Orion Rigel Stars Security

Orion Rigel Stars Security A quality-based and results-oriented security company with stationary or patrol guard, armed guards, cash-in-transit (CIT) and armed goods escort.

SSM Reg No: 200901009975 (852990-V)

Kemerdekaan tidak hadir tanpa pengorbanan.  Nilai Harga sebuah kemerdekaan yang kita kecapi hari ini adalah hasil tumpah...
31/08/2026

Kemerdekaan tidak hadir tanpa pengorbanan. Nilai Harga sebuah kemerdekaan yang kita kecapi hari ini adalah hasil tumpahan darah dan keringat para pejuang negara. Kini, amanah di bahu kita sebagai rakyat Malaysia adalah untuk menjaga keharmonian dan mengekalkan keamanan ini bersama.

Merdeka, Merdeka, Merdeka!

Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke 69 Dariapada Kami
ORION RIGEL STARS SECURITY

Menyemai Cinta, Menghidupkan Sunnah"Memupuk kasih pada Baginda, bermula dengan menelusuri lembaran sirah dan menghayati ...
25/08/2026

Menyemai Cinta, Menghidupkan Sunnah
"Memupuk kasih pada Baginda, bermula dengan menelusuri lembaran sirah dan menghayati badai perjuangannya.
Menzahirkan cinta yang hakiki, adalah dengan menggalas ketaatan pada syariatnya, menghidupkan sunnahnya, serta membentengkan diri daripada segala yang menyimpang daripada Seruanya."

Salam Maulidur Rasul
Daripada Kami

ORION RIGEL STARS SECURITY

02/06/2026

Kenapa perlu ada Pegawai Ronda waktu siang?
Bukan Malam sahajakah perlu Pantau Pengawal.

Ramai yang fikir rondaan hanya penting pada waktu malam. Hakikatnya, rondaan siang hari, lebih-lebih lagi pada musim perayaan bagi memastikan pengawal kekal di Lokasi dalam keadaan siap siaga.

Tugas Pegawai Ronda sebenarnya jauh lebih besar daripada sekadar 'mencari salah' pengawal yang bertugas. Mereka adalah pendidik. Kehadiran mereka adalah untuk membimbing, menegur secara berhemah, dan mendisiplinkan anggota supaya tugasan harian berjalan lancar tanpa sebarang kompromi.

Syabas buat semua Pegawai Ronda yang sentiasa komited mendidik anak buah! Semoga Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Di Malaysia Terus Maju. 🫡

SELAMAT MENYAMBUT HARI KAAMATAN DAN HARI GAWAI BAGI YANG MERAYAKANYA.
30/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KAAMATAN DAN HARI GAWAI BAGI YANG MERAYAKANYA.

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada semua pelanggan, rakan perniagaan, dan...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada semua pelanggan, rakan perniagaan, dan seluruh warga kerja Orion Rigel Stars Security.

Semoga ibadah haji dan ibadah korban kita pada tahun ini diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

Pihak pengurusan juga ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pegawai serta anggota keselamatan kami di barisan hadapan. Terima kasih atas komitmen tinggi dan kesanggupan anda semua mengorbankan masa bersama keluarga pada hari yang bermakna ini demi menggalas tanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan. Pengorbanan anda adalah kebanggaan kami.

16/05/2026

LATIHAN MENEMBAK 2026
ORION RIGEL STARS SECURITY

usaha kami sebagai syarikat perkhidmatan keselamatan untuk melahirkan 'Pengawal Terlatih di Lapangan' sentiasa menjadi keutamaan tertinggi. Kami tidak pernah berkompromi dalam aspek kualiti dan kecekapan anggota. Sebagai bukti komitmen tersebut, latihan pengendalian senjata api dijalankan secara berkala pada setiap tahun khusus untuk semua pengawal bersenjata kami. Langkah ini penting bagi memperkasakan kemahiran taktikal dan memastikan Standard Operasi Prosedur (SOP) dipatuhi dengan ketat.Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan keselamatan profesional kami dengan melayari laman web kami di
orionrigelstarssecurity.com.my

Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua pengawal keselamatan di seluruh Malaysia, khususnya yang berkhidmat di bawah...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua pengawal keselamatan di seluruh Malaysia, khususnya yang berkhidmat di bawah naungan syarikat kami.
Terima kasih atas dedikasi dan keringat yang anda curahkan tanpa mengira masa. Tugas anda bukan sekadar menjaga pintu masuk, tetapi sebagai tonggak keselamatan yang memberi ketenangan jiwa kepada orang ramai.

Teruskanlah bersemangat dalam menjalankan amanah ini. Ingatlah bahawa setiap detik anda berjaga, ia adalah satu ibadah dan sumbangan besar buat masyarakat. Jaga kesihatan diri, kekalkan disiplin, dan jadikan kejayaan keluarga sebagai pembakar semangat untuk terus cemerlang.

ORION RIGEL STARS SECURITY

20/04/2026

Alhamdulillah, hasrat menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia telah dilaksanakan dengan jayanya. Kami mendoakan agar bantuan ini dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan mereka.
Setinggi-tinggi penghargaan buat pengawal dan kakitangan Orion Rigel Stars Security atas keprihatinan anda. Semoga Allah membalas kemurahan hati tuan/puan dengan keberkatan dunia dan akhirat.

18/04/2026

Kami komited sepenuhnya dalam menjaga keselamatan lokasi kediaman anda melalui sistem kawalan yang sistematik. Dalam masa yang sama, kami mempelajari sistem suis dan panel keselamatan agar setiap anggota mampu mengambil tindakan segera sekiranya berlaku kecemasan. Kami memahami bahawa mengawal kawasan perumahan bukanlah satu tugasan yang mudah, oleh itu, kesiapsiagaan teknikal adalah keutamaan kami.



Terima kasih kerana memilih kami
Kepercayaan anda tidak akan kami siakan 🫡

orionrigelstarssecurity.com.my

Gema takbir yang berkumandang, sering kali membawa rindu yang mencengkam.Di saat pintu rumah orang lain dikunci rapat un...
20/03/2026

Gema takbir yang berkumandang, sering kali membawa rindu yang mencengkam.
Di saat pintu rumah orang lain dikunci rapat untuk pulang ke desa, kami di sini berdiri tegak membuka dada, menggalas amanah yang tidak boleh dilepaskan.
Memang benar, bukan semua orang beruntung dapat merasakan kebahagiaan di meja makan bersama keluarga pada hari raya ini. Hati kami juga meronta untuk pulang. Namun tanggungjawab ini jauh lebih besar.
Biarlah pengorbanan kami menjadi keamanan buat anda. Biarlah kepulangan anda ke kampung halaman dijaga dengan penuh setia. Kerana bagi kami, kebahagiaan anda adalah kejayaan tugas kami.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

daripada kami

🚨ORION RIGEL STARS SECURITY🚨

Address

Lot 2, Jalan SRK Petagas
Kota Kinabalu
88200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 13:00

Telephone

+6088775782

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Orion Rigel Stars Security posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share