NKSolutions Malaysia

Directions Contact the business

NKSolutions Malaysia We offer accounting service that focuses on helping small businesses in managing their finance.

Assalamualaikum hi semua!Pagi ni Min ada satu pesanan untuk bisnes owner yang masih gunakan akaun personal atau saving a...
26/10/2022

Assalamualaikum hi semua!
Pagi ni Min ada satu pesanan untuk bisnes owner yang masih gunakan akaun personal atau saving account buat bisnes. Sebenarnya Min tak galakkan sangat korang pakai saving account ni untuk buat bisnes. Tapi kalau korang masih baru buat bisnes, it's ok. Pesanan ni untuk korang.
Untuk yang dah lama buat bisnes tapi masih pakai saving account, Min harap korang cepat2 la gunakan current account untuk urusan bisnes korang. Baru la senang korang nak urus duit bisnes dengan lebih baik. Semoga bermanfaat! 😉
Nak banyak lagi tips urus duit bisnes?
📌 https://t.me/nanakamarul

Assalamualaikum hi semua!Pagi ni Min ada satu pesanan untuk bisnes owner yang buat bisnes secara online. Benda ni nampak...
19/10/2022

Assalamualaikum hi semua!
Pagi ni Min ada satu pesanan untuk bisnes owner yang buat bisnes secara online. Benda ni nampak simple tapi penting kalau korang betul2 nak urus duit bisnes dengan lebih baik. Semoga bermanfaat! 😉
Nak banyak lagi tips urus duit bisnes?
📌 https://t.me/nanakamarul

29/09/2022
BERAPA GAJI DIRECTOR UNTUK ENTERPRISE?🤔First of all, untuk bisnes Enterprise ni sebenarnya takde istilah “director”. Ken...
02/11/2020

BERAPA GAJI DIRECTOR UNTUK ENTERPRISE?🤔
First of all, untuk bisnes Enterprise ni sebenarnya takde istilah “director”. Kenapa? Sebab Enterprise ni bukan sebuah syarikat tapi hanya sebuah perniagaan. Untuk perniagaan, pemilik bisnes tu kita panggil sebagai owner/pemilik untuk milikan tunggal dan rakan kongsi/partners untuk perniagaan perkongsian.
Berapa gaji owner untuk enterprise?
Well, itu bergantung kepada keperluan owner tu sendiri dan berapa yang bisnes kita mampu bayar kita. Takde minimum dan tiada maksimum. Kalau bisnes mampu bagi RM500, then amik je RM500 dulu.
At the same time, tingkatkan sales. Bila sales banyak and hopefully untung pun banyak, kita boleh amik lebih. Yang penting kos2 lain lepaskan dulu. Ok? 😉


MACAM MANA NAK SHOPPING PAKAI “DUIT BISNES”?! 🤔Haaa, kami tahu mesti anda excited kan dengan tajuk yang kami nak share h...
30/10/2020

MACAM MANA NAK SHOPPING PAKAI “DUIT BISNES”?! 🤔
Haaa, kami tahu mesti anda excited kan dengan tajuk yang kami nak share hari ni? Yela, tiap2 hari duk cakap simpan duit simpan duit, bilanya boleh nak merasa shopping beli kasut baru beg baru pakai duit bisnes?!
Jom, hari ni kami nak share dengan anda 3 benda yang anda kena buat supaya dapat shopping dengan gembira lepas penat buat sales sebulan.
Anda WAJIB buat bukan salah satu je tau, tapi tiga2 benda ni. Baru la anda dapat shopping dengan lebih tenang dan gembira.
Kalau anda rasa sharing kami kali ni bermanfaat, jangan lupa untuk share dengan kawan2 bisnes yang lain ok? Have a nice day!


“Bukan saya tak nak tulis, tapi kadang2 tu tak sempat nak tulis. Tak sempat nak rekod. Banyak sangat benda yang nak kena...
29/10/2020

“Bukan saya tak nak tulis, tapi kadang2 tu tak sempat nak tulis. Tak sempat nak rekod. Banyak sangat benda yang nak kena buat nak kena pikir!”
Korang percaya ke percaya, antara penyebab utama kegagalan satu bisnes tu bukan sebab takde sale. Tapi sebab kegagalan bisnes owner dalam menjaga dan mengurus kewangan bisnes mereka.
Jom kami share dengan anda 3 sebab kenapa kita sebagai bisnes owner wajib rekod perbelanjaan bisnes kita. Jangan lupa share dengan kawan2 bisnes yang lain ok? Semoga bermanfaat!


Siapa kata bisnes Enterprise ni bisnes main-main?Siapa kata bisnes Enterprise ni susah dapat loan?Siapa kata bisnes Ente...
27/10/2020

Siapa kata bisnes Enterprise ni bisnes main-main?
Siapa kata bisnes Enterprise ni susah dapat loan?
Siapa kata bisnes Enterprise ni tak boleh dapat dana kerajaan?
Jangan salahkan bisnes “enterprise” tapi salahkan diri kita sebab tak pernah ambil tahu.
Sebenarnya, tak kira lah bisnes kita ni Enterprise ke Sdn Bhd, as long as kita berdaftar dengan SSM, banyak benda yang kita boleh dapat. Tak kiralah dari kerajaan atau badan-badan swasta yang lain.
Nak apply loan? Nak dapatkan dana? Semua boleh. Semua senang. Yang jadi susah, yang jadi tak boleh tu bila kita tak sediakan documentation yang betul untuk mereka. Tu yang jadi susah nak dapat!
When it comes to applying for loan ataupun dana tak kira lah dari kerajaan atau badan-badan swasta yang lain, antara dokumen yang diperlukan ialah penyata kewangan bisnes. Kalau dalam Bahasa matsalleh dia kita panggil accounting report.
Apa tu Accounting Report?
Accounting Report atau Penyata Kewangan ni ialah rekod rasmi kewangan bisnes kita. It consists of Profit and Loss (penyata untung rugi) dan Balnce Sheet (kunci kira-kira). Profit and Loss ni menunjukkan sama ada bisnes kita ni untung atau rugi. On the other hand, Balance Sheet pulak menunjukkan sama ada bisnes kita ni kaya atau miskin. Gittew!
Haa, tak kiralah bisnes kita Enterprise ke Sdn Bhd, kita wajib sediakan accounting report. Sebab apa? Sebab dari accounting report ni la bank atau agensi tu boleh tahu kedudukan bisnes kita yang sebenar. Baru la dieorang boleh tentukan sama ada bisnes kita ni layak atau tak untuk dapatkan pinjaman atau bantuan tersebut.
Ni tak, keluar masuk duit pun tak penah rekod, memangla sampai bila-bila pun kita takkan dapat. Lepas tu salahkan bisnes kita sebab bisnes kita ni “enterprise” je. Haihhhhh!
Anda dapat sesuatu?
Cuba komen kat bawah ni sikit. Semoga bermanfaat!


YANG MANA SATU, ENTERPRISE KE SDN BHD?“Saya baru nak daftar bisnes saya dengan SSM tapi saya taktahu nak daftar sebagai ...
26/10/2020

YANG MANA SATU, ENTERPRISE KE SDN BHD?
“Saya baru nak daftar bisnes saya dengan SSM tapi saya taktahu nak daftar sebagai Enterprise ke Sdn Bhd? Orang kata kalau nak buat bisnes betul2 kena daftar Sdn Bhd, tapi saya tak berani la. Tapi kalau saya buat Enterprise je, nanti orang ingat bisnes saya main-main pulak. Please help!”
To be honest, Enterprise ke Sdn Bhd ke, both ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang ni nanti Inshaa Allah kami akan share in detail one by one. Tu pun kalau ada yang nak. Hehee!
Ok, to answer the question above, nak daftar sebagai Enterprise ke Sdn Bhd, kalau anda baru nak start bisnes, atau keuntungan bisnes anda, I repeat, UNTUNG (PROFIT) BUKAN JUALAN (SALES), kalau keuntungan bisnes anda kurang dari RM10,000 sebulan, mulakan atau stick to Enterprise dulu. Build your business dulu. Betulkan dan improvise dulu mana2 yang perlu. It can be your marketing strategies ke, your team ke, anything. Betulkan dulu benda ni semua. At the same time, expose yourself dengan ilmu pensyarikatan. When the right time comes, then barulah bertukar ke Sdn Bhd.
So yea, take baby steps ok? Tak dosa pun buat bisnes pakai Enterprise. Yang dosa bila kita buat bisnes tapi kita tak mampu jalankan tanggungjawab dan amanah kita sebagai bisnes owner. Tak kiralah Enterprise ke Sdn Bhd. Ok?
Anda dapat sesuatu tak ni? Jangan lupa share dengan kawan2 bisnes atau kawan2 yang baru nak start bisnes ok? Semoga bermanfaat!


KENAPA BISNES OWNER KENA SIMPAN RESIT?“Alamak, takkan resit RM10 pun nak kena simpan? Penuhlah purse saya!”Yes! Tak kira...
22/10/2020

KENAPA BISNES OWNER KENA SIMPAN RESIT?
“Alamak, takkan resit RM10 pun nak kena simpan? Penuhlah purse saya!”
Yes! Tak kiralah resit tu resit anda beli barang berapa ringgit pun. RM1 ke RM10 ke RM100 ke. Selagi anda beli barang tu dengan duit bisnes, anda wajib simpan resit tersebut.
Nak tahu kenapa? Jom, hari ni kami share dengan anda beberapa sebab kenapa kita sebagai bisnes owner yang nak ada bisnes yang berjaya dan mudah berkembang, kita wajib simpan resit.
Jangan lupa like dan share dengan kawan2 bisnes yang lain. Semoga bermanfaat!


MACAM MANA NAK DECLARE INCOME TAX?“Walaupun saya dah buat bisnes ni lama, tapi saya tak pernah lagi declare income tax. ...
21/10/2020

MACAM MANA NAK DECLARE INCOME TAX?
“Walaupun saya dah buat bisnes ni lama, tapi saya tak pernah lagi declare income tax. Bukan tak nak declare tapi saya taktahu macam mana nak buat!”
Haaa, anda ingat lagi sharing kami berkenaan dengan tax minggu lepas?
Minggu lepas kami dah share apa kelebihan kita sebagai bisnes owner bila kita declare tax, jadi hari ni kami nak share pulak cara macam mana nak declare income tax atau cukai pendapatan anda dengan LHDN.
Yes gais, untuk bisnes Enterprise, kita tak perlu bayar cukai syarikat (company tax). Kita Cuma perlu bayar cukai pendapatan (income tax) sahaja!
Jangan lupa like dan share dengan kawan2 bisnes yang lain ye? Semoga bermanfaat!


Address

Ukay Boulevard, Jalan Lingkaran Tengah
Kuala Lumpur
68000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NKSolutions Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NKSolutions Malaysia:

Shortcuts

Share