Woow Pharmacy Kota Tinggi

Woow Pharmacy Kota Tinggi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Woow Pharmacy Kota Tinggi, Business service, Kota Tinggi.

kajian sains mendapatiii......
08/10/2018

kajian sains mendapatiii......

admin nak share perbezaan ,,minum air masak dengan minum air berkarbonat mana yang lebih berkhasiat
04/10/2018

admin nak share perbezaan ,,
minum air masak dengan minum air berkarbonat mana yang lebih berkhasiat

assalamualaikum dan selamat pagi semuaapagi nie admin nak share cara permakanan yg seimbang
04/10/2018

assalamualaikum dan selamat pagi semuaa
pagi nie admin nak share cara permakanan yg seimbang

assalamualaikum dan selamat petangdan selamat datang ke Woow Pharmacy Kota Tinggi
03/10/2018

assalamualaikum dan selamat petang
dan selamat datang ke Woow Pharmacy Kota Tinggi

TANDA KENCING MANISBerikut disenaraikan 5 gejala atau tanda awal penyakit kencing manis yang utama yang boleh anda perha...
26/09/2018

TANDA KENCING MANIS
Berikut disenaraikan 5 gejala atau tanda awal penyakit kencing manis yang utama yang boleh anda perhatikan pada diri dan juga kepada ahli keluarga agar langkah awal dapat diambil samada dengan mendapatkan nasihat doktor pakar atau dengan mengawal pemakanan.

1. KERAP DAHAGA DAN KERAP KENCING PADA WAKTU MALAM
Tanda kencing manis yang paling biasa ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam p**a, selalu ke tanda untuk kencing.

Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam. Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.

2. BERAT BADAN MENYUSUT DENGAN DRASTIK
Pelik atau tidak? Makan macam biasa, tetapi berat badan menurun? Inilah antara tanda kencing manis.

Bagi sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka. Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.

3. JARAK PENGLIHATAN MENURUN
Jangan ingat tidak nampak itu disebabkan rabun. Antara tanda kencing manis yang orang selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dengan jelas.

Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan. Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh yang panjang.

4. SERING KEBAS PADA TANGAN DAN KAKI
Antara tanda kencing manis yang lain ialah selalu rasa kebas. Ia disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

5. LUKA YANG LAMBAT SEMBUH.
Ini tanda kencing manis yang paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh kena “Potong kaki!”.

Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan merasai sakit akan luka yang di alami.

Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya.

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Re...
25/09/2018

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Resdung juga dikenali sebagai sinusitis / jangkitan sinus atau rinosinusitis, adalah keradangan pada sinus yang menunjukkan tanda. Tanda dan gejala biasa termasuk lendir tebal dalam hidung, hidung tersumbat, dan sakit pada muka. Tanda dan gejala lain mungkin termasuk demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batuk. Batuk sering lebih teruk pada waktu malam. Komplikasi yang serius jarang berlaku.

Resdung ("Sinusitis") boleh disebabkan oleh jangkitan, alahan, penyaman udara, atau masalah struktur dalam hidung. Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Jangkitan bakteria boleh hadir sekiranya gejala bertahan lebih daripada sepuluh hari atau jika seseorang menjadi lebih teruk selepas menjadi sihat semula. ianya akan berulang lebih cenderung pada mereka yang memiliki asma, cystic fibrosis, dan fungsi imun yang lemah

Address

Kota Tinggi
81900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Woow Pharmacy Kota Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share