08/06/2026
PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN ERT PERINGKAT NEGERI SABAH
ZON PANTAI BARAT 2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn. Bhd. (SOGDC) bersama SOGIP Port Sdn. Bhd., anak syarikat SOGDC, atas penyertaan dalam Pertandingan Kawad Kecekapan Emergency Response Team (ERT) Peringkat Negeri Sabah (Zon Pantai Barat) 2026 yang telah berlangsung pada 6 Jun 2026 di Kompleks Sukan Likas.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan SOGDC dan SOGIP Port dalam memperkukuh budaya keselamatan, kesiapsiagaan menghadapi kecemasan serta meningkatkan kecekapan pasukan tindak balas kecemasan di tempat kerja.
Program seperti ini bukan sahaja menguji tahap disiplin, kerjasama berpasukan dan kemahiran teknikal peserta, malah menjadi platform terbaik untuk berkongsi amalan terbaik keselamatan serta memperkukuh jaringan profesional dalam kalangan industri.
Semoga pengalaman yang diperoleh akan terus memperkasakan budaya keselamatan dan kecemerlangan operasi di SOGDC dan SOGIP Port.
Keselamatan Tanggungjawab Bersama.