J-Biotech

Directions Website Contact the business

J-Biotech Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from J-Biotech, Business service, Aras G, Desaru Utama Clubhouse, Jalan Jati 1, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Welcome to the official account for The Johor Biotechnology and Biodiversity Corporation (Johor Biotech), a statutory body under the purview of the Johor State Government.

07/10/2026
06/10/2026
SESI KUNJUNGAN HORMAT KE KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANANSatu Sesi Kunjung Hormat kepada YBhg. Datuk Seri ...
30/09/2026

SESI KUNJUNGAN HORMAT KE KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

Satu Sesi Kunjung Hormat kepada YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah diadakan pada 30 September 2026.

Pertemuan ini diketuai oleh YB Tuan Haji Md Israk bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor yang turut diiringi oleh pengurusan tertinggi Johor Biotech, iaitu YB Dato’ Haji Ashari bin Haji Kasnan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Tuan Haji Jamaludin bin A.Hamid, Pengurus Besar.

Pertemuan strategik ini memberi fokus kepada jalinan kerjasama erat demi memacu pertumbuhan sektor agromakanan di Johor. Usaha ini diharap dapat melahirkan ekosistem industri yang lebih berdaya saing, mampan, dan memberi impak positif secara langsung kepada rakyat serta para pemain industri.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada Yang Berhormat Tuan Haji Md. Israk bin Abdullah.Semoga terus dikurniakan ...
27/09/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada Yang Berhormat Tuan Haji Md. Israk bin Abdullah.

Semoga terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu.

Tulus ikhlas daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan warga kerja Kumpulan Johor Biotech

24/09/2026
ISKANDAR PUTERI, 18 September 2026 (Jumaat) – Sekretariat J-ARDC telah mengadakan sesi perbincangan bersama Institut Sul...
18/09/2026

ISKANDAR PUTERI, 18 September 2026 (Jumaat) – Sekretariat J-ARDC telah mengadakan sesi perbincangan bersama Institut Sultan Iskandar (ISI), UTM selaku penasihat penyelidikan J-ARDC bagi memperkemas pelaksanaan inisiatif di bawah Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence, CoE) Johor Agriculture Research & Development Centre (J-ARDC).

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada penyelarasan inisiatif, peranan serta pelaksanaan aktiviti di bawah CoE agar dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berfokus. Sesi ini turut menjadi platform untuk berkongsi pandangan, membincangkan keperluan semasa serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam menyokong fungsi penyelidikan, pembangunan, teknologi dan inovasi J-ARDC.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen Johor Biotech dalam memperkukuh peranan J-ARDC sebagai platform penyelidikan dan pembangunan pertanian, di samping memperluas jaringan kerjasama bersama agensi, institusi penyelidikan dan pemain industri berkaitan.

Semoga usaha penyelarasan ini dapat memperkukuh pelaksanaan inisiatif CoE serta menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian dan agromakanan Negeri Johor.

ISKANDAR PUTERI, 15 September 2026 (Selasa) – Johor Biotech telah menerima kunjungan delegasi daripada Unit Audit Dalam,...
18/09/2026

ISKANDAR PUTERI, 15 September 2026 (Selasa) – Johor Biotech telah menerima kunjungan delegasi daripada Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor yang diketuai oleh Encik Mohd Fazle bin Mohd Yusop, Ketua Unit Audit Dalam.

Kunjungan ini memberi ruang kepada Johor Biotech untuk membentangkan gambaran keseluruhan mengenai pelaksanaan Program Konservasi Kerang Gergasi Warisan Negeri Johor. Kunjungan ini juga menjadi platform yang bermakna untuk perkongsian pandangan, pengalaman dan maklumat berkaitan usaha pemuliharaan biodiversiti serta kelestarian sumber semula jadi di negeri Johor.

Johor Biotech merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh delegasi atas kesudian meluangkan masa mengadakan kunjungan ini. Semoga jalinan kerjasama ini terus memacu kecemerlangan tadbir urus dan kelestarian alam di negeri Johor.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran & Selamat Bersara diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Ramlee bin Haji A. ...
16/09/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran & Selamat Bersara diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Ramlee bin Haji A. Rahman.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, bakti dan sumbangan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Semoga terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu.

Tulus ikhlas daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan warga kerja Kumpulan Johor Biotech

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA Berbeza landskap dan budaya, tetapi di bawah langit yang sama, kita tetap anak Malaysia....
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

Berbeza landskap dan budaya, tetapi di bawah langit yang sama, kita tetap anak Malaysia. Marilah kita bersama-sama memperkukuh semangat perpaduan demi kemakmuran dan kesejahteraan negara. Semoga Malaysia terus aman, harmoni dan maju jaya di persada dunia.

Ikhlas daripada:
Dato’ Haji Ashari bin Haji Kasnan
Ketua Pegawai Eksekutif serta seluruh warga kerja Kumpulan Johor Biotech

Address

Aras G, Desaru Utama Clubhouse, Jalan Jati 1, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar
Kota Tinggi
81930

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when J-Biotech posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to J-Biotech:

Shortcuts

Share