10/01/2026
Cashflow tak datang sendiri, ia dibina.
Cashflow positif
bukan bermula dengan kaya.
Ia bermula bila
duit masuk
lebih besar
daripada duit keluar.
Kebanyakan orang
hanya ada satu pintu duit masuk.
Gaji.
Gaji itu penting.
Ia asas hidup.
Tapi bila hidup hanya bergantung pada gaji,
cashflow kita sebenarnya rapuh.
Sebab itu ada orang mula fikir,
macam mana nak tambah duit masuk
tanpa perlu kerja lebih masa setiap hari.
Ada yang pilih pelaburan.
Bukan untuk cepat kaya.
Tapi untuk bina aliran duit kedua.
Contohnya rumah.
Bukan terus beli rumah.
Tapi bermula dengan tabungan.
Tabung dulu untuk downpayment.
Bila cukup, beli rumah.
Kemudian sewakan.
Akhirnya,
penyewa seolah-olah bantu bayarkan
komitmen bulanan rumah tersebut.
Itu cashflow.
Ada juga yang guna konsep sama
untuk kereta.
Tabung untuk downpayment.
Beli kereta.
Sewakan.
Penyewa bayarkan bulanan.
Kita uruskan aset.
Coraknya sama.
Tabungan → miliki → sewakan → cashflow.
Dan di sinilah peranan tabungan emas.
Emas bukan alat cashflow segera.
Emas tidak beri duit masuk setiap bulan.
Kalau beli 1 gram hari ini,
tahun depan
beratnya tetap 1 gram.
Yang berubah
hanyalah harga.
Emas menyimpan nilai.
Dan nilai itu
boleh ditukar menjadi peluang.
Hasil tabungan emas
boleh jadi downpayment rumah.
Boleh jadi modal aset.
Dan bila aset itu disewakan,
di situlah
cashflow positif bermula.
Bukan emas yang beri cashflow.
Tetapi emas membantu kita
sampai ke fasa cashflow.
Soalan sebenar bukan
pelaburan apa paling untung.
Tetapi
aset apa yang kita mahu bina dahulu
dan tabungan apa yang sanggup kita konsisten
mulakan hari ini.