rumah. Pertama taklim bersama mereka. Buat dengan tertib. Buat halqah Al quran dan muzakarah iman dengan mereka. Kemudian tashkil mereka untuk naikkan semangat mereka. Dan sentiasa hidupkan mesyuarat dirumah sehingga Allah turunkan sepenuhnya rahmat dan bantuan dalam keluarga.

Ajak mereka baca taklim fadhail. Supaya amalan mereka meningkat. Bacakan kisah sahabat supaya semangat mereka meningkat.

Seterusnya perlu bawa mereka hadiri taklim mingguan. Suami perlu korbankan kesibukan kita untuk sediakan isteri kita supaya mereka dapat hadiri taklim masturat. Sepertimana mereka siapkan kita untuk solat jumaat setiap minggu begitu juga kita.

Dan banyakkan terima jemaah. Menerima jemaah selama 2 hari, akan beri kesan pada ahli rumah termasuk anak kita. Akhlak mereka akan bertambah baik. Bahkan ada yang diberi kekuatan untuk bangun tahajjud sendiri.

Kemudian kita sediakan setiap orang islam perlu menerima jemaah masturat. Ini keputusan markaz Nizamuddin spt mana kita keluar jemaah lelaki 3 hari setiap bulan, kita sediakan masturat keluar setiap 3 bulan.

Kadang kita beri alasan tiada orang nak jaga anak dan isteri tidak sedia. Walhal setiap lelaki boleh bawa sehingga 14 orang mahramnya. Selain isteri ibu, nenek, adik beradik perempuan, mak cik dan banyak kategori lain boleh dibawa keluar masturat. Maka jika satu mahram tak sedia keluar. Maka boleh ajak mahram yang lain. Maka barulah mudah slps itu untuk bawa isteri keluar apabila semua mahram bekerjasama menjaga anak yang masih kecil secara bergilir. Wujudnya kesatuan hati maka bantuan Allah akan turun sepenuhnya dan kita akan boleh bawa isteri kita keluar dengan kudrat Allah.

Mereka sedang gunakan wanita untuk rosakkan dunia. Dengan rosaknya wanita maka anak-anak akan rosak. Begitulah cara keturunan mula rosak. Dengan merosakkan ibu dan para wanita. Maka perlu pastikan setiap mahram kita diselamatkan dan bawa masuk terlibat sama dengan dakwah.

Bathil sedang sasarkan wanita dan kanak-kanak. Mereka sebarkan kekotoran.Anak isteri makan apa sahaja tanpa pedulia makanan hala dan toyyib. Kemudian mereka di ajar memakai pakaian yang 'ready made'. Yang tidak ikut sunnah. Kemudian mereka dibiarkan melihat perkara yang bathil setiap hari melalui teknologi. Sehingga masuk dalam hati anak isteri kita. Dan kesannya hati mereka menjadi keras untuk taat agama. Supaya akhirnya mereka tinggalkan sunnah dan ikut suasana persekitaran yang dah rosak. Sehingga mereka merasa malu untuk memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna seperti pakaian para sahabiyah.

Pentingnya tingkatkan usaha masturat dalam keluarga kita barulah persekitaran kediaman kita akan turut berubah. Barulah anak-anak akan taat perintah agama dan ibu bapa.

Pantau sumber pendapatan kita juga. Jauhi riba. Sanggup kita bermewah dan bergelumang dengan riba. Setiap hari kita isytihar peperangan dengan Allah. Semua ini adalah harta syubhah yang beri kesan pada keluarga.

Usaha pada diri, usaha pada keluarga, usaha pada kaum kerabat, usaha pada orang kampung dan persekitaran kita dan akhir sekali ialah usaha pada seluruh ummat. Ini ialah 5 usaha yang perlu kita fokuskan.

Markaz Sri Petaling
Muzakarah Usaha Masturat bersama wakil Nizamuddin


13/05/2026

BISMILLAH❣️🤲🤲❣️

BERSYARIAT SAMPAI MATI SEBAGAI DASAR TASAWUF...

Imam Al Ghazali mengatakan: "Ketahuilah bahawa banyak orang yang mengaku, dia adalah menempuh jalan (tarekat) kepada Allah, tapi yang sesungguhnya, yang bersungguh-sungguh menempuh jalan itu adalah sedikit.

Adapun tanda orang yang menempuh jalan yang sungguh-sungguh dan benar, diukur dari kesungguhannya melaksanakan syariat. Kalaupun ada orang yang mengaku bertasawuf dan bertarekat dan telah menampakkan semacam kekeramatan-kekeramatan, melalaikan atau tidak mengamalkan syariat, ketahuilah bahawa itu adalah tipu muslihat, sebab orang yang bijaksana (orang tasawuf) mengatakan, "Jika engkau melihat seseorang mampu terbang di angkasa dan mampu berjalan di atas air, tetapi ia melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat, maka ketahuilah bahawa sebenarnya ia itu adalah syaitan."

Abu Yazid Al Bustami juga mengatakan, "Jika kau melihat seseorang yang diberi kekeramatan hingga dapat naik ke udara, maka janganlah kamu tertipu dengannya sehingga kamu dapat melihat dan meneliti bagaimana dia melaksanakan perintah dan larangan agama serta memelihara ketentuan-ketentuan hukum agama dan bagaimana dia melaksanakan syariat agama."

Demikian p**a Sahl at Tasturi, beliau mengungkapkan tentang pokok-pokok tasawuf yang terdiri dari tujuh pokok jalan (tarekat), yaitu berpegang kepada Al Kitab (Al Qur'an), mengikuti Sunnah Rasul, makan dari hasil yang halal, mencegah gangguan yang menyakiti, menjauhkan diri dari maksiat, selalu melazimkan taubat dan menunaikan hak-hak orang lain.

Imam Al-Junaidi pernah mengomentari orang yang mengaku ahli makrifat tetapi dalam gerak geriknya meninggalkan perbuatan-perbuatan baik dan meninggalkan mendekatkan diri kepada Allah, maka beliau mengatakan "Ketahuilah bahawa dia itu adalah syaitan".

Selanjutnya beliau juga mengatakan, "Ucapan itu adalah ucapan suatu kaum yang mengatakan adanya pengguguran amalan-amalan. Bagiku hal itu merupakan suatu kejahatan yang besar, dan orang yang mencuri atau orang yang berzina adalah lebih baik daripada orang yang berfaham seperti itu."

Syekh Abu Hasan As-Syazili mengatakan, "Jika pengungkapanmu bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah Rasul, maka hendaklah engkau berpegang kepada Al Qur'an dan Sunnah Rasul itu, sambil engkau mengatakan kepada dirimu sendiri "sesungguhnya Allah SWT telah menjamin diriku dari kekeliruan dalam Al Qur'an dan Sunnah Rasul". Allah tidak menjamin dalam segi pengungkapan, ilham, maupun musyahadah (penyaksian), kecuali setelah menyesuaikan perbandingannya dengan Al Qur'an dan Sunnah Rasul."

Sebagai kesimp**an, semua pengamalan kaum sufi harus mengikuti semua Nash Al Qur'an dan Sunnah dan meneladani amaliah-amaliah Rasulullah saw, sebagai panutan tertinggi para sufi.

Nabi SAW pernah ditanya tentang suatu kaum yang meninggalkan amalan-amalan agama, sedangkan mereka adalah orang-orang yang berbaik sangka kepada Allah SWT. Maka, Nabi SAW menjawab, "Mereka telah berdusta. Kerana jika mereka berbaik sangka, tentu amal perbuatan mereka juga adalah baik."

Semuga bermanafaat ☕




01/05/2026

Bismillah❣️☕☕❣️

Salam Jumaat Berkat❣️
Selamat Hari Pekerja Buat Warga Maya Yang Belum Pencen.😄
Kerja Kuat, Kerja Rajin, Efektif & Efisien. Jangan MAKAN RASUAH Ya 👍😄☕




13/04/2026

ᨒᨗᨆ ᨈᨛᨔᨗᨉᨄᨗ᨞ ᨓᨈᨀᨒᨙ ᨈᨛᨔᨗᨐᨚᨒᨚᨂᨛ᨞ ᨈᨄ ᨈᨛᨔᨗᨈᨑᨘᨄ᨞ ᨕᨉ ᨈᨛᨔᨗᨒᨙᨒᨙ᨞ ᨆᨔᨗᨉᨗ ᨕᨈᨗ ᨔᨗᨄᨌᨗᨂᨛ᨞ ᨔᨗᨄᨀᨒᨛᨅᨗ ᨔᨗᨄᨀᨈᨕᨘ ᨔᨗᨄᨀᨕᨗᨂᨛ ᨑᨗᨄᨉᨈ ᨑᨘᨄᨈᨕᨘ᨞ ᨕᨘᨌᨘᨀᨘ ᨆᨑᨗᨐᨓ ᨈᨉᨇᨛᨂᨛᨀ ᨆᨑᨍ ᨕᨛᨃ ᨕᨆᨛ ᨉᨚᨔᨀᨘ ᨒᨕᨚ ᨑᨗᨕᨗᨉᨗ ᨅᨗᨌᨘ ᨐᨑᨙᨁ ᨆᨑᨍ᨞ ᨄᨔᨙᨒᨙ ᨓᨈᨀᨒᨙ ᨕᨔᨗᨔᨘᨇᨘᨂᨛ ᨑᨍ᨞ ᨓᨑᨙᨀᨉ ᨔᨒᨆᨀᨗ ᨆᨉᨘᨄ ᨕᨘᨒᨛ ᨑᨆᨒ ᨆᨆᨘᨕᨑᨙ ᨊᨈᨚᨄᨉ ᨔᨒᨆ ᨑᨗᨒᨗᨊᨚ ᨊᨛᨊᨗᨕ ᨑᨗ ᨕᨖᨙᨑ

𝗟𝗶𝗺𝗮 𝗧𝗲𝘀𝘀𝗶𝗱𝗮𝗽𝗶, 𝗪𝗮𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗹𝗲 𝗧𝗲𝘀𝘀𝗶𝘆𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗲𝗻𝗴, 𝗧𝗮𝗽𝗽𝗮 𝗧𝗲𝘀𝘀𝗶𝘁𝗮 𝗥𝘂𝗽𝗮, 𝗔𝗱𝗮 𝗧𝗲𝘀𝘀𝗶𝗹𝗲𝗹𝗲, 𝗠𝗮𝘀𝘀𝗶𝗱𝗱𝗶 𝗔𝘁𝗶 𝗦𝗶𝗽𝗮𝗰𝗰𝗶𝗻𝗴𝗶, 𝗦𝗶𝗽𝗮𝗸𝗮𝗹𝗲𝗯𝗯𝗶, 𝗦𝗶𝗽𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝘂, 𝗦𝗶𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶𝗻𝗴𝗲', 𝗥𝗶 𝗣𝗮𝗱𝗮𝘁𝘁𝗮 𝗥𝘂𝗽𝗮 𝗧𝗮𝘂. 𝗨𝗰𝘂𝗸𝘂' 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗮𝘄𝗮, 𝗧𝗮𝗱𝗱𝗮𝗺𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗸𝗮 𝗠𝗮𝗿𝗮𝗷𝗮, 𝗘𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗔𝗺𝗲𝗻𝗴 𝗗𝗼𝘀𝗮𝗸𝘂, 𝗟𝗮𝗼 𝗥𝗶 𝗜𝗱𝗶, 𝗕𝗶𝗰𝗰𝘂 𝗬𝗮𝗿𝗲𝗴𝗮 𝗠𝗮𝗿𝗮𝗷𝗮, 𝗣𝗮𝘀𝘀𝗲𝗹𝗹𝗲 𝗪𝗮𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗹𝗲 𝗔𝘀𝘀𝗶𝘀𝘂𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴𝗲𝗻𝗴 𝗥𝗮𝗷𝗮, 𝗪𝗮𝗿𝗲𝗸𝗸𝗮𝗱𝗮 𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗸𝗶 𝗠𝗮𝗱𝗱𝘂𝗽𝗽𝗮 𝗨𝗹𝗲𝗻𝗴 Palappareng 𝗠𝗮𝗺𝘂𝗮𝗿𝗲 𝗡𝗮𝘁𝗼𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗥𝗶 𝗟𝗶𝗻𝗼 𝗡𝗲𝗻𝗻𝗶𝗮 𝗥𝗶 𝗔𝗵𝗲𝗿𝗮'.

𝘔𝘦𝘴𝘬𝘪 𝘛𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘛𝘢𝘬 𝘚𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪, 𝘛𝘶𝘣𝘶𝘩 𝘛𝘢𝘬 𝘚𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘉𝘦𝘳𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱𝘢𝘯, 𝘞𝘢𝘫𝘢𝘩 𝘛𝘢𝘬 𝘚𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘉𝘦𝘳𝘵𝘢𝘵𝘢𝘱𝘢𝘯, 𝘛𝘢𝘬 𝘛𝘦𝘳𝘶𝘤𝘢𝘱 𝘓𝘢𝘯𝘨𝘴𝘶𝘯𝘨, 𝘚𝘢𝘵𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘏𝘢𝘵𝘪 𝘚𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘔𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘴𝘪𝘩𝘬𝘢𝘯, 𝘚𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘔𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘳𝘨𝘢𝘪, 𝘚𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘔𝘦𝘯𝘨𝘩𝘰𝘳𝘮𝘢𝘵𝘪, 𝘚𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘔𝘦𝘯𝘨𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘒𝘪𝘵𝘢.
𝘒𝘶𝘮𝘦𝘮𝘰𝘩𝘰𝘯 𝘛𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘚𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵, 𝘚𝘦𝘬𝘪𝘳𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘋𝘰𝘴𝘢𝘬𝘶 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘏𝘢𝘯𝘥𝘢𝘪𝘵𝘰𝘭𝘢𝘯. 𝘒𝘦𝘤𝘪𝘭 𝘢𝘵𝘢𝘶𝘱𝘶𝘯 𝘉𝘦𝘴𝘢𝘳, 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘛𝘶𝘣𝘶𝘩 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘐𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘒𝘶𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘛𝘦𝘳𝘫𝘢𝘭𝘪n, 𝘛𝘦𝘳𝘶𝘤𝘢𝘱 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘔𝘦𝘯𝘺𝘢𝘮𝘣𝘶𝘵 𝘉𝘶𝘭𝘢𝘯 Mulia Syawal, 𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘚𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘴𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘋𝘶𝘯𝘪𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘈𝘬𝘩𝘪𝘳𝘢𝘵. 𝘈𝘢𝘮𝘪𝘪𝘯.
🥰🤲🤲🥰







03/04/2026

Bismillah❗☕☕❗

IMAN letaknya tidak dimata, tidak dilidah, ataupun diotak. TAPI DI HATI. Walaupun iman diseminarkan atau diiklankan tetapi belum diletakkan dalam hati maka belum dapat membuat taat kepada Allah Subhana Wata'ala.

" Anaa 'inda Dzanni A'bdii Bii . ."








31/03/2026

Bismillah❣️☕☕❣️

ٱنفِرُوا۟ خِفَافًۭا وَثِقَالًۭا وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌۭ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ٤١

Keluarlah Kamu Samada Kamu BeRaSa Susah Atau Senang, Dan Berjihadlah Kamu Dengan DIRI Dan HARTA Kamu Di Jalan Allah Swt. Itu Lebih Baik Sekiranya Kamu MengetahuiNya.

At Taubah Ayat 41.




23/03/2026

Caritta Raya Aidil Fitri Ke-3, 2026:-
Semangat Menyala Bah 😀

04/03/2026

Bismillah, Pertengahan Bulan Ramadhan Adalah KEAMPUNAN ALLAH SWT. ❣️

Ayok, Kita Sahur Pada Dinihari 15 Ramadhan 1447H/2026.


23/02/2026

Ramadhan Permulaannya Adalah RAHMAT. Pertengahan Ramadhan Adalah KEAMPUNAN. Dan Pengakhirannya Pembebasan Daripada API NERAKA.❣️👍👍❣️

Ayok Kita Mengejar FadilatNya❗


Address

Kota Kinabalu
88###; 89###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kousugi Books Shoppe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share