07/02/2026
Kenapa bangau bila terkena ombak tidak tumbang, sedangkan kita baru disapa sedikit gelora, sudah hampir rebah? -
Wow soalan KBAT awal pagi๐น
Bangau tidak tumbang bila kena ombak bukan kerana dia kuat, tetapi kerana dia tahu cara berdiri, kakinya lentur, ikut pergerakan ombak, seimbang dan tenang.
Kita p**a sering tegang bila diuji, melawan arus, mahu kawal segalanya hingga hilang imbangan.
Hakikatnya, bukan ombak yang menjatuhkan kita, tetapi cara kita menghadapinya. Kadang-kadang yang diperlukan bukan kekuatan, tetapi kelenturan dan ketenangan, tahu bila ikut arus dan bila berdiam, seperti bangau yang berdiri lembut, berakar ke bumi, dan memandang ke hadapan.
๐๐ป