Toneplus Sabah Centre

Toneplus Sabah Centre Page ini bukan page rasmi dari syarikat Tone Plus Sdn Bhd.Page ini hanyalah milik individu ahli Tone Plus dan memberikan maklumat terbaru promosi TonePlus.

Program Tone Plus telah melakukan satu revolusi terbaru dalam sistem pembayaran insentif program pemasaran rangkaian. Ia menggunakan sistem yang dikenali sebagai sistem “Reverse 2-Up”. Pelan ini adalah mudah dan anda boleh menjana pendapatan luarbiasa lumayan. Konsep sistem “Reverse 2-Up” pelan Tone Plus memerlukan anda menaja 4 orang pengguna baru sahaja dan 2 daripada pengguna baru tersebut akan

dihantar kepada penaja (upline) anda. Seterusnya, anda akan dibayar komisyen 13% daripada nilai Top Up rakan pengguna dalam barisan kump**an anda. Pembayaran komisyen ini adalah pada setiap kali mereka Top Up untuk selama-lamanya. Saya akan terang secara terperinci konsep ini di bahagian 2 di bawah. Berikut adalah kadar bagi tiga (3) jenis insentif yang akan anda terima:
1. Pendapatan Insentif BONUS RUJUKAN (FAST TRACK) – RM20

Apabila anda menaja pengguna baru, beliau akan membeli sim kad prepaid pelan Tone Plus daripada anda. Harga pembelian 4 sim kad yang ditawarkan oleh syarikat adalah RM240 (RM60 sekeping). Apabila anda menaja, harga penjualan sim kad tersebut adalah pada nilai RM80.00. Anda akan mendapat keuntungan insentif RM20.00 secara tunai. Perhatikan bahawa penajaan anda hanya 4 pengguna sahaja dan anda telah pun mendapat modal kembali RM20 x 4 pengguna = RM80.00. Pendaftaran keahlian anda bukan sahaja telah PERCUMA malah jangan lupa bahawa dalam sim kad anda juga telah diberikan nilai kredit Top Up RM30.00 yang telah tersedia!

** Untuk pengetahuan anda, syarikat pengendali iaitu Tone Plus Sdn Bhd tidak menjual Sim Kad Tone Plus secara sekeping sekeping. Penjualan syarikat adalah berupa Bisnes Pack (4 keping) bernilai RM240.00. Tetapi, atas permintaan rakan-rakan ahli saya, maka laman web promosi saya menjual saya sim kad tersebut pada kadar bilangan 1 keping. Ini bagi membantu memudahkan downline mereka mendapatkan Sim Kad keahlian mereka. Harus diingat, ADMIN tidak memulangkan semula RM20 tersebut kepada Penaja. ADMIN masih menggalakkan anda membeli Bisnes Pack (4 kpg) untuk dijual kepada pengguna anda.
2. Pendapatan Insentif KOMISYEN TOP UP – 3% atau 13%

Memahami sistem pembayaran komisyen 3% atau 13% daripada nilai Top Up rakan dalam kump**an anda agak mengelirukan jika anda tidak dapat memahami secara tepat. Persoalannya adalah siapa ahli kump**an anda? Okay, perhatikan dulu asas sistem “reverse 2-up” - Anda perlu menaja 4 pengguna dan 2 dihantar kepada Penaja. Semua ahli melakukan proses ini. Diawal perjalanan menaja rakan-rakan, jika anda mempunyai 1, 2 dan 3 ahli pengguna, setiap kali mereka Top Up, anda hanya menerima 3% sahaja komisyen hasil Top Up mereka. Ini adalah kerana anda belum melakukan proses ‘reverse 2-up’ iaitu mesti mempunyai 4 ahli pengguna baru. Selagi belum mencapai 4 orang maka komisyen Top Up adalah 3% sahaja. Katakan anda telah menaja pengguna ke 4, seterusnya secara otomatik sistem akan menghantar 2 orang kepada penaja anda. Walaubagaimanapun, setiap kali 2 orang pengguna yang anda hantar kepada Penaja ini melakukan Top Up, anda akan tetap menerima 13%. Anda tidak boleh memilih siapa yang akan dihantar kepada penaja. Kini, anda tinggal hanya 2 pengguna sahaja yang ditaja terus. Katakan 2 pengguna tajaan terus tersebut adalah A dan B. Okay, komisyen Top Up 13% kini bermula. Anda akan dibayar sebanyak 13% hasil Top Up A dan B. Seterusnya, kedua-dua downline anda A dan B perlu melakukan perkara sama. Mereka akan mendapatkan 4 orang ahli pengguna setiap orang dan mereka akan menghantar 2 kepada penaja iaitu ANDA. Apabila A dan B telah capai 4 orang pengguna baru, setiap A dan B akan menghantar 2 orang kepada anda lantas anda kini mempunyai 4 orang pengguna baru. Betul tak? A hantar 2 dan B hantar 2 kepada anda. Jadi, jumlahnya 4 pengguna baru dihantar kepada anda. Kini anda mempunyai 6 orang ahli kump**an iaitu A, B dan 4 orang pengguna baru diterima ini,

Ingat, 4 pengguna baru yang diterima adalah orang baru. Mereka pun mesti buat perkara sama iaitu dapatkan 4 orang dan hantar 2 kepada upline iaitu ANDA. Jika mereka berjaya dapatkan 4 orang, setiap mereka akan menghantar 2 pengguna baru kepada anda menyebabkan anda mendapat 8 orang baru!! Anda nampak?

8 orang pengguna baru yang diterima oleh anda akan terus melakukan perkara sama. Proses ini akan berterusan tanpa henti. Ini yang dikatakan sehingga.. infiniti. Anda dapat lihat bagaimana kump**an anda hanya mula dengan 2 ahli sahaja tetapi anda akan menerima 2 orang baru dari setiap mereka pengguna baru yang anda terima. Okay. apabila anda mengira komisyen 13%, ianya adalah dari hasil Top Up dari pengguna yang anda terima dan pengguna yang anda taja (tidak termasuk yang telah dihantar keatas). Bagaimana p**a jika ada ahli kump**an anda yang tidak aktif? Okay, sistem membenarkan anda menaja terus ahli baru tanpa had serta merta walaupun anda telah mempunyai 4 orang pengguna baru tajaan terus. Ini bermakna anda boleh terus menaja orang ke 5, 6, 7 … seterusnya tanpa had. Ini akan mempercepatkan lagi bilangan ahli terus di bawah anda. Bagi pengguna ke 5, 6 dan seterusnya, anda tidak perlu lagi menghantar sedekah 2 orang kepada Penaja anda. Mereka akan kekal bersama anda. Penghantaran Reverse 2-Up hanya sekali sahaja iaitu pada 4 pengguna pertama anda.
3. Pendapatan Insentif BONUS TAHUN BARU – 5% hingga 20%

Satu lagi Bonus menarik yang ditawarkan dalam program ini adalah BONUS TAHUN BARU. Bonus ini dibayar antara 5% hingga 20% mengikut kelayakan anda. Kelayakannya mudah. Ia bergantung kepada berapa ramai pengguna baru yang ditaja terus oleh anda secara peribadi dalam sesuatu bulan. Bonus ini diberikan mengikut jumlah pendapatan anda pada bulan tersebut. Cara kiraan adalah seperti berikut:

1. Daftarkan 1 pengguna baru dalam sebulan – Nikmati Bonus 5% dari pendapatan anda pada bulan tersebut.

2. Daftarkan 2 pengguna baru dalam sebulan – Nikmati Bonus 10% dari pendapatan anda pada bulan tersebut.

3. Daftarkan 5 pengguna baru dalam sebulan – Nikmati Bonus 15% dari pendapatan anda pada bulan tersebut.

4. Daftarkan 10 pengguna baru dalam sebulan – Nikmati Bonus 20% dari pendapatan anda pada bulan tersebut. Bonus ini akan dikira dari bulan ke bulan dalam jangka masa setahun dan jumlah akhirnya akan di bayar ke akaun anda pada 25hb Januari tahun berikutnya sebagai Bonus Tahun Baru. Pembayaran Komisyen dan Bonus

Bayaran insentif Komisyen 3% atau 13% akan dilakukan pada setiap 25 haribulan terus ke akaun bank anda dengan syarat bayaran minima RM30.00. Cara kiraan komisyen ini amat mudah. Iaitu, segala Top Up rakan kump**an anda pada sesuatu bulan dijumlahkan sehingga hujung/akhir sesuatu bulan dan komisyen 3% atau 13% dibayar pada 25 haribulan bulan berikutnya. Bagi bayaran insentif Bonus Tahun Baru, ia dibayar pada 25 Januari tahun berikutnya. Anda perlu dikategorikan sebagai ahli pengguna yang telah menaja terus 4 pengguna baru sebelum layak mendapat komisyen. Maintain bulanan untuk layak komisyen adalah Top Up minima RM30.00 setiap bulan. Ia tak semestinya sekaligus, boleh Top UP sedikit demi sedikit asalkan jumlah sebulan mencapai minima RM20.00

Jika tak maintain beli Top Up RM30.00 sebulan akaun anda tidak akan mati, cuma tak layaklah dapat komisyen dan bonus untuk bulan itu.

09/02/2022
04/02/2022

TAHNIAH! Dua lagi Pemenang besar Putar & Menang ANG POW 2022 TONE WOW telah ditemui! Kemenangan bertuah dengan GOLD BAR 10g dan GOLD BAR 1g. Admin tumpang 'happy' untuk anda. Semoga TONE WOW sentiasa akan membuat anda berdua tersenyum gembira.

Tambahan lagi, mereka ini secara automatik layak ke cabutan MENANG LAGI MENANG, menawarkan hadiah 10 x GOLD BAR 20g dan juga wang tunai nilai misteri! Kami akan umumkan tarikh sebenarnya kelak.

Lakukan Top Up untuk peluang menang GOLD BAR SETIAP HARI! Anda yang aktif menaja juga akan dapat putaran untuk setiap Penajaan anda. Menang GOLD BAR, menang TUNAI, menang WOWcher dan WOWlet! Semua Peserta kami adalah Pemenang!

Semak senarai Pemenang serta Terma & Syarat kempen di:
https://bit.ly/3KA32ql

26/01/2022

TAHNIAH! Mereka yang bertuah ini dah pun menang GOLD BAR 5g dan 1g melalui Putar & Menang ANG POW 2022 TONE WOW! Hebat, kan. Kami pasti, kami satu-satunya Prepaid yang menawarkan Pelanggannya peluang untuk menang GOLD BAR setiap hari dengan hanya melakukan Top Up.

Mereka ini juga secara automatik layak ke MENANG LAGI MENANG yang menawarkan hadiah 10 x GOLD BAR 20g dan juga wang tunai nilai misteri! Terbaik, kann..

Top Up untuk peluang menang GOLD BAR SETIAP HARI! Setiap tajaan juga akan memberi anda putaran. Menang GOLD BAR, menang Tunai, menang WOWcher dan WOWlet! Yang pasti, semua peserta PASTI menang sesuatu.

Kalau anda belum tahu, kempen ini juga menawarkan pelbagai lagi hadiah selain GOLD BAR ni dan ramai yang juga telah memenanginya. Untuk senarai Pemenang dan info lanjut tekan: https://bit.ly/3KA32ql

Berita panas, geng! Kempen sulung tahun 2022 dah pun tiba. Putar dan Menang ANG POW 2022 TONE WOW dengan peluang untuk m...
25/01/2022

Berita panas, geng! Kempen sulung tahun 2022 dah pun tiba. Putar dan Menang ANG POW 2022 TONE WOW dengan peluang untuk menang hadiah lumayan berjumlah lebih dari RM340,000! Menangi hadiah-hadiah berikut:

Gold bar 999.9 – 10g
Gold bar 999.9 – 5g
Gold bar 999.9 – 1g
Wang tunai berjumlah lebih RM20k
Ratusan WOWlet
Ribuan WOWcher

Sangat mudah dan terbuka kepada semua Pelanggan dan Ahli TONE WOW. Anda Top Up, anda dapat putaran. Anda buat Tajaan, JUGA anda dapat putaran. Ada juga bonus untuk yang menaja tu. Paling penting, banyak hadiah lumayan menanti anda. Good luck semua.

Semak butiran serta Terma & Syarat kempen ini di: bit.ly/3FrrRAW

p/s: Pelayak akan terima SMS untuk membuat putaran selepas 20/1. Nantikan SMS tu.

14/03/2019

Pastikan anda membeli Top Up biasa Digi sahaja untuk Top Up kredit TONE WOW anda.

Sebahagian penjual terpilih Digi ada menawarkan Top Up khusus ‘INTERNET RELOAD’ dalam pelbagai denominasi seperti RM10, RM12, dan RM15.

ELAKKAN dari membeli Top Up khusus ini kerana tidak boleh diguna pakai bersama TONE WOW.

Nyatakan dengan jelas di kaunter pembelian untuk Top Up biasa Digi bagi mengelakkan seberang pertikaian. Ingat, Top Up yang dibeli tidak boleh ditukar / dikembalikan.

Top up dan Menang!!!
11/12/2018

Top up dan Menang!!!

Top Up dan Menang!!!
Bermula 10 Disember 2018 hingga 15 Januari 2019.

Semua Top Up RM50 & RM100 (satu denominasi) berpeluang memenangi hadiah wang tunai, lebih dari RM10,000 untuk direbut!

Bonus Tambahan untuk Ahli Baru dan pengguna Aplikasi myWOW! Wow! Wow! Wow!

Maklumat lanjut: http://bit.ly/2Qr7EGZ
Muat turun Aplikasi myWOW hari ini! (Android): http://bit.ly/2PiFZ9I

23/11/2018

Wow Wow Wow! Roadshow TONE WOW Sabah 2018

Tarikh: 24 November 2018
Masa: 6.30Ptg
Tempat: Marco Polo Hotel, Tawau

Speaker: Tahir Janna, Hamka Marsaling & Pegawai-pegawai TONE WOW.

Penampilan Istimewa: Barisan Pengarah TONE WOW

Jumpa di sana!

23/11/2018

Wow Wow Wow! Roadshow TONE WOW Sabah 2018

Tarikh: 23 November 2018
Masa: 6.30Ptg
Tempat: Sabah Hotel, Sandakan

Speaker: Akasyah Yasin, Hamka Marsaling & Pegawai-pegawai TONE WOW.

Penampilan Istimewa: Barisan Pengarah TONE WOW

Jumpa di sana!

Jangan lepaskan peluang. Jumpa anda di sana.!!
16/11/2018

Jangan lepaskan peluang. Jumpa anda di sana.!!

Hellooo orang Sabahh... 😃 TONE WOW akan ke Negeri di Bawah Bayu! Anda dijemput hadir untuk sesi workshop teknikal dan Preview kami pada tempat dan tarikh berikut:

Sandakan
Jumaat, 23 Nov 2018
Sabah Hotel Sandakan
6:30 ptg

Tawau
Sabtu, 24 Nov 2018
Marco Polo Hotel
6:30 ptg

Kota Kinabalu
Ahad, 25 Nov 2018
The Klagan Hotel
6:30 ptg

Jangan lepaskan peluang ini. Datanglah beramai-ramai!

Address

Penampang
Kota Kinabalu
88300

Opening Hours

Monday 08:00 - 23:45
Tuesday 08:00 - 23:45
Wednesday 08:00 - 23:45
Thursday 08:00 - 23:45
Friday 08:00 - 23:45
Saturday 08:00 - 23:45
Sunday 08:00 - 23:45

Telephone

0105342126

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Toneplus Sabah Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Toneplus Sabah Centre:

Share