24/02/2019
The Intelligent Investor 6 - General Portfolio Policy : The Defensive Investor
1. Seperti yang diceritakan pada peringkat pengenalan, Defensive Investor adalah pelabur yang tidak mahu risiko besar, komitment (Usaha mengkaji) yang rendah dan jarang membuat keputusan.
2. Portfolio asas yang dicadangkan adalah 25% bond, maximum 75% saham. Portfolio ini diubah suai mengikut objektif masing-masing sehingga minimum 25% saham dan 75% bond.
3. Graham mencadangkan agar portfolio ini diubah sekiranya pelabur merasakan pasaran berubah dari bearish ke bullish dan sebaliknya. Sebagai contoh Pelabur A menyimpan 50% didalam bond dan 50% didalam saham, sekiranya harga saham menaik, Pelabur A hendaklah mengurangkan pegangan sedikit demi sedikit didalam saham dan memindahkan pada bond sehingga pegangan bond maksimum 75%. Sekiranya pasaran sedang dalam keadaan bearish, maka pegangan saham hendaklah ditambah sehingga mencapai maksimum 75% pegangan saham.
4. Didalam bab ini, Benjamin Graham menceritakan pelbagai jenis bond yang terdapat dipasaran US ketika itu seperti US Saving bond, State Bond, bond koperat, convertible issue dan non-convertible -preferred stock. Bagi semua jenis bond tersebut, bond fund agak baik sekiranya mahukan diversification dan mengelakkan default risk bagi sesebuah bond. Kos pembelian juga agak kecil dan mampu dibeli oleh pelabur runcit.
5. Jasin Zweigh menambah didalam syarahan beliau, bagi menentukan peratusan saham dan bond bagi seseorang pelabur, beberapa persoalan seharusnya difikirkan sebelum mula melabur. Persoalan ini penting bagi mengukur sejauhmana keperluan seorang pelabur terhadap kecairan asset dan cash (tunai). Sekiranya seseorang memerlukan cash yang tinggi, maka peratusan bond hendaklah sentiasa tinggi bagi menghadapi hari-hari bearish. Diantara soalan tersebut adalah: -
a) Adakah pelabur bujang/berkhawin
b) Adakah pelabur bakal memiliki anak.
c) Apa factor yang mungkin menjejaskan kerjaya pelabur
d) Adakah pelabur memerlukan duit yang telah dilaburkan sebagai emergency fund
e) Berdasarkan gaji dan pendapatan anda sebanyak mana anda mampu untuk rugi?
6. Jika persoalan ini telah dijawab oleh diri sendiri, maka sesuaikan imbangan portfolio mengikut kesesuaian masing-masing. Portfolio diubah sekiranya keadaan-keadaan diatas berubah.
Bersambung….
The Intelligent Investor 7 - The Defensive investor and Common Stock