SerumLevf

SerumLevf Cikma agent rumah untuk anggota tentera .cikma

🌿 PROJEK PERUMAHAN TAMAN BUNGA MAS, PASIR MAS, KELANTANProjek perumahan baru akan dibangunkan di sekitar Pasir Mas, Kela...
05/05/2023

🌿 PROJEK PERUMAHAN TAMAN BUNGA MAS, PASIR MAS, KELANTAN

Projek perumahan baru akan dibangunkan di sekitar Pasir Mas, Kelantan dengan 312 unit Rumah merangkumi Rumah Teres Setingkat

🔹 2 min ke Pantai Timor Mart
🔸 5 min ke Hospital Pasir Mas
🔹8 min ke Balai Polis Repek
🔸 2 min ke Masjid Mukim Lubok Jong
🔹 8 min ke Sekolah Kebangsaan Lati
🔸 6 min ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kiambang
🔹 3 min ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA
🔸 4 min ke Bandar Baru Pasir Mas
🔹 19 min ke Rantau Panjang
🔸 43 min ke Kota Bharu
🔹 34 min ke Tanah Merah


💥 KINI DIBUKA TEMPAHAN 💥

🏠 Rumah Teres Setingkat.
3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air.
Keluasan Tanah 1130kps
Keluasan Bangunan 913kps

Harga Bermula RM208,000 Seunit.
Rebate sehingga RM80,000

Yuran tempahan serendah RM0%.
Yuran Guaman PERCUMA!!
Hubungi kami SEGERA untuk lawatan tapak dan tempahan unit!
Rumah di jangka siap pada tahun




23/02/2022

Assalamualaikum
Selamat pagi sahabat hebat semoga diperluaskan rezeki aminn yarabbalalamin

04/01/2022

SINGKIRKAN ORANG NEGATIF

Hidup ini terlalu singkat untuk kita sibuk memikirkan ha-hal yang bodoh. Biarlah orang nak mengata di belakang kita. Biarlah orang nak reka cerita pasal kita. Cakap macam-macam, kata bukan-bukan pasal kita. Biarkanlah. Jangan kisah. Jangan ambil peduli. Bukan maksud kita bodoh atau takut. Cuma kalau kita layan. Kita balas. Kita dendam. Apa beza kita dengan mereka?. Jika tak mampu nak didik orang2 negatif ini, jauhkan diri dari mereka untuk jaga iman kita.

Untuk hidup tenang kita perlu singkirkan orang-orang yang menyesakkan kepala. Bercakap yang menyakitkan hati. Hanya mahu kita saja menjaga hatinya. Jenis tak mahu kalah. Singkirkan, kita tak perlu orang macam ni, hanya menyusahkan. Takde manfaat pun untuk hidup kita. Menghindari orang negatif bukan kerana kita mementingkan diri, tapi kita tak boleh memajukan diri bila dikelilingi orang begini. Jauhkan diri kita dengan orang negatif, mereka hanya memberi masalah bukan solusi.

Nikmati hidup kita, buat amal yang secukupnya. Teruskan ke depan capai cita-cita dan cinta kita. Bahagiakan keluarga kita. Dan jangan layan orang yang nak jatuhkan kita. Jangan biarkan orang negatif mengambil tempat dalam kepala. Singkirkan perbuatan mereka dan kata-kata mereka. Tak perlu kita ingat-ingat lagi. Jiwa kita akan lebih tenteram. Tak perlu cerita pada sesiapa. Allah lebih tahu apa yang kita rasa. Luahkan di dalam setiap doa kita.

Sehina-hina kita pada pandangan manusia. ALLAH lebih tahu, siapa lagi hina. Peduli cakap manusia, biarkan ALLAH menilai segala-galanya. Kenapa kita buat baik pun ada orang tak s**a. Inilah kehidupan, tak semua kita buat orang s**a. Tapi kita kena tahu, ALLAH dah atur terbaik untuk kita. Dalam Dunia ni, orang takkan faham kita. Kalau cuba puaskan hati orang, sampai mati pun tak boleh buat apa.




24/11/2021

Ingatlah, setiap tangan yang menadah ke langit tidak akan pernah kembali dalam keadaan kosong. Makbul atau tidak doa kita itu adalah rahsia Allah. Allah tak pernah jemu mendengar kita merintih.

24/11/2021

Butakan mata apabila melihat aib dan kekurangan orang lain. Pekakkan telinga apabila terdengar umpatan, kutukan dan fitnah daripada orang lain. Diamkan mulut daripada mengata, mengumpat dan menyebarkan aib orang lain.

24/11/2021

Hari ini kau menjatuhkan orang lain. Esok lusa kamu juga pasti akan dijatuhkan orang. Hari ini kamu menghina orang lain, esok esok juga pasti kamu akan dihina orang. Hidup ini apa yang kita tanam, itulah apa yang akan kita tuai

Address

Kota Tinggi
81900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SerumLevf posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share